Ya! dengan kos RM3.5K je korang dah boleh sampai Jepun. Jom baca sampai habis, aku tunjukkan itinerari ke Osaka-Kyoto dengan kos yang rasanya tidaklah terlalu tinggi dan affordable juga kan untuk ke Jepun.
Jika sebelum ini, aku ada kongsikan trip ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji untuk 9 hari dengan kos RM5k. Mungkin ada yang rasa macam terlalu pricey. Tak perlu pergi ke dua lokasi yang jauh, kali ini fokus di prefecture Kansai sahaja.
Untuk trip kali ini, aku travel ke Kansai Region iaitu melibatkan Osaka-Kyoto-Nara-Kobe untuk tempoh perjalanan 6 hari 5 malam. Aku fly bersama 3 rakan (total 4 orang) yang lain pada pertengahan bulan Mei 2025 (lewat sikit untuk avoid Golden Week). Kalau ikut weather : hujung spring dengan suhu sekitar 18°C – 26°C. Tak perlu pakai sweater pun.
Dokumen Wajib Ke Jepun
Setakat Jun 2025, bagi anda yang ingin bercuti di Jepun, hanya 2 keperluan wajib yang anda perlu sediakan iaitu pasport dan Visit Japan Web. Tak kisah umur, semuanya perlu siapkan 2 perkara ini sebelum touch down ke Jepun.
BACA JUGA : Cara Isi Visit Japan Web Sehingga Selesai

Kos Perbelanjaan
Jadi betul ke dengan kos RM3.5k je dah boleh datang Jepun? Jadi jom kita tengok breakdown segala perbelanjaan aku sepanjang di Osaka-Tokyo. Kalau betul kos ini, barulah anda boleh proceed untuk itinerari plak.
1) Kos Penerbangan
Untuk info, anda booking tiket flight ini 4 bulan sebelum tarikh penerbangan iaitu menerusi aplikasi Traveloka. Pada waktu tersebut kalau tak silap ada promosi CNY, jadi aku dapat tiket return KUL-OSAKA untuk flight Air Asia X dengan harga RM1370 seorang (tanpa luggage).

Platform terbaik untuk dapatkan tiket flight murah iaitu dengan menggunakan Traveloka. Boleh cuba dan daftar disini.
BACA JUGA : Cara Check-In Online Air Asia Menggunakan Aplikasi Move
2) Kos Penginapan
Untuk penginapan, aku buat keputusan untuk bermalam di 2 tempat iaitu di Kyoto dan Osaka. Jadi aku ada 2 tempat penginapan. Di Kyoto aku pilih lokasi berbanding harga. Manakala di Osaka, aku pilih harga berbanding lokasi.
Aku bermalam terlebih dahulu di Kyoto iaitu di Hotel Kyoto Sanjo Ohashi untuk 3 malam. Harga aku dapat pada hari tersebut adalah RM2,167 + 2,400 Yen (Accom. Tax) = RM2238; RM560 seorang. Lokasi 5 minit jalan kaki ke subway train station dan juga Kamo River. Tempahan dibuat di Agoda.

Untuk malam berbaki, aku duduk di kawasan Shin-Imamiya iaitu ReaHouse, sebuah apartment yang lengkap dengan semua fasiliti. Lokasinya mungkin jauh dengan Dotonbori, tetapi 5 minit ke Shin-Imamiya Station. Tambahan pula harga hanyaRM674 untuk 2 malam. Jadi seorang RM225. Tempahan dibuat di Agoda juga.

3) Kos Pengangkutan
Berbeza dengan trip Osaka-Tokyo aku sebelum ini. Jika masa itu di Osaka, aku gunakan Kansai Mini Pass (KMP) – Beli Sini untuk menjimatkan kos. Tapi kali ini, aku tak gunakan apa-apa pass pun. Sebab kawasan rumah, jauh dari JR Line dan juga malas nak kira kos.
Trip kali ini juga, aku sempat menggunakan train dan juga bas sahaja dan sepenuhnya menggunakan Suica Card sahaja. Secara keseluruhan, kos pengangkutan adalah 9680 Yen dan 500 Yen untuk bas dari KIX Airport ke Kobe (harga promosi). Jadi total 10,180 Yen atau bersamaan RM295 seorang.
BACA JUGA : Cara Guna Suica Card Di iPhone Secara Percuma

