Bagi yang pertama kali ke Korea Selatan, pastinya terbuku dihati dan tertanya-tanya macam mana agaknya proses imigresen ketika mula-mula jejak kaki di lapangan terbang nanti. Apa proses yang perlu dilalui nanti ya?
Persoalan ini rasanya akan timbul bagi semua orang yang pertama kali sampai ke negara tersebut. Meskipun sudah pergi banyak negara ditempat lain, negara yang tak pernah sampai ini, pasti ada kegusaran dan tanda tanya terutamanya ketika proses imigresen.
Ditambah pula Korea terkenal dengan proses ketat yang dilakukan untuk masuk ke negara mereka. Kita mungkin pernah dengar macam mana mereka hantar pulang atau deport pelancong pulang ke negara asal mereka. Kadang tiada sebab yang munasabah.
Ianya ditambah pula sekarang nak masuk Korea, ada beberapa negara perlukan Korea Electronic Travel Authorization (K-ETA) termasuk Malaysia. Even dah ada K-ETA pun, tidak menjamin kemasukan ke Korea Selatan. Keputusan penuh atas pegawai imigresen di airport.
BACA JUGA : Cara Mohon K-ETA Untuk Ke Korea (Tips Lulus)

Khusus untuk yang pertama kali ingin ke Korea, disini dikongsikan proses imigresen dan kastam yang berlaku di lapangan tersebut. Untuk perkongsian ini adalah khusus di Incheon Airport Terminal 1.
Proses Imigresen Dan Kastam Di Korea Selatan
Sebelum itu, untuk pelancong Malaysia yang berumur dari 18 hingga 64, anda wajib sediakan pasport dan K-ETA. Manakala umur 17 tahun dan kebawah serta berumur 65 tahun dan keatas, anda hanya perlukan pasport dan arrival form sahaja (boleh dapatkan di airport).
Proses 1 (Keluar Flight)
Imigration process di Incheon Airport ini sebenarnya sama sahaja untuk mana-mana airlines sama ada Korean Air, Malaysia Airlines (MAS), Air Asia dan sebagainya. Yang berbeza mungkin gate sahaja. Proses selepasnya sama.
Selepas turun dari kapal terbang dan masuk ke perkarangan airport, view pertama anda nampak adalah paparan tv yang menulis ‘Selamat Datang Ke Korea’ bersama bendera Korea dan Malaysia.

Akan juga ditunjukkan arah ke ‘arrival’ atau ‘transfer’. Dalam masa sama juga, dipaparkan nombor untuk tuntutan bagasi atau ‘baggage claim’.
Kemudian anda perlu naik train untuk melalui proses imigresen. Sebab Incheon Airport, kena naik train dulu lah. Pergi ke bahagian tengah airport. Naik sekali sahaja, tak perlu tukar train lain dah.

Proses 2 (Lalu Imigresen)
Kemudian anda akan sampai ke bahagian utama di Incheon Airport. Maka bermulalah proses ‘cop pasport’ disini. Selain itu, dibahagian ini juga, anda boleh dapatkan Arrival Card bagi yang tidak ada K-ETA. Ada disediakan dibeberapa ruang dan meja. Boleh isi terus.

Akan ada banyak kaunter pilihan. Jadi anda pilih sahaja mana yang lebih cepat dan merasakan lebih selamat. Disinilah juga jika pegawai tersebut curiga sesuatu, anda akan dibawa ke bilik siasatan. Jika ok, boleh lepas, jika tidak, mungkin akan dihantar pulang.

