Cara Beli Tiket Bola Di Jepun (JLeague) Secara Online

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
cara beli tiket bola di jepun

Untuk trip Osaka-Kyoto kali ini, aku buat kelainan sikit. Selain pergi ke tourist spot, nature, mall, tambah satu lagi, kita dapatkan tiket bola plak. Jadi aku nak share macam mana nak beli tiket stadium untuk tengok bola JLeague di Jepun.

BACA JUGA : Itinerari Ke Kyoto-Osaka Untuk 6H5M

Lebih tepat, pada 17 Mei 2025, aku menjejakkan kaki sekali lagi di Osaka selepas kali pertama aku pergi pada Oktober 2024. Macam biasa, kali ini bawa rodong untuk tunaikan janji sejak 2017 lagi.

Jadi selain pergi berjalan ke Osaka, Kyoto dan Nara. Aku singgah juga satu lagi bandar yang berada dalam prefecture Kansai ini iaitu Kobe. Biasa orang pergi Kobe Harbour, tapi aku and the geng pergi tengok game bola sepak bagi team Vissel Kobe.

Tonton Perlawanan Bola Sepak Antara Vissel Kobe vs Gamba Osaka

Tarikh tiba di Osaka ni sebenarnya dibuat selepas ambil keputusan untuk tengok game bola di Jepun. Dia jadi memang sepenuhnya kebetulan. Lepas dah beli tiket, baru decide nak tengok bola. Harapnya ada area Osaka, tapi takda home game waktu tersebut.

Tapi alhamdulillah, tengok ada home game tapi di bandar Kobe iaitu menjadi homeground untuk pasukan Vissel Kobe di Noevir Stadium Kobe. Kobe pula memang jadi salah satu destinasi dalam trip Osaka-Kyoto kali ini. Jadi buat keputusan untuk beli tiket terus dari Malaysia.

BACA JUGA : Pengalaman Berharga Di Noevir Stadium Kobe

Sebenarnya tak kisah apa-apa match pun, asalkan dapat nikmati vibe bola sepak Jepun. Tengok-tengok rupanya derby Kansai iaitu antara Vissel Kobe vs Gamba Osaka. Jadi tiket pun laju la habis. Buat keputusan, seminggu sebelum pergi ke Jepun, siap-siap beli tiket bola terus.

Jadi kalau korang juga berhajat nak nikmati vibe bola sepak Jepun, jom aku tunjuk cara untuk beli tiket bola Jepun terutamanya untuk liga utama JLeague. Tapi rasanya semua liga sama je caranya pun.

Cara Beli Tiket Bola Sepak Di Jepun (JLeague) Secara Online

Sebenarnya terdapat banyak cara, untuk korang terutamanya dari luar Jepun seperti Malaysia untuk beli tiket masuk stadium ni. Cuma aku tak pasti ada ke tidak jual tiket fizikal di stadium. Atau sepenuhnya menggunakan sistem online.

Selain itu, tiket fizikal juga, korang boleh beli di mana-mana kombini 7eleven di Jepun. Pergi ke bahagian mesin printing. Biasanya setiap kombini memang ada. Tapi setahu aku, kalau beli sini, kena letak nama dalam bahasa Jepun (katakana). Kalau korang pandai, boleh la. Kalau tak pandai, beli online je.

Jadi aku tunjukkan cara beli tiket ni secara online sahaja. Kalau nak beli walk-in, korang kena cuba sendiri di stadium. Aku tunjukkan cara yang paling mudah. Booking, bayar dan terus dapat tiket.

Untuk booking online ni ada 2 cara, sama ada beli di website JLeague sendiri iaitu di https://www.jleague.co/ dan pergi bahagian tiket atau boleh beli di website pasukan bola itu sendiri. Harga sama sahaja.

Berikut merupakan pautan pembelian tiket bola di website kelab bola sepak JLeague untuk tahun 2025. Masuk website dan kemudian pergi bahagian ticket :

Kelab BolaLink
FC TokyoLink
Cerezo OsakaLink
Albirex NiigataLink
Yokohama F. MarinosLink
Tokyo VerdyLink
Kashiwa ReysolLink
Vissel KobeLink
Nagoya GrampusLink
Avispa FukuokaLink
Kawasaki FrontaleLink
Fagiano OkayamaLink
Shimizu S-PulseLink
Gamba OsakaLink
Yokohama FCLink
Kyoto Sanga FCLink
Kashima AntlersLink
Urawa RedsLink
Sanfrecce HiroshimaLink
FC Machida ZelviaLink
Shonan BellmareLink

Sebab aku pergi tengok game home Vissel Kobe, jadi aku beli tiket di website Vissel Kobe terus. Jom aku tunjuk langkah-langkah dan step-by-step untuk beli tiket bola game Vissel Kobe.

