Review Airbnb Airy Stay Kawasan Tsim Sha Tsui Di Hong Kong

Aku nak review Airbnb Airy Stay iaitu tempat aku menginap selama 4 hari 3 malam untuk 4 orang sepanjang berada di Hong Kong. Secara overall aku puas hati terutamanya lokasi penginapan tersebut.

BACA JUGA : Itinerari Lengkap Ke Hong Kong-Macau Untuk 4 Hari

Rasanya ramai dah tahu, kalau di Hong Kong, kebanyakkan tempat penginapan seperti hotel, hostel, guesthouse, bilik menyediakan bilik yang kecil. Ini kerana kepadatan penduduk di sini dengan ruang yang terhad. Ditambah pula dengan kos atau harga yang tinggi.

Bilik kecil, tapi harga mahal. Jadi ku cuba sedaya upaya cari bilik untuk 4 orang dengan sedikit keluasan bilik, tetapi harga tidak terlalu mahal. Cuba cari berhari-hari dan akhirnya aku pilih penginapan Airbnb iaitu di Airy Stay

Review Airbnb Airy Stay Di Hong Kong

Ini review berdasarkan pengalaman sendiri selama berada di Airy Stay Hong Kong untuk 4 hari 3 malam bersama 3 lagi rakan yang lain.

1) Sebab Pilih Airbnb Airy Stay

Selain daripada harga yang diutamakan, kali ini aku cuba cari bilik yang sesuai untuk 4 pax, tapi keadaan bilik tersebut sedap mata memandang. Kalau anda cuba cari bilik murah di Hong Kong ni, memang rata-rata bilik dieorang macam agak gelap dan kadang-kadang aturan dia pelik. Cuba la search.

Jadi aku cuba avoid dan cari bilik yang nampak macam bilik penginapan. Maka terjumpa lah Airy Stay ini di Airbnb. Aku rasa harga dia sedikit mahal tapi affordable. Cuma aku dapat tahu, bilik ni betul-betul depan Masjid Kowloon dan biliknya cantik, meskipun tak nampak secara keseluruhan (kalau refer link Airbnb tersebut).

Untuk keluasan, aku tak pasti adakah ianya luas atau sebaliknya. Jadi aku pilih Airbnb Airy Stay ni sebab lokasi strategik iaitu di Tsim Sha Tsui, depan masjid Kowloon, bukan dalam Chungking Mansion, ada tingkap besar menghadap depan, bilik warna putih dan harga masih boleh diterima.

2) Lokasi Airy Stay

Airbnb Air Stay berada dalam kawasan Tsim Sha Tsui iaitu di Nathan Road. Betul-betul berhadapan dengan Masjid Kowloon. Dua blok bersebelahan dengan Chungking Mansion. 13 minit jalan kaki ke Avenue of Stars.

Airy Stay berada dalam bangunan ‘Comfort Building’ dan hanya di tingkat 11 sahaja. Kalau tak silap, keseluruhan hanya ada 5 bilik sahaja dan bilik untuk 4 orang adalah di bilik #5 menghadap di hadapan jalan raya. Rujuk Google Maps Ini.

3) Kemudahan Disediakan Di Airy Stay

Segala kemudahan hampir sempurna disediakan disini. Lif disediakan untuk ke tingkat 11. Tapi hanya 4 orang sahaja muat untuk satu-satu masa. Ada 3 lif kesemuanya. Peti ais, luggage storage, iron + board disediakan untuk kongsi bagi semua penghuni.

Boleh simpan luggage dulu disini secara percuma. Ada disediakan lock. Jadi bag kita lebih selamat selama berada disini.

Manakala dalam bilik ada wifi percuma, 2 katil queen, 4 bantal, 2 selimut, 2 meja kecil, 1 sidaian, 1 tempat sangkut baju bersama hanger, 4 tuala, 1 cerek elektrik, 2 cawan, travel adapter, tisu, aircond dan penapis udara. Dalam bilik air, ada tandas duduk, sabun, shampoo, tisu tandas, exaust fan, shower lengkap dengan heater.

Bilik ini sebenarnya juga luas. Masih boleh buka 2 luggage serentak saiz 20 inci dan ada ruang untuk solat. Untuk 4 orang just nice. Kalau untuk 2 orang memang luas lah. Cuma aircond dia berbunyi sikit. Itu sahaja kurang dia.

4) Harga Airy Stay

Untuk 4 hari 3 malam, aku dapat lebih kurang RM1,260. Jadi sebab aku datang 3 orang, jadi jatuh RM315 seorang. Satu malam lebih kurang RM100 seorang. Jika di Hong Kong, dengan bilik macam tu, aku rasa masih murah lagi.

Untuk tempahan, aku buat menerusi aplikasi Airbnb, 2-3 bulan sebelum tarikh trip tersebut. Jika berminat, anda boleh buat tempahan Air Stay di SINI. Tiada deposit dikenakan. Anda perlu self check-in yang mana sangat mudah menggukanak passcode yang diberi. Lagi 1, owner pun cepat reply message.

5) Rating Airbnb Airy Stay

Secara overall aku suka Airy Stay ini adalah kerana lokasi yang strategik yang mana dekat dengan banyak tempat-tempat penting seperti masjid, tempat menarik, restoren halal dan tempat shopping.. Tempat pun bersih dan tiada bau-bau pelik. Harga berpatutan dan kena dengan segala kelengkapan yang disediakan.

Rating : 8/10 untuk Airy Stay

1 thought on “Review Airbnb Airy Stay Kawasan Tsim Sha Tsui Di Hong Kong”

Leave a Comment