Review Hana Hostel Fujisan. Tempat Tinggal Ala Rumah Jepun Di Gunung Fuji

Dah datang jauh dari Osaka dan sebelum menuju ke Tokyo, kita bermalam dulu di Gunung Fuji. Jadi dah servey semua, kita pilih bermalam di Hana Hostel Fujisan yang terletak di area Fujiyohsida, kawasan pekan dia la kot.

Kalau sampai area Gunung Fuji ni memang dalam fikiran untuk rileks dan juga Fuji Hunting iaitu bergambar. Gunung Fuji tinggi lebih 3000m, jadi sebenarnya tiada masalah untuk bergambar dimana-mana lokasi kalau ianya muncul. Tapi disini, ada hot spot yang menjadikan gunung fuji jadi lebih cantik.

Senarai Hotspot Gunung Fuji

Sebelum review tempat penginapan, anda boleh tengok sini antara hotspot cantik untuk bergambar dengan Gunung Fuji :

  • Nichikawa Time Shop (Streets of Fujiyoshida)
  • Kawaguchiko Oishi Park
  • Lawson at Kawaguchiko Station
  • Lake Kawaguchiko
  • Yagizaki Park
  • Fuji Base Park
  • Arakurayama Sengen Park (Chureito Pagoda)
  • Fujisan Ohashi Bridge (Mishima)
  • Fuji-Q Higland
  • Lake Saiko
  • Iyashinosato historic Village
  • Lake Shoji

Sebenarnya banyak je lagi hotspot ni, boleh cari. Tapi dalam banyak-banyak ni, aku hanya sempat singgah di Fujisan Ohashi Bridge, Lawson, Kawaguchio Station, Nichikawa Time Shop (Streets of Fujiyoshida) dan Arakurayama Sengen Park.

Review Hana Hostel Fujisan Untuk Semalaman

Sama seperti di 123 Guesthouse di Osaka, dimana semua review di Hana Hostel Fujisan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri bermalam disini.

1) Sebab Pilih Hana Hostel Fujisan

Kalau di Osaka dan Tokyo, fokus utama lebih kepada harga accommodation tersebut. Tapi di Fujisan, fokus utama aku nak cari penginapan yang mengenakan tema rumah Jepun dimana tidur atas futon yang berlapikkan tatami. Kemudian baru tengok harga.

BACA JUGA : Review Airbnb Selesa Area Arakawa City Untuk 3 Orang Di Tokyo

Lepas tu, tengok pula lokasi. Adakah ianya berdekatan dengan kawasan hotspot. Kalau tak silap, aku jumpa di TikTok hostel ni. Aku pilih sebab menggunakan tema rumah Jepun, harga berpatutan dan lokasi juga dekat dengan kawasan hotspot. Apa lagi, booked untuk 5 bulan sebelum.

2) Lokasi Penginapan

Location wise memang menarik Hana Hostel Fujisan ni. Ianya terletak di Fujiyoshida atau pekan kecil di Mt Fuji ni. Lokasi sebenar boleh tengok SINI. Hostel ni dekat dengan Fuji Station dan walking distance untuk ke Nichikawa Time Shop dan Arakurayama Sengen Park.

Disini juga terletak Fujiyoshida Sengen Shrine.

3) Kemudahan Disediakan

Disebabkanya ianya hostel, jadi ada beberapa kemudahan yang akan dikongsi bersama penghuni lain. Untuk bilik, aku pilih untuk saiz 3-4 pax ikut bilangan penghuni, sebab aku datang 3 orang. Jadi aku dapat bilik agak besar dengan 3 futon disediakan.

Selain futon, dalam bilik disediakan bantal, selimut tebal dan lapisan kusyen. Jadi futon anda tersebut jadi lebih tebal dan lembut. Sumpah selesa gila. Selain itu, dalam bilik juga disediakan penghawa dingin, cermin, penyangkut baju, meja kopi bersama 2 alas duduk.

futon hana hostel fujisan

Hostel ni 2 tingkat, semua penghuni duduk tingkat atas. Kalau tak silap ada 5 bilik sahaja secara keseluruhan. Tingkat atas juga ada kemudahan 1 bilik air, 1 tandas dengan bidet, 3 singki yang berada di luar.

Manakala bahagian bawah, pada pintu masuk utama, ada lobby check-in. Kemudian ada ruang tamu untuk bersosial bersama penghuni lain. Ada 1 meja makan yang dikongsi dengan 6 tempat duduk. Ada dapur yang menyediakan pelbagai makanan secara percuma. Ada pisang, roti, biskut, kopi 3-in-1 dan macam-macam lagi.

Selain itu, disediakan juga peti atas, singki basuh pinggan, pinggan, cawan, sudu, garfu, microwave dan water heater. Kat sini juga ada washing machine beserta dryer. Tapi sebab dryer spin, ambil masa yang lama juga la untuk kering. Bonus, owner hostel iaitu En. Satoshi juga sediakan full collection manga Demon Slayer. Tapi in Japanese la.

Akhir sekali, nak drop luggage awal atau lewat pun boleh je tinggal sini. Lupa nak bagi tahu, wifi juga disediakan secara percuma.

4) Harga

Untuk 2 hari 1 malam di Hana Hostel Fujisan, aku dapat harga 9800 Yen atau sekitar RM278.72 semalan untuk 1 bilik bagi 3-4 pax. Sama seperti di Osaka, aku pilih untuk paylater dimana pembayaran dibuat 3 hari sebelum waktu check-in. Booking dibuat menerusi website Agoda DISINI. Tiada deposit diperlukan.

5) Rating Hana Hostel Fujisan

Kalau untuk rate 3 tempat penginapan aku selama berada di Osaka-Tokyo-Mt Fuji, aku sangat berpuas hati untuk Hana Hostel Fujisan. Bagi aku tempat penginapan paling best sekali.

Selain daripada harga, tempat strategik, kemudahan yang disediakan dan selesa, aku puas hati layanan daripada onwer hostel tersebut iaitu En. Satoshi. Sudah la ramah dan sangat membantu serta boleh speaking English, dia siap bagi bagi hadiah beb. Rasanya untuk semua penghuni kat situ pun dapat.

Dia bagi 3 keping gambar kami yang diambil sendiri oleh beliau dan juga chopstik setiap sorang sebagai kenang-kenangan. Walaupun kecil, rasa dihargai betul. Untuk kekurangan pun tak tahu nak tulis apa. Mungkin takda tv je la kot. Arigato Mr. Satoshi

Rating : 9/10 untuk Hana Hostel Fujisan

3 thoughts on “Review Hana Hostel Fujisan. Tempat Tinggal Ala Rumah Jepun Di Gunung Fuji”

Leave a Comment