Tunggu giliran, pergi ke kaunter dan pegawai imigresen akan semak pasport anda. Salinan K-ETA tidak diperlukan, semua dah ada dalam sistem. Dalam masa yang anda perlu imbas 2 cap jari telunjuk dan buat imbasan muka. Pastikan spek hitam, face mask dan topi ditanggal terlebih dahulu. Jika berjaya, anda akan diberi stiker pengesahan di pasport anda. Proses mungkin dalam 1-2 minit sahaja.
Di Korea, tiada autogates tau seperti di Australia.
BACA JUGA : Proses Imigresen Di Australia. Rakyat Malaysia Perlukan ETA
Bagi yang menggunakan Arrival Card, bagi kad tersebut kepada pegawai Imigresen bersama pasport anda. Proses juga sama seperti biasa. Dah selesai, boleh terus ke bahagian tuntutan bagasi.
Proses 3 (Baggage Claim)
Disini terdapat lebih 10 karusel untuk ‘baggage claim’ dan jika naik Air Asia, biasanya adalah di nombor 14. Sebab nombor besar, ianya terletak di satu lagi bahagian. Jadi kena jalan jauh sikit sekiranya terus turun ke bawah selepas proses imigresen.
Disini anda akan tunggu bagasi anda. Sekiranya dah jumpa, ambil dan terus ke pintu kastam. Sekiranya ada apa-apa masalah ketika ini, disinilah juga anda boleh buat tuntutan daripada pihak airlines. Ada rosak ke, ada bag delay dan sebagainya.
BACA JUGA : Cara Claim Bagasi Delay Ketika Di Lapangan Terbang
Proses 4 (Declare Makanan)
Untuk ‘declare’ makanan, anda perlu lengkapkan borang ‘Custom Declaration Form’ yang juga disediakan di airport. Jika anda datang bersama keluarga, hanya 1 borang sahaja diperlukan. Senaraikan semua barang makanan yang mungkin tidak dibenarkan tersebut.
BACA JUGA : Barang Dan Makanan Yang Perlu Anda Declare Ketika Masuk Ke Korea
Jika anda ada makanan untuk ‘declare’, pergi ke bahagian ‘Goods to Declare’ untuk pemeriksaan oleh pegawai Kastam. Mereka akan tentukan, makanan tersebut dibenarkan bawa masuk atau tidak.
Tetapi jika tiada makanan yang perlu diisytiharkan atau tak perlu declare, anda boleh terus melalui bahagian ‘nothing to declare’ sehingga ke pintu keluar. Itu sahaja.
Proses 5 (Selesai – Arrival Hall)
Selepas selesai pemeriksaan kastam, anda akan melalui pintu keluar dan terus ke bahagian luar aiport. Jika flight antarabangsa, anda akan keluar di Pintu D International Arrivals. Selesai imigration process di Lapangan Terbang Korea Selatan.

Pengalaman Melalui Proses Imigresen Di Korea
Alhamdulillah, setakat 3 kali travel ke Korea, tidak pernah lagi ditahan dan disoal siasat olehp pegawai imigresen. Pergi dengan family, pergi dengan ejen dan pergi secara solo pun tidak perlu dibawa ke bilik soal siasat.
Cuma paling teruk pun, bagasi kena buat full inspection. Selepas ambil bagasi, perasan ada lock, jadi perlu ke ruang khas untuk buat pemeriksaan menyeluruh.
Aku tak bawa makanan terlarang pun. Tak bawa daging atau ayam pun. Tapi aku rasa mungkin disebabkan mereka kesan bateri pada Handheld Fan. Aku tersilap, sebab kipas ni ada bateri, jadi kena bawa atas flight, tapi aku letak dalam check-in bagasi. Atau mungkin juga bateri pada Airtag.
Alhamdulillah tiada apa-apa soalan yang ditanya. Hanya sekadar buat pemeriksaan bagasi sahaja. Kemudian terus keluar seperti biasa.

Secara ringkas, kalau nak selamat ketika melalui proses imigresen di airport Korea ini. Mula-mula cari kaunter yang selamat yang tiada kes pegawai hantar masuk bilik soal siasat. Kemudian cari pegawai pakai spek bulat dan muka nerd sikit. Insya Allah selamat.
Selain itu, adalah baik sekiranya anda dress-up seperti pelancong ketika ke Korea. Pakai kasut, pakai seluar dan baju cantik. Kalau ada spek hitam pakai, pakai headphone, bawa bantal leher dan sebagainya. Ikut kesesuaian dan keselesaan. Yang penting nampak anda seperti yang ingin melancong dan bukan pergi ‘kerja haram’.
Jadi diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang pertama kali ingin ke Korea. Jangan risau sangat, yang kena hantar pulang ini biasa 1% je. Jumlah yang kecil. Buat je persediaan asas dan nampak yakin ketika sampai ke imigresen Korea.
Hope you have the best time when you get to Korea!