Selepas dah booking guna Trip.com, macam mana nak check tiket flight kita tu? Adakah tempahan tiket kapal terbang yang kita dah buat tu wujud?
BACA JUGA : Cara Semak Tiket Flight Anda Sekiranya Beli Menggunakan Traveloka
Tapi jangan risau, anda boleh ikuti panduan dibawah cara semak atau check tiket flight anda sekiranya anda beli menggunakan Trip.com.
Tempahan Tiket Flight Vietnam Airlines Menggunakan Trip.com
Untuk perkongsian ini, aku ada beli tiket flight Vietnam Airlines dengan menggunakan Trip.com. Kemudian aku nak semak tiket flight yang aku beli ni ada ke tidak.

BACA JUGA : Pengalaman Naik Vietnam Airlines Ke Jepun Dengan Transit Di Hanoi
Kalau kita beli direct terus di platform syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Vietnam Airlines, ANA, Korean Airlines dan sebagainya, anda sememangnya akan dapat terus tiket flight.
Berbeza dengan beli dari orang tengah seperti Trip.com. Ini kerana sebenarnya tempahan tiket flight tersebut dibuat oleh pihak mereka dan bukan kita sendiri. Jadi kita tak tahu dieorang dah tempah tiket flight kita atau belum. Sebab tu kena check terus!
Cara nak semak tiket flight tu adalah seperti dibawah.
Cara Check Tiket Flight Lepas Beli Di Trip.com
Langkah dan panduan ini adalah selepas anda buat belian atau tempahan tiket flight menggunakan Trip.com sama ada laman web atau aplikasi mobile.
Selain daripada Vietnam Airlines, panduan ini juga sebenarnya anda boleh gunakan untuk mana-mana syarikat airlines iaitu untuk check tiket flight anda.
1) Peroleh Flight Booking Confirmation
Langkah pertama anda kena pastikan tempahan penerbangan anda sudah berjaya. Untuk pastikannya, anda perlu dapatkan flight booking confirmation atau ticket issued atau senang cerita tiket flight telah dikeluarkan.
Terdapat 2 cara untuk anda semak iaitu dengan menggunakan aplikasi Trip.com itu sendiri atau melalui emel yang dihantar. Boleh untuk check tiket flight, boleh tengok langkah dibawah:
i) Melalui Aplikasi
Untuk semak ticket issued ini menggunakan aplikasi, anda boleh pergi ke apps dan pergi pada bahagian tap ‘My Tips‘. Kemudian cari tempahan tiket flight anda. Jika tempahan tiket sudah berjaya, akan keluar ‘Ticket (s) issue‘.

Kalau tiada, maknanya tempahan belum dibuat. Belum berjaya lagi. Boleh tunggu.
Ini cara untuk check flight menggunakan apps Trip.com
ii) Melalui Emel
Selain itu, anda juga boleh semak atau check tiket flight anda melalui emel. Akan ada satu hantaran daripada pihak Trip.com (emel:myen_flt_noreply@trip.com) menerusi tajuk Flight Booking Confirmed. Kalau ada dapat emel ni, kita tempahan anda dah berjaya.

2) Semak No. PNR / Airline Booking Reference
Selepas dah confirm tempahan tiket penerbangan, anda perlu cari Airline Booking Reference atau No. PNR. Ini sangat penting untuk langkah seterusnya bagi check tiket flight anda. Kalau tiada nombor ni, nanti tak boleh check tiket flight yang sebenar.
Sekiranya menggunakan aplikasi Trip.com, anda boleh semak daripada pautan Ticket Issued tersebut. Anda klik pada Airline booking ref. (PNR) & e-ticket no. Kemudian akan keluar semua No. PNR beserta maklumat setiap penerbangan.

p/s: Jika anda beli tiket return, biasanya No. PNR adalah sama untuk semua. Sebab dibuat atas satu booking. Kalau banyak booking, mungkin akan banyak No. PNR
Jika di emel, anda boleh semak melalui file yang diberi iaitu ‘Itinerary‘. Anda klik dan dipaparkan No PNR pada bahagian Airline Booking Reference.
Adalah lebih baik anda semak melalui emel berbanding aplikasi. Ini kerana, pada emel tersebut turut dikongsikan maklumat nama anda iaitu First Name dan Last Name. Ini penting untuk langkah seterusnya bagi semakan tiket flight.

Simpan nombor dan last name tersebut sebaikanya
3) Buka Aplikasi Vietnam Airlines
Ini merupakan langkah terakhir. Sebab aku beli tiket Vietnam Airlines, jadi aku kena buka aplikasi VietnamAirlines. Kalau tiket Air Asia, anda boleh buka Air Asia Move. Kalau Malaysia Airlines boleh buka apps Malaysia Airlines dan sebagainya.
Sebaiknya anda daftar dahulu apps VietnamArlines ini. Pergi setting > Register > daftar akaun. Ikuti panduan yang diberikan sehingga selesai.
Dah login. Pada halaman utama, skroll ke atas dan cari Manage Booking. Kemudian disini, anda perlu masukkan No. PNR dan Last Name. Kemudian klik By PNR.

Sekiranya berjaya, ini bermakna tempahan tiket flight Vietnam Airlines menggunakan Trip.com sudah berjaya dan disahkan wujud.
Daripada itu, anda boleh teruskan untuk buat tempahan makanan halal atau boleh terus pilih seat secara percuma. Kalau ada sebarang masalah seperti salah ejaan, waktu ini juga anda boleh berurusan.
BACA JUGA : Cara Request Makanan Halal Vietnam Airlines
Cuma kalau Vietnam Airlines tak boleh check-in terus. Anda kena tunggu 24 jam sebelum penerbangan baru boleh check-in.

Beli Dari Third-Party Apps Seperti Trip.com Lebih Murah
Antara tips beli tiket flight murah yang betul adalah dengan menggunakan aplikasi third-party seperti Trip.com ini. Jika anda buat perbandingan selalunya, memang akan lagi murah dari beli direct daripada apps airlines.
Ada yang kata, pihak third-party ni dapat belit tiket flight murah sebab mereka ada akses untuk beli tiket flight secara bundle. Jadi jika mereka beli banyak, dapat harga lebih murah, jadi dia jual kat pelanggan dia dengan harga yang murah juga lah.
Tak cukup dengan itu, biasanya Trip.com terutamanya akan selalu buat promosi seperti pada double-digit sale (1.1, 4.4, 9.9, 12.12 etc) atau ketika pay-day sale atau ketika musim perayaan.
BACA JUGA :
- Daftar Trip.com DISINI Untuk Dapatkan Diskaun Sehingga RM100
- Senarai Tempat Beli Tiket Flight Untuk Bayaran Secara Pay Later
Dengan 2 ciri ini membuatkan tempahan tiket flight di Trip.com akan lebih murah daripada beli direct airlines. Aku cadangkan, korang beli je dari Trip.com ni. Trusted lagi, jangan risau. Lagi pula siap boleh bayar pay later juga.
Now boleh la check tiket flight anda sekiranya anda sudah buat tempahan dengan menggunakan Trip.com.











2 thoughts on “Cara Check Tiket Flight Lepas Beli Di Trip.com”