Australia ni sebuah negara yang menarik untuk travel, tapi ada satu perkara yang menghalang perkara tersebut iaitu ketakutan melalui proses imigresen. Risau akan dihantar pulang semula ke Malaysia.
Sekarang semua dah tahu rasanya, kalau nak masuk Australia, selain pasport, terutamanya rakyat Malaysia perlu dapatkan visa ETA (Electronic Travel Authority). Ianya bukanlah seperti visa konvensional, tapi perlu dapat kebenaran terlebih dahulu.
BACA JUGA : Cara Mohon ETA Untuk Travel Ke Australia Sehingga Lulus
Meskipun begitu, kalau dapat ETA sekali pun, kemungkinan untuk dihantar pulang semula ke Malaysia pun masih ada. Sekitar sebelum tahun 2020, banyak dah kita tengok, even dah dapat ETA, anda yang dihantar pulang ketika melalui proses imigresen di airport.

Disebabkan perkara inilah, ramai yang kurang berminat untuk ke Australia. Baik pergi ke Jepun, China atau negara Asia Tenggara sahaja yang tidak perlukan ETA dan tidak ada isu dihantar pulang.
BACA JUGA : Proses Imigresen Di Airport Jepun. Sediakan 2 Perkara Ini Sahaja
Sekarang dah ada pasport dan visa ETA 601. Macam mana nak masuk Australia dan macam mana juga proses imigresen disana?
Proses Imigresen Di Airport Australia Terkini
Untuk ke Australia, anda perlu wajib bawa passport asal dan tidak perlu pun cetak ETA tersebut. Semuanya sudah ada dalam sistem. Jika nak print pun, sekadar untuk simpanan sahaja.
Jika sebelum ini, ketika proses Imigresen di mana-mana airport antarbangsa Australia, anda perlu melalui pegawai imigresen. Disinilah kemungkinan anda akan disoal siasat dan jika dia nak deport, dia buat.
Kini tidak lagi! Terbaru untuk tahun 2025, proses imigresen tidak lagi melalui manusia atau pegawai imigresen, tetapi melalui SmartGate atau pintu automatik. Ini bermakna, anda tidak perlu hadap muka pegawai-pegawai itu lagi.
SmartGate kini telah digunapakai di seluruh lapangan terbang antarabangsa di Australia. Jika dari Malaysia, pastinya tumpuan kepada Perth Airport, Tullamarine Melbourne Airport dan Sydney Kingsford Smith Airport. Tapi tempat lain seperti Gold Coast, Adelaide, Darwin dan lain-lain pun guna pintu automatik ini.

Di aiport local sahaja tiada smartgate ni.
Proses imigresen pun hampir sama dimana-mana airport. Jika sebelum ini, anda perlu pergi ke kaunter untuk dapatkan kebenaran daripada pegawai imigresen, kini tidak lagi. Hanya perlu 2 langkah sahaja untuk selesaikan proses imigresen.
Setibanya anda di airport, anda perlu pergi ke mesin ketibaan (kiosk arrival) untuk langkah pertama (1st Step) iaitu proses pengesahan pasport menerusi imbasan muka. Anda letak pasport anda dan imbas muka. Anda akan peroleh satu helaian tiket. Simpan.

Kemudian langkah kedua (2nd Step), anda akan melalui SmartGates dimana disini akan ada imbasan wajah kali kedua. Tak perlu lagi passport, anda hanya perlu lalu sahaja. Jika berjaya, pintu akan terbuka dan selesai untuk proses imigresen.

Syarat-Syarat Untuk Menggunakan SmartGates
Akan tetapi ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia bagi membenarkan pelancong untuk menggunakan SmartGate ni. Bukan semua boleh guna tau.
Berikut antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk menggunakan SmartGate di aiport Australia :
- 7 tahun dan keatas
- Mempunyai ePassport
- Jika bawa anak kecil, ibu bapa atau penjaga perlu bersama-sama ke kaunter untuk melalui proses imigresen seperti biasa (dengan pegawai)
Kanak-kanak bawah 7 tahun perlu ke kaunter untuk proses imigresen seperti biasa. Jadi jika ada anak dibawah umur ini, ibu bapa perlu teman sehingga selesai.
Selain itu, pasport yang ada cip elektronik yang dipanggil ePassport sahaja yang boleh melalui SmartGates ini. Nak tahu ada ke tidak, boleh tengok pada muka hadapan pasport anda tersebut. Pasport Malaysia tergolong dalam ePassport tersebut.

