Secara asanya Gardens Cabin ini merupakan sebuah hostel backpackers yang mana menyediakan penempatan secara capsule. Akan tetapi ianya tidak terlalu ke arah itu, kerana biliknya tidak bertingkat atau bukan secara bunk bed, sebaliknya seakan single room.
Ini macam ala-ala hotel tetapi menyediakan bilik capsule dengan ruang yang besar dan terhad untuk sebuah katil sahaja. Bagi mereka yang mencari bilik privasi satu katil, sangat sesuai untuk anda. Anda mempunyai ruang sendiri meskipun dalam bilik kapsul.
Gardens Cabin menjadi tempat penginapan kedua selepas Toyoko Inn Hotel Hokkaido selama aku berada di Sapporo untuk trip musim salji. Ini juga merupakan penginapan terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
Review Gardens Cabin Hotel di Sapporo
Untuk penginapan di Gardens Cabin, aku hanya ambil 1 malam sahaja. Dimana waktu check-in adalah pada pukul 3.00 petang sehingga check-out pada 10.00 pagi. Berikut merupakan review ringkas untuk Gardens Cabin Hotel, Sapporo.
1) Kenapa Pilih Gardens Cabin
Aku buat keputusan untuk hanya ambil 3 malam di Toyoko Inn Hotel dan 1 malam di hotel yang berlainan yang lebih murah. Aku pilih hostel, tetapi adalah sebaiknya kalau ada yang menawarkan bilik single.

Kebanyakkan hostel di kawasan Susukino dan Tanukikoji Street ini full untuk bilik single kecuali di Gardens Cabin. Lokasi berdekatan dengan Tanukikoji Street dan harga juga tidak terlalu mahal. Plus point, perhentian bas untuk aiport bus tidak terlalu jauh dari hotel.
2) Lokasi Hotel
Lokasi Gardens Cabin berada berdekatan dengan Tanukikoji Shopping Street yang mana 5 minit walking distance. Bukan itu sahaja, ianya juga dekat dengan Odori Park yang hanya memisahkan 2 blok bangunan sahaja.

Dari segi lokasi, Gardens Cabin sangat strategik untuk mereka yang ingin berjalan di bandar Sapporo. Penginapan tidak terlalu jauh dengan tempat-tempat tarikan pelancong yang mana didepannya juga ada stesen Streetcar.
3) Kelengkapan & Kemudahan Hotel
Di Gardens Cabin, mereka menawarkan 2 jenis bilik utama iaitu Standard Capsule dan Deluxe Capsule disamping bilik cabin, family dan sebagainya. Aku pilih jenis Deluxe Capsule yang mana mempunyai sedikit ruang berbanding Standard Capsule yang hanya memuatkan sebuah tilam sahaja.

Untuk kelengkapan bilik, mereka menyediakan katil queen,1 bantal dan selimut. Dalam bilik juga, ada 1 meja bersama 1 kerusi, cermin besar full body dan tv flat screen. Ada juga disediakan 2 hanger baju. Bawah katil ada 1 ruangan besar untuk simpan luggage. Saiz 24-inci boleh masuk.


Untuk kemudahan lain, setiap yang menginap akan diberikan 1 kad akses untuk lif. Naik turun bilik, wajib guna kad tersebut. Setiap tingkat diasingkan lelaki dan wanita. Pada setiap tingkat disediakan tandas.


Di lobi hotel, turut disediakan ruang makan yang besar dan disediakan juga air minuman, panas dan sejuk beserta microwave. Vending machine pun ada. Disini juga anda boleh dapatkan toiletries seperti berus gigi, sikat, pencukur dan earplugs secara percuma

Ruang mandi hanya disediakan di tingkat basement. Kelainan di Gardens Cabin, mereka ada menyediakan onsen atau kolam air panas terbuka. Percuma untuk pelanggan hotel dan berbayar untuk orang ramai. Disini juga ada disediakan ruang mandi privasi.
Bilik laundry dan iron board juga disediakan. Paling best, hotel ini berada di atas 7eleven dan ianya bersambung. Jadi anda turun ditingkat bawah, terus boleh masuk ke kombini tersebut dan boleh dapatkan makanan dan minuman tanpa perlu keluar.

Tapi paling tak best, bilik mandi privasi atau shower room hanya ada 1 sahaja dan ianya perlu dikongsi untuk semua pelanggan hotel. Onsen pula secara tradisional mestilah tidak berpakaian. Nasib baiklah tak ramai masa aku menginap disini.
Selain itu, dalam bilik kita tak boleh kawal suhu aircond. Jadi agak sedikit sejuk pada hari tersebut. Tambahan pula lampu ruang legar juga tidak boleh ditutup, jadi ianya tidak gelap sepenuhnya. Ini mungkin biasa untuk penginapan jenis hostel.

Ruang makan tidak disediakan singki untuk basuh perlatan makan seperti pinggan, mangkuk dan sudu garfu. Ianya seolah-olah mengenapan konsep hotel, tetapi bilik tidur dan tandas asing macam hostel pula. Entah la.
4) Harga Gardens Cabin
Untuk 1 malam di Gardens Cabin, harga adalah RM128 tanpa breakfast. Tempahan dibuat menerusi aplikasi Agoda DISINI sekitar dua minggu sebelum berlepas ke Sapporo. Jika tempah lebih awal, mungkin lebih murah.

5) Rating Gardens Cabin
Secara keseluruhan, aku sedikit tidak puas hati dengan konsep hostel yang dibawa. Kalau hotel sepenuhnya mungkin boleh diterima. Ruang makan dan bersosial besar, tapi tiada singki dan shower room privasi hanya ada 1 bilik sahaja. Selebihnya tilam selesa, bersih, tidak berbau dan proses check-in, check-out pun mudah.
Rating : 6.9/10 untuk Gardens Cabin Hotel
2 thoughts on “Review Gardens Cabin Hotel Di Sapporo”