“Trip akan datang, saya akan guna penerbangan Philippine Airlines. Jadi macam mana saya nak request makanan halal nanti?”. Mungkin antara persoalan yang timbul sekiranya menggunakan flight dari luar negara.
Philippine Airlines sama level dengan Malaysia Airlines yang mana ianya merupakan Full-Service Carrier (FSC) dan masing-masing merupakan penerbangan utama negara iaitu bagi negara Filipina dan Malaysia.

Jika anda naik FSC, biasanya mereka akan menyediakan menu makanan dalam flight. Berbeza dengan Low-Cost Carrier (LCC) seperti Air Asia yang mana mereka menjual makanan di dalam flight.
Kalau naik MAS, kita pastinya tahu semua menu yang disediakan mempunyai sijil halal. Tapi untuk penerbangan luar negara, status halal pastinya bukan keutaaman. Tapi jangan risau, sebenarnya mereka juga ada sediakan ‘muslim meals’, tapi kena mohon.
“Ingat mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam”
Jadi jika anda akan menggunakan Philippine Airlines pada waktu terdekat, adalah disarankan untuk request makanan halal yang disediakan oleh pihak syarikat penerbangan khusus untuk orang Islam.
Cara Request Makanan Halal ‘Muslim Meals’ Bila Naik Philippine Airlines
Sebelum itu, anda kena tahu 2 syarat utama yang membolehkan anda request makanan halal apabila menggunakan penerbangan Philippine Airlines iaitu :
- Sudah mempunyai No. Booking (Booking Reference) atau No. PNR
- Permohonan dibuat sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas
Jika dah cukup syarat, barulah anda boleh mula request makanan halal. Untuk info, kebiasaanya nama makanan halal yang disediakan oleh syarikat penerbangan luar negara termusuk Philippine Airlines dipanggil ‘MOML’ atau Muslim Meal.
BACA JUGA : Cara Request Makanan Halal (MOM) Bagi Penerbangan Vietnam Airlines
Anda boleh buat permohonan sama ada menggunakan laman web Philippine Airlines di https://www.philippineairlines.com/ atau menggunakan aplikasi mobile. Dalam tutorial adalah menggunakan aplikasi:
1) Buka aplikasi Philippine Airlines dan pilih My Trip > Add Trip dan kemudian masukkan Booking reference (No. PNR) beserta Last Name. Seterusnya tekan butang Submit

2) Pada halaman utama, klik pada pilihan Meal

3) Anda kini sudah boleh mula untuk buat pemilihan makanan. Klik pada nama anda dan pilih makanan. Kemudian pilih ‘Moslem Meal’
p/s : untuk info, selain daripada ‘makanan halal’, sebenarnya banyak lagi jenis makanan yang anda boleh pilih seperti fruit platter, diabetic meal, child meal, hindu vegetarian, low salt, low fat dan sebagainya.
Jika sudah, klik Save

4) Pada halaman utama akan dipaparkan status permohonan yang menunjukkan sudah berjaya ” Your services are confirmed’

Jangan risau, request makanan halal bagi penerbangan Philippine Airlines ini adalah percuma. Tiada bayaran tambahan dikenakan.
Pengalaman Rasai Makanan Halal Ketika Bersama Philippine Airlines
Sebelum ini aku adah kongsikan pengalaman merasai makanan halal bagi penerbangan ke Fukuoka Jepun dengan menaiki Vietnam Airlines. Ketika itu permohonan dibuat menggunakan emel.
Kali ini juga penerbangan ke Jepun, tapi dengan Philippine Airlines, aku decide untuk menggunakan aplikasi sahaja. Sebab semua sudah tersedia didalamnya. Tak perlu buat kerja tambahan.
BACA JUGA : Itinerari Ke Tokyo Untuk 6H5M Bagi Mencari Bunga Sakura
Untuk trip kali ini, ada 4 penerbangan kesemuanya. Disebabkan itu, aku dapat 4 kali makan dalam flight. Jadi aku perlu mohon 4 ‘muslim meal’ kesemuanya. Aku buat dalam tempoh 72 jam yang ditetapkan dengan menggunakan aplikasi sahaja.
Sebelum penerbangan ketika proses check-in dan drop luggage di KLIA, pihak staff di kaunter akan mengesahkan sekali lagi tentang status ‘muslim meal’ yang telah dimohon. Jika ada, kira memang dapatlah MOML dalam penerbangan nanti.

Kemudian ketika dalam penerbangan, anak kapal sama ada peramugari atau peramugara akan datang kepada seat anda dan sahkan status permohonan makanan yang telah anda buat.
Kemudian nda akan diberi makanan lebih awal daripada penumpang lain. Pada makanan tersebut, akan diberi tagging MOML yang menunjukkan ‘Muslim Meal’. Makanan tersebut pastinya akan lain daripada makanan yang disediakan untuk orang awam.
Dari pengalaman sebelum ini, aku dapat 2 menu dengan tagging ‘MOML’, tapi 2 lagi tiada penanda yang disediakan dan makananya sama seperti penumpang lain. Tapi menerut peramugari, ianya halal dan muslim friendly. Dia dah cakap macam tu, aku makan je lah.
BACA JUGA : Pengalaman Naik Philippine Airines Ke Jepun Tapi Transit Di Manila
Kesemua menu ‘muslim meal’ yang disediakan oleh Philippine Airlines adalah sedap dan boleh diterima tekak melayu. Jangan risau! Ada dapat menu ayam masak rendang, daging kari dan sebagainya.


Jadi bagi anda yang akan terbang bersama Philippine Airlines dalam waktu terdekat, jangan lupa untuk request makanan halal siap-siap. Nanti risau berlapar dalam flight.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jadi lepas ni nak pergi mana naik PAL?














1 thought on “Cara Request Makanan Halal (Muslim Meal) Di Philippine Airlines”