Jadi orang Malaysia mempunyai pasport merah, anda boleh melalui SmartGates di airport Australia. Tidak lagi perlu untuk ke kaunter. Tapi sekiranya tidak berjaya untuk imbas wajah, anda kena juga pergi ke kaunter untuk proses manual.
Proses Kastam Untuk ‘Declare’ Makanan
Akan tetapi untuk proses pengisytiharan atau declare makanan, perlu dibuat secara manual dengan pegawai kastam. Ini bermakna, jika ada bawa makanan ‘terlarang’ perlu diisytihar terlebih dahulu.
BACA JUGA : Cara Untuk Declare Makanan Dari Malaysia Dengan Sediakan Senarai Jadual
Dari dalam kapal terbang lagi, anda akan diberi Arrival Card setiap seorang yang juga mengandungi ruang untuk declare makanan. Jadi anda perlu masukkan butiran individu seperti nama, tarikh lahir, no. pasport, alamat tempat tinggal di Australia dan paling penting declare ada bawa makanan terlarang atau tidak. Kalau tak dapat, di airport ada disediakan borang tersebut.

Selepas selesai proses imigresen, anda akan pergi untuk dapatkan luggage anda. Dah selesai, baru pergi ke kaunter kastam untuk proses declaration pula. Mungkin sini mengambil masa sikit jika banyak barang perlu declare.
Secara asas, anda tak boleh bawa makanan atau minuman seperti yang disenaraikan dibawah :
- Produk tenusu (keju, mentega, susu)
- Kopi
- Herba kering (ginseng, safron)
- Daging
- Ayam
- Buah-buahan
- Beras
dan banyak lagi. Untuk senarai penuh makanan apa boleh bawa, tak boleh bawa, perlu declare dan sebagainya, anda boleh rujuk disini. Yang pasti tidak dibenarkan langsung adalah makanan dari dalam kapal terbang. Jadi semua kena buang terlebih dahulu.
Sekiranya ada bawa juga, kena declare terlebih dahulu. Jadi kena rampas atau tidak, semua bergantung kepada pegawai kastam. Kalau declare kena rampas, tak kena denda. Kalau tak declare, tapi ‘kantoi’, akan kena denda.
Dah selesai sini, barulah anda akan dilepaskan untuk masuk ke Australia secara sah.
Imbas passport > imbas wajah > ambil bagasi > declare makanan > selesai
Pengalaman Memasuki Australia Melalui Melbourne Airport

Tahun 2025, aku sekali lagi menjejakkan kaki ke Australia. Kali pertama pada tahun 2019 sebelum pandemik iaitu ke Perth bersama keluarga. Kali travel ke Melbourne pula bersama keluarga juga.
BACA JUGA : Itinerari Ke Perth Australia. Pertama Kali Jejak Kaki Di Bumi Kangaru
Tahun 2019, aku memang kena lalu pegawai imigresen. Dia semak pasport dan kemudian declare makanan semua. Tapi alhamdulillah ketika itu tiada apa-apa soalan yang ditanya. Makanan pun dia tak tanya. Tiada masalah yang dihadapi.
Untuk tahun 2025 ini, aku lalu SmartGate pula. Mula-mula pergi ke kiosk ketibaan untuk imbas pasport bagi validation process. Kemudian baru lalu SmartGate dengan cara imbas wajah. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Muka aku boleh dibaca dengan jayanya.

BACA JUGA : Itinerari Lengkap Ke Melbourne. Datang Australia Nak Main Salji
Tapi untuk proses kastam pula tak lepas. Dah siap-siap declare bagi tahu ada bawa beras, kari daging dalam tin dan beberapa set RTE yang semuanya berasaskan daging dan ayam. Rendang, ayam kurma dan sebagainya.
Kari daging dalam tin dibenarkan, tetapi beras dan RTE semua dirampas. Tapi makanan asas yang tidak berkaitan daging dan ayam semua lepas. Pada awalnya memang dijangka tak lepas, tapi nak juga cuba. Apa boleh buat.
Sebenarnya atas budi bicara pegawai kastam juga. Kebetulan pada hari tersebut, aku dapat dengan pegawai yang baru masuk kerja. Jadi dia begitu strict dan perlu perform untuk hari pertama la. Kari daging mak aku lepas je, sebab kena dengan pegawai lain.
Tapi takpa la. Yang kena rampas tu, semua beli semula di Melbourne. Yang penting dapat melalui proses imigresen dengan jaya dan tidak dihantar pulang. Lepas ni tak perlu takut dah lah kalau nak masuk Australia. Kena fight untuk lulus visa ETA sahaja.












1 thought on “Ini Proses Imigresen Dan Kastam Di Airport Untuk Travel Ke Australia (Dah Ada Smartgates)”