4) Kos Makanan
Sama juga seperti trip sebelum-sebelum ini dimana kebiasaanya aku akan makan sekali sehari di luar iaitu di restoren halal terpilih. Jadi selama trip ini, aku sempat cuba 4 restoren halal berlainan. Berikut merupakan nama kedah dan menu beserta harga :
- Yoshiya (Tempura Udon + Fried Chicken) = 2100Yen
- Halal Wagyu Yakiniku Gyumon Kyoto (Wagyu Spicy Broth Special Ramen) = 3080Yen
- Halal Yakiniku Restaurant Zerohachi Namba (Black Course) = 6000Yen
- Halal Honolu Grande (Spicy Yakiniku BBQ Ramen + Takoyaki + Pancake) = RM4390Yen

Kemudian pada malam hari, sama ada aku akan dinner dengan beli di kombini seperti Family Mart, atau makanan megi yang dibawa dari Malaysia. Aku ada bawa sambal nyet, megi dan ikan bilis kak nor.
Jadi jumlah keseluruhan untuk kos makanan termasuk juga mocho, air coklat dan lain-lain ialah sekitar RM480 seorang.
5) Shopping
Sebenarnya kos 3.5K ini adalah termasuk duit shopping. Jadi sekiranya anda tidak berhajat untuk shopping, ini bermakna, anda boleh kurangkan lagi perbelanjaan. Sepanjang di Osaka-Tokyo ni, aku ada shopping beli baju, gundam, coklat, belt, macha dan lain-lain dengan jumlah keseluruhan RM220.

6) Lain-Lain
Berbeza daripada trip sebelum-sebelumnya, kali ini untuk bajet lain-lain aku termasuk tiket masuk stadium di Noevir Stadium Kobe untuk menyaksikan Vissel Kobe vs Gamba Osaka. Harga 4,200 Yen atau sekitar RM126 seorang.

Selain itu :
- eTiqa 360 berjumlah RM27.4
- eSim iPhone (5H = 2Gb/hari) = RM50 (Beli sini)
Jumlah Kos Keseluruhan adalah RM3354 seorang. Tidak lebih 3.5k, korang dah boleh pergi jelajah Jepun.
Sekarang dengan kos yang ditetapkan, tempat apa yang yang dilawati selama berada disana? Jadi jom kita tengok itinerari ke Osaka-Kyoto untuk 6 hari 5 malam.
Itinerari Ke Osaka-Kyoto Untuk 6 Hari
Kalau anda menggunakan Air Asia, penerbangan dari KLIA T2 adalah pada tengah malam, lebih kurang jam 2 pagi. Jadi anda akan sampai di KIX Airport adalah pada pagi sekitar 10.00 pagi. Jadi anda dapat 1 full day setibanya di Osaka.
Jom tengok full itinerari ke Osaka- Kyoto untuk 6 hari 5 malam :
Hari 1 – Sabtu
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
---|---|
2.15 am | Berlepas dari KLIA T2 |
9.30 am | Tiba di Kansai Aiport (KIX) |
12.00 pm | Bergerak ke Kobe (by bus) |
2.45 pm | Menonton bola sepak JLeague di Noevir Stadium Kobe |
5.30 pm | Solat di Masjid Kobe & Dinner |
9.00 pm | Check-in di Kyoto Sanjo Ohashi |
Lepas touch-down je di KIX, terus siap-siap tukar baju dan bergegar ke kaunter tiket feri untuk dapatkan waktu terawal. Untuk info, sehingga Mac 2026, tiket feri one-way adalah 500Yen sahaja. Akan tetapi nasib kurang baik pada hari tersebut, perkhidmatan feri semua dibatalkan kerana faktor cuaca. Disebabkan itu, kami terpaksa naik bas, tetapi dengan tawaran harga yang sama. Jadi tak best, dari 30 minit perjalanan, kini jadi 90 minit.
BACA JUGA : Proses Imigresen Dan Kastam Serta Keselamatan Di Airport Jepun

Disebabkan itulah, aku sampai di Noevir Stadium Kobe betul-betul masa half-time. Dah sampai stadium, terus masuk cari seat. Sebab kita dah beli seat siap-siap, jadi tak perlu berebut pun. Datang lambat pun, masih ada tempat yang telah ditempah tersebut. Harga tiket adalah 2,400Yen iaitu tiket paling murah sekali. Boleh beli online sahaja.


