Pengalaman ini mungkin tidak datang selalu. Sekali dah datang, memang kena ambil terus lah. Itulah antara perkara yang aku ‘grab’ baru-baru ini bila aku datang Jepun iaitu menonton bola sepak di Jepun secara live di stadium.
Dalam trip kali ini, aku berkesempatan untuk datang menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak iaitu melibatkan 2 pasukan utama Vissel Kobe vs Gamba Osaka. Juga digelar derby Kansai untuk perlawanan ini.
BACA JUGA : Itinerari 6 Hari 5 Malam Ke Kyoto-Osaka Dengan Kos RM3.5K Sahaja
Game ni berlangsung di Kobe iaitu homeground untuk Vissel Kobe. Jadi aku decide, daripada pergi ke mainstream tourist spot, apa kata sehari disini, kita menonton bola sepak. Kalau sempat, baru la pergi ke tempat-tempat pelancongan tersebut.
Jadi disini, aku nak kongsikan pengalaman aku menonton bola sepak di Jepun live di dalam stadium. Daripada 6 hari berada di Kansai, 1 hari aku peruntukkan di Kobe untuk nikmati antara liga utama di Asia, JLeague.
Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Jepun
Idea tengok bola ni tak datang masa kali pertama aku datang ke Osaka-Tokyo sebelum ini. Tak datang juga ketika berada di Sapporo atau ketika datang ke Kawaguchiko. Sebab member kaki bola juga, tercetus la idea tersebut untuk trip Kansai ini.
Itinerari awal selepas tiba di Kansai Airport adalah menuju ke Noevir Stadium Kobe bagi menyaksikan aksi perlawanan bola sepak JLeague antara Vissel Kobe vs Gamba Osaka.

BACA JUGA :
- Itinerari Ke Osaka-Tokyo Untuk 9 Hari Dengan Kos Kurang RM5k
- Nikmati Salji Di Sapporo, Hokkaido Selama 5 Hari
- Fuji Hunting Selama 3 Hari Pada Musim Sejuk
Sebelum Perlawanan
Power tak powernya, selepas landing di Kansai Airport (KIX) pada hari Sabtu tersebut, aku dan 3 lagi rakan terus pecut ke Kobe. Selesai proses imigresen pukul 11.00 pagi. Bersiap-siap dan terus menaiki bas ke Kobe dalam pukul 12.00 tengah hari.
Disebabkan beberapa isu teknikal, sepatutnya boleh sampai on-time di stadium, aku sampai betul-betul masa half-time. Jadi tak rasa vibe sebelum perlawanan. Biasanya mesti ada parade daripada ultras setiap pasukan kan. Masa sampai, semua penonton dah ada dalam stadium.

Ambil gambar sekeping dua di luar, kemudian terus masuk melalui Gate B yang juga pintu utama untuk pasukan tuan rumah. Urusan mudah sahaja. Scan sahaja QR Code yang diperoleh selepas aku beli tiket secara online sebelum ini.
BACA JUGA : Cara Beli Tiket Bola Sepak Untuk Menonton Di Jepun
Ini aku impress. Walaupun datang masa half-time, researved seat yang aku pilih masa beli tiket masih kosong dan takda orang ambil. Benda ni mungkin jarang berlaku bila tengok bola di Malaysia meskipun dah researve seat masa beli tiket lagi-lagi di Stadium Bukit Jalil. Memang kena cari kerusi kosong la lepas tu.
Ketika Perlawanan
Walaupun sampai lewat, keputusan masih seri tanpa jaringan. Jadi aku tak terlepas mana-mana jaringan gol. Lebih manis lagi, kesemua gol yang dihasilkan adalah selepas separuh masa kedua ketika aku berada dalam stadium.
Walaupun sukan bola sepak bukanlah sukan utama di Jepun, tapi Noevir Stadium Kobe dengan kapsasiti 30,000 hampir penuh. Tinggal seat yang mahal je. Memang stadium ketika itu penuh manusia, full house. Atmosfera penonton dan ultras kedua-dua pasukan memang luar biasa.

