Cara Semak Tiket Flight Selepas Beli Guna Traveloka

Selepas buat bacaan di internet, rupanya ramai yang tertanya-tanya macam mana nak semak tiket flight selepas ada buat tempahan menggunakan Traveloka iaitu platform third-party bagi sebarang tempahan tiket kapal terbang.

Sebagai contoh, kalau nak beli tiket flight Air Asia, kita akan beli di website https://www.airasia.com/en/gb atau aplikasi Air Asia Move. Tapi sebenarnya, ada juga platform third-party untuk anda beli tiket flight ini selain daripada website rasmi tersebut.

Traveloka salah satu contoh platform yang boleh dipercayai. Sama juga seperti Trip.com, Agoda, Expedia dan banyak lagi. Platform-platform ini, anda juga boleh survey untuk dapatkan tiket flight murah berbanding website rasmi.

Untuk Traveloka, sebenarnya ada sedikit kerja yang anda perlu buat selepas beli tiket atau tempah tiket flight. Kalau di website Air Asia, selepas buat tempahan tiket flight, anda terus boleh dapat itinerari dan juga booking number. Jadi selesai masalah. Tunggu untuk check-in sahaja.

Manakala untuk Traveloka, anda tidak akan diberi lagi itinerari dan juga booking number tersebut. Ini bermakna, pembelian masih belum lengkap. Jadi nak tahu apa perlu buat selepas itu? Nak tahu cara semak tiket flight selepas beli guna Traveloka?

Semak Tiket Flight Selepas Buat Tempahan Menggunakan Traveloka

Ini merupakan perkongsian saya sendiri, iaitu pengalaman pertama kali beli tiket flight menggunakan Traveloka untuk tiket Air Asia. Urusanya mudah sahaja. Tak pening pun. Cumanya ada kerja tambahan berbanding beli terus di Air Asia Move.

Saya buat pembelian menggunakan aplikasi Traveloka bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. Dengan menggunakan Air Asia. Berikut merupakan cara semak tiket flight selepas buat pembelian di Traveloka :

1. Diberi E-ticket

Selepas dah buat pembayaran dan selesai semua urusan tempahan di Traveloka, anda akan diberikan e-ticket menerusi emel. Dalam itu, akan dipaparkan segala butiran penerbangan anda seperti tarikh, masa pelepasan, lokasi airport, tempoh penerbangan dan 1 perkara penting iaitu Airline Booking Code atau PNR.

2. Dapatkan PNR Untuk Urusan Tiket Flight

Jadi dalam e-ticket tersebut perkara paling penting, anda perlu dapatkan nombor PNR iaitu untuk tiket pergi dan kembali (sekiranya anda beli tiket return). Kebiasaanya, satu tempahan, satu nombor PNR. Jika anda terima lebih, anda boleh contact customer survice Traveloka.

Daripada nombor PNR inilah, anda boleh dapatkan itinerari dan booking number daripada pihak Airlines. Dalam contoh ini, iaitu Air Asia.

3. Dapatkan Tiket Fight Menggunakan Nombor PNR

Untuk dapatkan tiket flight ini, anda boleh buat pada bila-bila masa sahaja. Lepas beli pun, boleh terus buat semakan di pihak Airlines. Sebenarnya selain tiket flight, itinerari dan booking no., cara ini juga, anda boleh buat untuk add-on luggage, meal, buat tempahan tempat duduk dan sebagainya di website rasmi Air Asia

  1. Pergi ke website Air Asia atau gunakan sahaja aplikasi Air Asia Move
  2. Kemudian klik Tab Check-In
  3. Pada bahagian ‘Search a booking to check in’, masukkan nombor PNR dan juga first name anda sama seperti tempahan dibuat di Traveloka
  4. Klik pada Purchased add-ons
  5. Disinilah anda buat buat sebarang tambahan, jika perlu. Jika tidak, anda boleh sahaja teruskan dengan klik pada Confirm Changes
  6. Selepas itu, paparan akan menunjukkan Payment Successful. Disini juga akan diberi Itinerary atau erti kata lain, tiket flight anda sebelum check-in
  7. Download untuk buat simpanan anda dimasa hadapan
  8. Selesai

Dengan adanya itinerary tersebut, kini anda sah mempunyai seat atau tempat duduk dalam flight Air Asia tu nanti. Tak perlu risau dah. Hanya tunggu masa untuk check-in nanti dan dapatkan tiket flight sebenar. Mudah sahaja.

Leave a Comment