Cara Request Makanan Halal Vietnam Airlines

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
Request Makanan Halal Vietnam Airlines

Anda ada buat tempahan penerbangan naik Vietnam Airlines? Jangan lupa untuk request makanan halal nanti. Ini kerana hidangan normal dalam pesawat dalah mengikut standard negara mereka.

Jika airlines Malaysia seperti Air Asia dan Malaysia Airlines, kita tidak perlu khuatir lagi apabila nikmati makanan dalam penerbangan. Ini kerana, semuanya berstatus halal dan sesuai untuk muslim.

Berbeza dengan airlines luar negara seperti Vietnam Airlines. Tiada keperluan untuk mereka menyediakan makanan halal kerana status negaranya. Akan tetapi, mereka masih menyediakan makanan halal dalam penerbangan atas permintaan sahaja.

Vietnam Airlines Merupakan Premium Airlines Full-Services

Vietnam Airlines

Vietnam Airlines (VA) merupakan premium airlines yang bermaksud mereka menawarkan full-services. Dengan satu bayaran, anda dapat tiket flight, seat, makanan dan jumlah bagasi seperti yang ditetapkan.

Anda dah dapat makanan dalam penerbangan secara percuma. Jadi sebagai muslim, anda boleh mohon atau request makanan halal yang juga dipanggil Muslim Meals (MOML) daripada Vietnam Airlines.

Cara Request Makanan Halal (Muslim Meals) Vietnam Airlines

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda request makanan halal Vietnam Airlines ini. Antaranya menggunakan aplikasi Vietnam Airlines terus, menggunakan emel atau boleh contact direct message (DM) di facebook.

Tapi panduan dibawah adalah dengan menggunakan emel. Caranya mudah sahaja. Siap boleh dapat reply atau maklum balas dengan cepat daripada pihak VA.

Template Emel Request Makanan Halal Vietnam Airlines

Anda hanya perlu tukar info-info dalam template dibawah mengikut maklumat tempahan penerbangan anda seperti Nama, PNR, Flight Number, Fligt Date dan sebagainya.

Hi,

I would like to kindly request a halal meal (MOML) for my upcoming flight booking with Vietnam Airlines. Below are my travel details :

Full Name : Aiman Bin Abdullah
Booking Reference (PNR) : EW7YAR
Flight Number & Route : [VN680 Kuala Lumpur – Hanoi] + [VN356 Hanoi – Fukuoka] + [VN357 Fukuoka – Hanoi] + [VN681 Hanoi – Kuala Lumpur]
Flight Date : [1, 2, 8/12/2025]

Please confirm if the halal meal request has been successfully added to my booking. Thank you for your assistance


Ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Hantar emel anda kepada telesales@vietnamairlines.com
  2. Masukkan tajuk emel : Request for MOML on Upcoming Flight
  3. Akhir sekali, tunggu maklum balas

Selepas beberapa jam, permohonan Muslim Meals anda akan diberikan maklum balas menerusi alamat emel yang sama. Anda akan dapat emel seperti dibawah :

muslim meals vietnam airlines

Dengan maklumat balas tersebut, kini status makanan dalam pesawat anda adalah jenis Muslim Meals (MOML). Jadi anda tidak perlu gusar lagi ketika menaiki pesawat Vietnam Airlines pada hari penerbangan anda nanti.

Pengalaman Request Muslime Meals (MOML) Yang Disediakan Oleh Pihak Vietnam Airlines

Aku berkesempatan kali pertama untuk merasai terbang bersama Vietnam Airlines pada Disember 2025 yang lalu. Ianya merupakan trip aku ke Fukuoka, Jepun dari Kuala Lumpur. Tapi kena transit di Hanoi untuk beberapa jam dahulu.

BACA JUGA : Itinerari Ke Fukuoka Untuk 7H6M Secara Solo

Aku dapat harga RM1000 untuk penerbangan return Kuala Lumpur-Hanoi-Fukuoka. Aku buat tempahan menggunakan Trip.com yang pada masa itu ada buat promosi. Jadi kalau nak dapat tiket murah, boleh guna Trip.com ini.

Dengan harga tersebut, aku dapat tiket flight return, researved seat, makanan dan bagasi 23-kg. Sebab transit, aku ada 4 penerbangan iaitu KUL-HAN, HAN-FUK, FUK-HAN dan HAN-KUL. Disebabkan itu juga, aku dapat 4 kali makan.

BACA JUGA : Pengalaman Transit Di Hanoi Naik Vietnam Airlines

VA tidak menyediakan makanan halal dalam pesawat. Kalau nak, penumpang kena request sebelum penerbangan. Anda boleh buat permohonan paling lewat 24 jam sebelum penerbangan.

Sekiranya anda sudah dapat pengesahan atau no. PNR, sebenarnya anda boleh mula request terus. Jangan buat last minutes, takut terlupa. Sebelum ini, aku buat sebulan sebelum penerbangan.

Aku buat permohonan pada hari Isnin pagi melalui emel, sama seperti diatas. Kemudian selepas 2 jam, aku dapat reply atau maklum balas daripada pihak Vietnam Airlines tentang pengesahan permohonan Muslim Meals (MOML) tersebut.

Waktu penerbangan, aku didatangi oleh pramugari untuk mengesahkan permohonan MOML aku tersebut. Ketika edaran makanan juga, aku dapat lebih awal daripada orang lain. Mereka akan serve ‘special request’ terlebih dahulu.

Jadi aku boleh makan dulu dan boleh sambung tidur lepas tu.

Menu Makanan Halal (MOML) Daripada Vietnam Airlines

Dapat makan 4 kali sepanjang penerbangan. Mereka akan hidangkan makanan terlebih dahulu. Lebih kurang 1 jam selepas berlepas. Jadi kalau nak makan, kena stay up la dulu, then baru tidur.

Aku rasa daripada 4 kali makan tu, hanya ada 2 jenis menu sahaja. Menu utama Kuala Lumpur-Hanoi, Hanoi-Fukuoka dan Hanoi-Kuala Lumpur adalah sama iaitu nasi ala briyani dan ayam masak kari. Cuma beza pada side dish; buah-buahan, sayur atau kek oren. Roti wajib ada.

Menu 1 kali hanya dihidangkan masa penerbangan Fukuoka-Hanoi. Yang ni aku tak pasti sangat apa. Tapi masih ada nasi dan ayam dan juga sayur kobis hancur kot. Side dish ada kacang kuda dan sayur. Ada juga bagi kit-kat.

Air macam biasa lah, boleh pilih nak air jus (epal dan oren), air gas, atau air mineral. Lagi satu, jangan lupa untuk cuba air kopi yang dihidangkan selepas makan utama. Kopi vietnam mungkin. Sedap.

Overall bagi aku semua menu makanan halal aka Muslim Meals (MOML) yang disediakan oleh pihak Vietnam Airlines, semua sedap! Semua licin aku makan.

Jadi jangan lupa sekiranya anda naik Vietnam Airlines untuk pergi ke mana-mana destinasi selepas ini untuk request makanan halal. Kalau tidak berlapar la sepanjang penerbangan. Ni bukan Air Asia ada jual makanan atas flight.

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Cara Request Makanan Halal Vietnam Airlines”

Leave a Comment