Penonton semua behave je. Masih ada provokasi kepada penyokong lawan tapi masih terkawal. Cakap-cakap mulut tu biasalah. Nak jumpa orang merokok memang takda lah. Kalau tengok sini, ramai je parents yang bawa anak-anak kecil. Kat luar pun banyak gila stroller.
Aku ambil tiket paling murah ¥4,200 (~Rm125), jadi lokasinya sedikit atas dan jauh. Tapi disebabkan ini stadium bola sepak dan tidak terlalu besar, bagi aku lokasi seat aku cukup baik. Duduk pula dekat dengan ultras Gamba Osaka. Sambil layan bola, boleh layan chanting juga.

Kalau dah bola sepak Jepun, memang top notch la aksi permainan. Sedap tengok bila layan game orang pandai main bola ni. Tambah pula, pada separuh masa kedua ni, berlaku 5 jaringan gol dari kedua-dua pasukan.
Secara keseluruhan, jaringan gol adalah berselang-seli. Mula-mula Vissel Kobe skor kemudian Gamba Osaka sehingga keputusan 2-2. Ini paling best apabila pasukan tuan rumah, Vissel Kobe menjaringkan gol kemenangan pada hujung game. Sudahnya full time Vissel Kobe 3-2 Gamba Osaka.

Selepas Perlawanan
Dah datang jauh-jauh takkan balik awal kan. Jadi santai-santai la kejab dalam stadium. Berhajat nak turun sampai ke bawah nak tengok padang lebih dekat, rupanya tak boleh. Orang tiket atas, kena duduk atas sampailah ianya dibuka pada orang ramai.
Boleh juga turun bawah, tapi player semua dah masuk pun. Bergambar je la dengan maskot dan mana-mana yang berkaitan.
Rupanya keadaan berbeza bila di Jepun. Biasanya kita tengok, kalau orang Jepun datang negara orang tengok bola, at the end, dieorang akan kutip sampah orang lain kan. Kat sini TIADA! Rupanya setiap penonton bawa sampah dieorang sendiri.

Lepas tu keluar dan bergambar lagi. Sambil-sambil tu tengok merchandise dan jersi. Harga jersi bola original disini ¥22,000 (~RM650) sehelai. Tak masuk akal betul harga. Tapi mafla semua affordable je. Boleh beli, tapi aku tak beli.

Satu lagi pengalaman menarik yang aku dapat bila masa nak balik. Biasa kalau di Malaysia, lebih habis game bola sepak, kita tengok jalan raya sesak dengan kenderaan yang nak keluar. Tetapi di Jepun tidak sama sekali dan ianya terbalik.
Di atas jalan raya, kereta bergerak seperti biasa macam takda event bola pun. Tapi kawasan pejalan kaki sesak dengan manusia yang masing-masing menuju ke train station atau bus stop, termasuklah aku masa tu. Pengalaman unik masa ni
Disebabkan itu, atas pedestrians ni ada polis yang escort sampai ke stesen. Sini akan sesak sebab traffic light untuk pejalan kaki. Semua tenang je. Takda nak tolak-tolak pun. Setel terus ke subway station.

Kalau Ada Kesempatan Lagi Boleh Repeat Lagi
Overall aku puas hati dengan pengalaman pertama kali tonton bola sepak di Jepun ni. Stadium cantik, vibe mantap, game cantik, cuaca sedap sejuk. Apa lagi tak cukup. Kalau bagi peluang, memang aku repeat lagi untuk game lain plak.

Cuma terkilan sikit, sebab datang lewat dan tak rasa keadaan masa pre-match. Kemudian tak dapat seat yang lebih baik sudah pastinya dibahagian tengah dan lebih depan. Tiket cepat habis kalau match derby. Lagi satu, masa ni kamera aku pun tertinggal kat airport. Hampeh! Ini pun pengalaman juga sebenarnya.
Dah setel di Noevir Stadium Kobe ni, pada hari tersebut aku terus ke Masjid Kobe untuk solat dan dinner. Next destination selepas itu adalah ke Kobe. Jauh juga perjalanan tu. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca disini.
2 thoughts on “Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Jepun (JLeague) Secara Live Di Stadium”