Alhamdulillah walaupun sempat masuk half-time sahaja, aku sempat tengok semua jaringan gol yang terhasil. Ini kerana 5 jaringan yang terhasil adalah berlaku pada babak kedua. FT : Vissel Kobe 3-2 Gamba Osaka. Ini first time dapat rasa vibe bola sepak luar negara. Tambah dengan cuaca best, ultras, penonton yang disiplin, permainan berkualiti, padang dan stadium cantik. Memang berbaloi bayar tiket mahal.
BACA JUGA : Pengalaman Pertama Ketika Menonton Bola Sepak Di Jepun Live Di Stadium

Tapi ada satu yang tak best. Harga jersi bola Vissel Kobe ni 22,000Yen, lebih kurang RM650 sehelai. Kalah harga jersi kelab Eropah beb! Bapak mahal. Super mahal. Tapi merchandise lain macam mafla, keychain semua tu affordable juga lah.
Selesai di stadium, terus bergerak ke Masjid Kobe. Sempat untuk jamak takhir Asar-Zohor. Disebabkan ada 1 kejadian, aku terpaksa bergerak ke Kansai Airport semula, member lain dapatlah dinner Kebab Kobe Halal di sekitar masjid.

Akhir sekali, lebih kurang jam 9.00 malam masing-masing menuju ke Kyoto untuk check-in di Hotel Kyoto Sanjo Ohashi. Lokasi berdekatan dengan Kamo River dan juga subway train station.
Hari 2 – Ahad
Waktu | Detinasi/Aktiviti |
---|---|
8.00 am | Bamboo Forest @Arashiyama |
9.00 am | Kimono Forest |
10.00 am | Togetsukyo Bridge |
11.30 am | Luch di Yosiya & Solat |
4.00 pm | Ninenzaka (Hokanji Temple) di Gion |
5.00 pm | Kiyomizu Dera |
8.00 pm | Yasaka Shire (waktu malam) |
Hari pertama di Kobe dan hari kedua kita explore Kyoto pula. Destinasi pertama adalah di Bamboo Forest yang terletak di Arashiyama. Trip kali ini, kita tak naik JR Line, kita naik Hankyu Line. Disebabkan itu, aku sampai seberang sungai. Kemudian aku masuk Bamboo Forest daripada belakang. Macam biasa, kat sini datang untuk bergambar je. Masuk percuma, jangan risau. Yang perlu risau, orang sentiasa ramai.


Setel sini, terus berjalan dalam 10 minit, singgah di Kimono Forest. Lokasi terletak Bamboo Forest dan Togetsukyo Bridge. Pun datang untuk bergambar sahaja. Dah setel sini, cari makan tengah hari di Yosiya. Sini sebenarnya agak pricey, jadi aku makan Tempura Udon, murah sikit. Tapi rasa plain la. Cuba makanan lain lah. Sini juga disediakan surau.


Makan dah selesai, solat dah siap, pergi lepak juga sebentar di tepi-tepi Katsura River. Sebab dah tengah hari dan cuaca agak panas sikit. Jadi lepak bawah pokok sambil layan view bot sepanjang sungai. Korang boleh naik 2000yen untuk 3 orang. Tapi aku cuci mata sahaja.



Lebih kurang pukul 3.30 petang, terus bergerak ke destinasi seterusnya di Gion iaitu di Ninenzaka yang mana terletaknya Hokanji Temple dan Yasaka Pagoda. Disinilah anda boleh nikmati rumah dan bangunan lama Kyoto. Nak sewa kimono sini pun cantik. View asthetic. Tapi for sure ramai orang terutamanya pagi dan waktu golden hour. Nak rasa vibe Starbucks dalam rumah lama Jepun, pun ada disini.

