Ikuti Langkah Mudah Cara Check In Philippine Airlines Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara check in philippine airlines

Anda boleh lakukan proses check in Philippine Airlines secara online sahaja dari mana-mana tempat pun. Yang penting ada sambungan internet yang boleh disambungkan kepada portal PAL pada hari tersebut.

Proses check in flight antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh penumpang sebelum tiba hari penerbangan. Bukan hotel sahaja kena check-in, kalau nak naik flight pun anda perlu lakukan perkara yang sama.

BACA JUGA : Cara Check In Online Untuk Penerbangan Air Asia

Tapi kebiasaanya proses ini anda boleh lakukan dalam 2 keadaan iaitu check in secara online atau boleh lakukan di kaunter ketika tiba di KLIA. Termasuk untuk Philippine Airlines, anda 2 pilihan yang ditawarkan sebenarnya.

klia philippine airlines

Jika anda pilih penerbangan bersama Philippine Airlines, sebenarnya anda boleh check in di kaunter pada hari penerbangan atau boleh lakukan secara online sahaja. Tetapi proses check in Philippine Airlines secara online hanya dibuka 24 jam sebelum penerbangan sahaja.

Kelebihan jika anda check in online iaitu lebih awal berbanding di kaunter, anda boleh skip beratur. Kemudian anda boleh pilih seat yang ditawarkan secara percuma. Jika di kaunter, anda akan diberikan seat secara random.

Jadi mungkin anda akan ada penerbangan bersama Philippine Airlines pada masa terdekat, tapi tak tahu macam mana nak lakukan proses check-in, jangan risau! Anda boleh ikuti panduan lengkap dibawah cara Check-In Philippine Arlines secara online.

Ikuti Langkah Dan Cara Check In Philippine Airlines Secara Online

Proses check ini anda boleh lakukan pada 2 tempat iaitu menggunakan laman web atau aplikasi mobile. Tapi dalam tutorial ini, ditunjukkan dengan menggunakan laman web sahaja :

1. Pergi ke laman web https://www.philippineairlines.com/ dan kemudian klik pada bahagian Check-in

2. Kemudian masukkan butiran yang diperlukan. Anda wajib sediakan Booking Reference (No. PNR) dan Last Name penumpang. Seterusnya klik Submit

BACA JUGA : Cara Semak Dan Check Tiket Flight Untuk Dapatkan No. PNR Selepas Beli Di Trip.com

cara check in philippine airlines

3. Anda akan dibawa ke halaman utama bagi proses Check In Philippine Airlines. Anda semak butiran penerbangan terlebih dahulu. Jika betul, mulakan proses dengan klik pada butang Start Check-in

cara check in philippine airline

4. Akan dipaparkan semua nama penumpang yang anda telah buat tempahan sebelum ini iaitu bagi No. PNR yang sama. Disini anda hanya perlu tick pada setiap penumpang dan klik Continue

nama check in philippine airlines

5. Seterusnya dibawa ke halaman ‘keselamatan bagasi’. Fahamkan. Jika sudah, klik pada I agree dan continue

keselamatan bagasi

6. Kemudian anda perlu tetapkan butiran diri bagi setiap penumpang bagi 3 perkara iaitu :

  • Nationality information
  • Personal details
  • Travel document

7. Untuk Nationality information, anda boleh pilih Malaysian dan klik Save

malaysia philippine airlines

8. Untuk Personal details, anda pilih jantina (female/male) dan masukkan tarikh lahir. Pastikan sama seperti dalam pasport. Klik save

tarikh lahir philippine airlines

9. Ini bahagian paling penting. Masukkan nombor pasport, negara dan tarikh tamat tempoh pasport. Pastikan sama seperti dalam pasport. Kemudian klik Save

p/s: pastikan nombor pasport sama bagi mengelakkan anda tidak dibenarkan untuk terbang nanti

pasport philippine airlines

10. Anda ulang proses yang sama, tapi bagi penumpang lain pula. Buat sehingga selesai.

11. Seterusnya, anda perlu jawab ‘Security questions’. Kalau malas baca, klik No je untuk semua. Tekan Continue

security question philippine airlines

Selesai!

Untuk nak tahu jika proses check-in anda tersebut dah selesai ke belum. Anda boleh tengok pada status penumpang. Jika dah keluar ✅, kira dah selesai untuk proses check in Philippine Airlines tersebut.

selesai check in philippine airlines

Jika sudah selesai proses check-in, anda boleh dapatkan e-Boarding Pass. Klik sahaja pada View Boarding Passes. Akan dipaparkan semua e-boarding pass. Anda boleh download atau simpan di Google Wallet atau Apple Wallet.

eboarding pass philippine airlines

Dah selesai check in Philippine Airlines ini, anda boleh bersedia pula untuk hari penerbangan di KLIA pula.

Pengalaman Ketika Proses Check-In Online Untuk Penerbangan Pergi Dan Balik Bersama Philippine Airlines

Untuk pertama kali, aku menggunakan Philippine airlines (PAL) ketika trip musim Sakura ke Tokyo, Jepun pada bulan April yang lalu. Antara pilihan yang menawarkan tambang tiket paling murah untuk ke negara matahari terbit ketika itu.

BACA JUGA : Itinerari Ke Tokyo, Jepun Untuk 6H5M Untuk Mencari Bunga Sakura

Tapi sebelum tiba hari penerbangan, kalau siapa guna PAL juga, anda boleh request makanan halal (muslim meals – MOML) terlebih dahulu terutamanya bagi penumpang muslim lah.

BACA JUGA : Cara Request Makanana Halal Bagi Penerbangan Philippine Airlines

Bila tiba 24 jam sebelum penerbangan, aku terus buat proses check-in secara online. Guna langkah dan tutorial yang sama seperti diatas. Proses ini hanya melibatkan penerbangan KUL-MNL-NRT.

Selepas selesai je check-in, aku simpan e-boarding pass di Apple Wallet. Jadi aku ada 2 boarding pass iaitu bagi penerbangan KUL-MNL dan MNL-NRT. Padanya akan dipaparkan tarikh depart, no. penerbangan, no. seat, nama penumpang dan sebagainya.

Di kaunter pula, proses lebih mudah. Beratur pada line yang sudah check-in online yang mana barisan lebih pendek berbanding yang belum check-in, kemudian hanya perlu drop luggage sahaja.

Selesai check in Philippine Airlines secara online, kemudian drop luggage di kaunter dan akhir sekali anda akan diberikan boarding pass sebenar. Kena ada yang fizikal baru boleh naik flight. e-boarding pass tidak dibenarkan.

boarding pass kl manila tokyo

Tapi untuk penerbangan pulang iaitu ketika aku berada di Tokyo, aku tak lakukan proses check-in online. Masih boleh diterima. Anda hanya perlu ke kaunter di Narita Airport seperti biasa.

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Ikuti Langkah Mudah Cara Check In Philippine Airlines Secara Online”

Leave a Comment