Review 123 Guesthouse Penginapan 3 Hari 2 Malam Terbaik Di Osaka, Jepun

Kali ini akau nak review 123 Guesthouse iaitu penginapan kami bertiga sepanjang berada di Osaka dalam siri jelajah Jepun selama 9 hari. Jadi destinasi pertama setibanya di Jepun adalah di Osaka, diikuti Gunung Fuji dan Tokyo.

BACA JUGA : Itinerari Penuh 9 Hari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji Tahun 2024

Kalau dalam itinerari ke Jepun aku sebelum ini, aku ada share aku bermalam di 3 tempat penginapan yang berbeza selama tempoh travel tersebut. Sebagai contoh di Osaka, aku menginap di guesthouse, di Tokyo guna Airbnb dan di Gunung Fuji adalah jenis hostel.

Mungkin bagi yang anda yang sedang mencari penginapan terbaik di Osaka, mungkin pilihan ini sesuai untuk anda. Jika review 123 Guesthouse ini menarik, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk pilih jenis penginapan ini.

Review 123 Guesthouse Penginapan Di Osaka

Kesemua review dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri apabila menginap di 1.2.3 Guesthouse ini.

1) Sebab Pilih 123 Guesthouse

Rasanya sebab utama mana-mana individu pun kalau nak cari tempat penginapan terutamanya di luar negara adalah harga atau kos. Termasuklah aku. Memang dah set dalam Agoda, bagi bilik hotel yang harga paling murah, sesuai untuk 3 pax.

Selepas dah dapat beberapa senarai, aku cuba untuk dapatkan lokasi tempat penginapan tersebut. Ramai yang bagi cadangan, cuba cari area Shin-Imamiya. Tapi aku tengok kawasan tersebut hanya dekat dengan train sahaja, tapi jauh dengan kawasan pelancongan yang lain. Jadi aku ambil keputusan untuk cari yang lain.

Selepas buat tapisan, aku jumpa 123 Guesthouse atas faktor harga, bersebelahan dengan Metro station dan walking distance untuk pergi ke Dotonbori. Bagi aku, guesthouse ini sangat strategik untuk menginap meskipun perlu untuk kongsi bilik air, tandas dan dapur

2) Lokasi 123 Guesthouse

123 Guesthouse terletak di kawasan Nippombashi. Untuk lokasi sebenar, anda boleh rujuk Google Maps INI. Turun dari guesthouse, terus sampai entrance Metro Nippombashi Station. Jalan 10 minit boleh sampai di Dotonbori dan Nippombashi Denden Town.

3) Kemudahan Disediakan Di 1.2.3 Guesthouse

123 Guesthouse berada dalam 1 bangunan kongsi yang mana ianya terletak pada tingkat 3 dan 4. Jadi kemudahan utama iaitu lif ada disediakan untuk setiap pelanggan. Tangga kecemasan juga ada disediakan yang mana digunakan selepas waktu tengah malam. Wifi juga disediakan secara percuma.

Kaunter check-in terletak di tingkat 3 yang mana juga terdapat ruang kecil untuk menunggu yang juga sebagai lobby. Disini juga anda boleh letak luggage terlebih dahulu sebelum tiba waktu check-in. Waktu check-in adalah pukul 3 petang dan check-out jam 10.00 pagi.

ruang lobby 123 guesthouse

Bilik aku tingkat 4. Aku tempah untuk 3 pax, jadi dalam bilik ada 3 katil lengkap dengan bantal dan selimut. Selain itu, ada aircond sebijik, meja kecil 1, rak 1 dan cermin kecil. Juga terdapat penapis udara beserta beberapa plug point. Jadi kemudahan asas dalam bilik cukup.

Meskipun bilik kecil, tapi masih ada ruang untuk buka luggage masing-masing dan mempunyai ruang solat yang mencukupi. Kalau nak complain pun, tingkap je tak boleh buka. Tapi mungkin sebab atas faktor keselamatan juga. Tuala dan selipar tandas juga disediakan untuk 3 orang.

Kemudahan lain, ada 2 bilik mandi (shower) yang disediakan dengan sabun, shampoo dan heater. Ada 2 tandas untuk lelaki dan wanita. Juga disediakan dapur yang mana terdapat peti ais, microwave, singki, pinggan, cawan dan pemanas air elektrik. Kemudahan ini semuanya kongsi dengan penghuni lain juga.

4) Harga 123 Guesthouse

Untuk harga 3 hari 2 malam di 123 Guesthouse pada waktu tersebut, aku perlu bayar 22,600 Yen atau sekitar RM669. Jenis pembayaran adalah paylater dimana aku buat tempahan di Malaysia dan buat pembayaran pada hari aku sampai. Sebab duduk bertiga, seorang hanya perlu bayar RM223.

Untuk tempahan, aku buat menerusi aplikasi Agoda. Jika berminat, anda boleh buat tempahan 123 Guesthouse, Osaka DISINI. Tiada deposit diperlukan ketika menginap.

5) Rating 1.2.3 Guesthouse

Secara overall aku puas hati segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Lokasi pun cantik. Kalau nak complain mungkin berkaitan dengan tingkap dan juga saiz bilik sedikit kecil berbanding tempat penginapan aku di Tokyo dan Gunung Fuji.

Rating : 8/10 untuk 123 Guesthouse

3 thoughts on “Review 123 Guesthouse Penginapan 3 Hari 2 Malam Terbaik Di Osaka, Jepun”

Leave a Comment