Lepas lalu Ninenzaka, kemudian jumpa Yasaka Pagoda, teruskan perjalanan lagi naik ke atas untuk ke Kiyomizu-dera. Juga terletaknya antara temple tertua di Kyoto.
Tapi kat sini, kalau nak masuk ruang utama, kena bayar, dalam RM15. Sebenarnya paling best kat sini kalau datang waktu autumn, sebab pokok akan berwarna merah dan keemasan. Cantik gila.


Dah bergambar disekitar, terus turun dan menghala ke Yasaka Shrine. Kat sini terkenal dengan susunan tanglung yang banyak. Agak struggle kalau nak bergambar kat sini. Jadi nikmati je la suasana dikawasan sekitar. Jangan risau, sini masuk percuma.


Selesai hari kedua di Kyoto. Terus balik hotel dan siap-siapkan diri untuk tunggu hari seterusnya.
Hari 3 – Isnin
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
---|---|
8.00 am | Nara Park |
11.00 am | Nakatanidou (Mochi) |
2.00 pm | Lunch di Gyumon Halal Wagyu |
3.00 pm | Shopping di Kawaramachi |
6.00 pm | Balik hotel |
7.00 pm | Shirakawa Canal |
9.00 pm | Lepak di Kamo River |
Hari ketiga sedikit santai, perjalanan ambil masa sejam lebih kurang dari Kyoto ke Nara. Macam biasa, naik train sahaja. Dengan satu tujuan untuk datang sini iaitu nak tengok rusa di Nara Park. Dikatakan lebih 1,300 ekor rusa liar berada disini. Bebas mencari makan tanpa ada siapa yang jaga.



Nara Park ini sangat luas. Seperti biasa, selain taman, kawasan ini juga ada temple tersendiri. Kalau nak menarik sikit, pergi ke Todaiji. Sebelum masuk, anda akan melalui Todaiji Namdaimon iaitu pintu utama. Besar gila pintu ni. Boleh bergambar. Macam biasa, kat sini pun banyak rusa.

Dah selesai, turun semula dan solat kejab di Nara Visitor Center. Bagi tahu staff nak guna prayer room. Selesa kat sini. Now turun lagi ke Nakatanidou untuk rasa mochi kacang hijau. Dulu sempat tengok persembahan menghasilkan mochi, tapi hari tu tak sempat pula. Jadi terus balik semula ke Kyoto. Disini juga tempat kalau korang nak cari keychain, fridge magnet. Antara yang termurah di Kyoto-Osaka.

Untuk makan tengah hari, kami cuba Halal Ramen Spicy di Gyumon Halal Wagyu. Untuk info, makanan Jepun bagi aku paling sedap pernah aku rasa adalah Ramen disini. Cukup rasa dan ada rasa pedas. Sebab aku pilih no. 8. Memang pedas, tapi berbaloi. Rasanya no. 6 perfect dah. Jadi kalau korang datang di Kyoto, wajib singgah restoren ni. Sedap gila.


Dah kenyang, pergi shopping di Uniqlo dan GU sekitar Kawaramachi. Singgah Daiso juga. Kat sini ada Onitsuka Tiger, tapi kena beratur tunggu giliran. Baru aku tahu, ingatkan Kyoto ini bandar lama Jepun je, rupanya ada bandar moden disini.
BACA JUGA : Perbandingan Harga Onitsuka Tiger Jepun vs Malaysia


Sebab rumah dekat je dengan kawasan bandar ni, jalan kaki je balik. Kemudian bersihkan diri dan malamnya pergi jalan-jalan di area Shirakawa Canal dan Kamo River. Anda boleh nikmati anak sungai dalam bandar sebelum mengalir ke sungai utama. Inilah sebab utama, kena aku pilih Hotel Kyoto Sanjo Ohashi. Sebab dekat dengan semua tempat-tempat best.


Hari 4 – Selasa
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
---|---|
8.30 am | Fushimi Inari |
11.00 am | Check-out Hotel Kyoto Sanjo Ohashi |
2.45 pm | Yodobashi Camera, Umeda |
5.30 pm | Osaka Castle |
8.00 pm | Dinner di Wagyu Zerohachi Yakiniku |
10.00 pm | Check-in di ReA House |
Dah datang Kyoto, macam tak lengkap la kan kalau tak singgah di Fushimi Inari untuk tengok Tori Gate warna merah. Tempat ni memang semata-mata Tori Gate dan paling pening bila ramai sangat orang. Tapi masuk percuma macam biasa. Sebaiknya kat sini, datang seawal pagi yang boleh. Confirm takda orang dan senang nak bergambar. Kat sini juga banyak gerai makanan. Ada yang halal korang boleh cuba. Tapi atas risiko sendiri la ya.


Balik semula ke hotel untuk check-out. Dah selesai semua, perjalanan diteruskan dari Kyoto dan kini menuju ke Osaka. Singgah di Osaka Station untuk simpan luggage dulu di loker dan solat juga disini. Sambail menunggu petang, sambung lagi shopping di Yodobashi Umeda. Sebelah je dangan Osaka Station.

Hampir ke waktu petang, destinasi seterusnya adalah di Osaka Castle. Kali pertama sampai dan gelap, tapi kali ini datang waktu cerah. Memang cantik lah. Lepak di kawasan sekitar, tengok view je. Masuk istana bayar, kat luar ni free je. Lepak sampai maghrib. Bergambar la sepuas hati kat sini.


Dah gelap sikit, barulah menuju ke tempat makan seterusnya adalah di Halal Yakiniku Restaurant Zerohachi di Namba. Datang sini dengan satu tujuan, nak makan Wagyu A5. Kalau Wagyu Gyumon paling sedap, tapi di Zerohachi ini bagi aku makanan paling berbaloi pernah aku cuba di Jepun. Dengan 6000Yen, anda boleh makan Wagyu dan side dish lain tanpa had (unlimited) untuk tempoh 90 minit.
Alhamdulillah, bagi mengelak membazir, memang order ikut kapasiti perut je. Lepas 60 minit, dah rasa kenyang sangat. Order pelbagai jenis potongan daging wagyu, sotong, udang, nugget, nasi dan macam-macam lagi. Air minuman pun unlimited. Tambah pula dengan sos kicap dia best. Sangat berbaloi kalau korang nak makan Wagyu A5 di Osaka. Dulu makan di Yakiniku Panga di Tokyo harga 4000Yen tapi limited. Kali ini unlimited.

Dah kenyang semua, terus ke Shin-Imamiya untuk check-in apartment di ReA House. Boleh self-check in. Mudah sahaja. Rumah ada view train dan juga Tsutenkaku Tower. Rumah sebelah train station. Sangat strategik.

Hari 5 – Rabu
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
---|---|
8.00 am | Namba Yasaka Shrine |
10.00 am | Osaka Port (Tempozan Wheel/Aquarium) |
1.00 pm | Dotonbori (Glico Sign) |
2.30 pm | Lunch di Halal Honoly Grande |
4.00 pm | Denden Town (Joshin Super Kids) |
8.00 pm | Nipponbashi |
9.00 pm | Dotonbori (waktu malam) |
Lepas dah buat research semua, aku rasa di Osaka ni tak banyak tourist spot dia yang free. Banyak yang berbayar sahaja. Sebab trip bajet je, jadi cuba juga untuk cari tempat-tempat menarik di sekitar Osaka ni, tapi tak perlu bayar tiket masuk. Antaranya pergi ke Namba Yasaka Shrine. Kat sini ada kuil dengan rekat bentuk kepala singa/naga. Menjadi antara daya tarikan pelancong untuk datang sini.

Kemudian bergerak ke Osaka Port. Disini ada 2 tarikan pelancong yang menarik iaitu Tempozan Ferris Wheel dan juga Osaka Aquarium. Tapi kalau tak masuk pun, kawasan ini menarik untuk ambil gambar. Layan bot besar di sekitar pelabuhan pun nice. Kat sini ada surau tau. Jadi kalau datang tengah hari, boleh solat disini dulu.


Dah selesai bergambar, terus balik ke Dotonbori. Memang terus menghala ke Glico Sign. Untuk weather, petang tu hujan. Jadi memang bergambar dulu di bilboard iconic ni siap-siap. Ini satu lagi, kalau dah sampai Osaka, tak bergambar dengan Glico Sign memang tak lengkap la jawabnya. Seperti biasa, orang masih ramai.


Dah penat berfotografi, singgah makan tengah hari di Halal Honolu Grande yang berada tak tajuh dari Dotonbori ni. Kalau dulu makan ayam, kali ini pilih yakiniku ramen plak. Sedap, ada rasa dan pedas. Akhirnya kat sini juga, aku dapat rasa takoyaki halal. Overall, memang berbaloi makan sini. Yang penting dah jatuh no 2 ramen kat sini. No. 1 milik Gyumon Ramen.

Hari pun dah start hujan, kita shopping sikit di area Denden Town. Macam biasa singgah di Joshin Super Kids untuk cari Tamiya dan Gundam. Sini murah gila. Boleh dapat bawah 1000Yen dan 2000Yen. Shopping la mainan puas-puas kat sini. Kemudian cari biskut kapal, keychain, matcha di area Nipponbashi.

Akhir sekali sebelum pulang ke rumah, singgah sekali lagi di Dotonbori untuk suasana malam. Sebelum tu panjat la di Dondon Donki atau Don Quijote. Cari barang sikit. Akhir sekali, nikmati titisan hujan di area Dotonbori di waktu malam. Dah selesai semua, terus pulang ke Shin Imamiya.
Hari 6 – Khamis
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
---|---|
7.30 am | Check out ReA House |
8.00 am | Melalui proses check-in di KIX |
11.00 am | Berlepas dari Kansai Airport |
5.00 pm | Tiba di KLIA Terminal 2 |
Hari terakhir memang tak sempat untuk pergi kemana-mana destinasi lain dah. Bangun awal, terus bersiap ke airport. Check-out seawal pagi dan terus naik train dari Shin Imamiya ke Kansai Airport. Macam biasa, proses drop luggage sehingga selesai.

Kalau masih tak cukup lagi nak beli souvenir, boleh dapatkan coklat royce di airport. Cari yang liquor-free. Harga pun sekitar 800yen je. Boleh juga makan dalam flight. Coklat pun sedap. Akhir sekali flight pulang ke tanah air.
Dari Pahang Ke Jepun
Sebelum ini aku bawa 2 kawan ke Tokyo-Osaka, kali ini aku bawah 3 kawan plak dan fokus di Kansai sahaja. Trip yang dijanjikan sejak 2017 akhirnya terlaksana lepas 8 tahun, dapat jejakkan kaki ke Jepun pada tahun 2025. Masing-masing geng sekolah di Pahang.
BACA JUGA : Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Jepun
Trip kali kedua ke Osaka ni, santai-santai je. Tak terlalu mengejar masa. Tambahan pula, trip ini aku masukkan menonton bola sepak JLeague. Masing-masing pertama kali pengalaman menonton secara live di luar negara. Dapat merasai sendiri atmosfera bola sepak luar negara.

BACA JUGA : Itinerari Ke Tokyo-Osaka-Mt Fuji Untuk 9 Hari Dengan Kos RM5k Sahaja
Ini lah antara pengalaman yang jarang diperoleh. Walaupun banyak kali dah datang Jepun, mesti rasa tak pernah puas. Kalau ada yang ajak nak datang lagi, aku sanggup je, tapi belanja la tiket flight kan. Kos secara keseluruhan pun tidaklah terlalu tinggi. Bajet tak sampai RM3500 boleh pergi Osaka untuk 6 hari. Boleh follow je itinerari ke Osaka-Kyoto aku ni untuk anda yang ingin datang ke Jepun.
Boleh dapatkan full itinerari Osaka-Kyoto dalam bentuk grafik dengan klik butang dibawah :
2 thoughts on “Itinerari Ke Osaka-Kyoto Jepun Untuk 6 Hari 5 Malam (DIY Dengan Kos RM3500)”