Website bola Jepun biasanya dalam bahasa Jepun, jadi korang boleh klik je ‘translate-to-english’, kalau guna google chrome.

  1. Pergi ke website Vissel Kobe dan klik pada bahagian tiket, atau KLIK DISINI
  2. Pilih perlawanan mana yang anda ingin tonton di stadium. Kemudian klik Buy (Contoh game vs Nagoya Grampus). Kalau anda nak tahu harga tiket masuk, boleh klik pada Prices
  3. Daftar akaun Rakuten dengan klik pada ‘Rakuten Member Registration’. Ikut sahaja panduan yang diberikan sehingga selesai. Kemudian login seperti biasa.
  4. Anda akan dibawa ke halaman permulaan untuk mula beli tiket. Scroll ke bawah sekali dan tanda pada ‘Please check here…’ dan klik Next
  5. Akan dipaparkan layout stadium mengikut nombor. Biru pekat disediakan untuk penonton tuan rumah dan biru cair untuk penonton pelawat. Terserah nak beli tiket yang mana. Lebih baik duduk bahagian tuan rumah la iaitu pada biru pekat.
  6. Klik pada nombor dan akan terpapar nombor seat beserta harga. Warna biru masih available dan warna kelabu sudah dibeli. Anda klik mengikut jumlah tiket yang anda ingin beli. Beli 1, klik 1, beli 3, klik 3 dan seterusnya. Jika sudah selesai pilih seat dan jumlah, klik butang Next.
  7. Kemudian pilih tiket dewasa atau kanak-kanak. Klik pada butang +. Kemudian klik Next
  8. Pilih pembayaran menggunakan kad kredit sahaja. Klik pada [Credit Card] dan kemudian masukkan butiran yang diperlukan. Untuk ‘address’ anda bebas nak letak alamat Malaysia atau alamat hotel di Jepun. Paling penting alamat emel. Jika sudah, klik Next
  9. Masukkan butiran kad kredit anda sehingga lengkap dan klik Next dan buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai
  10. Anda akan diberi Purchase Ticket bersama-sama Receipt Number

Cara Dapatkan Kod QR Tiket Bola

Langkah seterusnya, anda perlu dapatkan kod QR yang mana akan digunakan semasa nak masuk dalam stadium nanti. Jika anda beli 4, anda akan dapat 4 kod QR yang berlainan. Kalau beli 1, ada 1 la.

Langkah seterusnya, anda perlu install aplikasi Vissel Kobe di Play Store atau App Store. Kemudian login menggunakan akaun Rakuten yang anda daftar sebelum ini. Dah selesai login, follow step dibawah :

  1. Pada halaman utama, pergi pada tab Tickets
  2. Kemudian klik Viewing QR Tickets
  3. Akan dipaparkan Kod QR yang juga merupakan tiket masuk
  4. Akan dipaparkan juga pintu atau gate mana yang anda perlu masuk bila di stadium nanti

Jadi nanti di pintu masuk, anda hanya perlu tunjukkan Kod QR tersebut. Setel

Pengalaman Pertama Kali Ke Stadium Luar Negara Di Jepun

Walaupun aku sampai di stadium masa half-time, tapi pengalaman pertama kali masuk stadium bola sepak di Jepun ni best la. Rasa berbaloi sangat spent harga tiket sampai 42,000Yen atau sekitar RM120.

Kalau trip bola sepak ni, boleh repeat. Mungkin lepas ni kalau turun di Tokyo pula, boleh plak layan game yang ada di sana. Boleh rasa juga perbezaan setiap stadium yang ada di Jepun. Boleh layan juga sorakan ultras pada setiap pasukan.

Harap membantu untuk siapa yang berhajat untuk beli tiket bola terutamanya ingin menonton bola sepak Jepun atau JLeague. Tak kira mana-mana perlawanan pun. Rasai pengalaman sendiri ketika berada di dalam stadium.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment