Cara Guna Octopus Card Di iPhone Bila Travel Ke Hong Kong + Panduan Refund Baki

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
cara guna octopus card di iphone

Lepas ni kalau nak travel ke Hong Kong dah jadi lebih mudah kerana anda sebagai tourist terutamanya dari Malaysia boleh guna Octopus Card di Iphone sahaja. Jadi tak perlu lagi beli kad fizikal.

BACA JUGA : Itinerari Lengkap Ke Hong Kong-Macau

Jadi lepas ni, kalau anda ada plan untuk travel ke Hong Kong, anda boleh skip untuk beli kad fizikal Octopus Card ini dan hanya menggunakannya menerusi iPhone anda sahaja. Dalam iPhone ada Octopus Card.

Apa Itu Octopus Card

Octopus Card adalah kad prabayar tanpa sentuh yang digunakan secara meluas di Hong Kong bagi tujuan pembayaran pengangkutan awam seperti MRT, Bas dan Tram. Selain itu, ianya juga boleh digunakan di restoren dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven.

Setiap negara pasti ada kad prabayar seperti ini. Kalau di Malaysia, kita guna kad Touch ‘n Go. Di Jepun, mereka ada IC Card seperti Suica, ICOCA dan Pasmo. Kalau di Korea Selatan ada Tmoney. Di Hong Kong ada Octopus Card.

Cara Nak Beli Octopus Card

Secara amnya, jika anda datang ke Hong Kong, anda boleh dapatkan ‘Octopus Card’ ini di airport yang mana ianya dijual di 7-eleven dengan harga HKD39 (~RM23 tanpa kredit). Sold Version diberi untuk tourist.

Selain itu, anda juga boleh beli di Klook DISINI dengan harga RM55 bersama topup HKD50. Kemudian, sampai di Hong Kong Aiport, anda boleh claim atau tebus di kaunter Klook yang disediakan disana.

Selain kad fizikal ini, anda boleh juga dapatkan ‘Kad Sotong’ ini secara digital sahaja. Anda hanya perlu link Octopus Card di iPhone anda secara percuma. Cuma ada deposit la, tapi nanti dia pulangkan semula.

Octopus Card Hanya Untuk Pengguna iPhone

Kad Hong Kong ni lain sikit dengan negara lain. Ianya membezakan pengguna rakyat Hong Kong dan tourist seperti dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Jadi kita tourist, guna yang disediakan untuk tourist, tak boleh guna sebagai rakyat disana.

Kalau Suica Card di Jepun, anda boleh direct guna di Apple Wallet. Tapi berbeza dengan Octopus Card dimana anda boleh guna secara langsung, anda perlu download apps Octopus Card for Tourist terlebih dahulu dan baru boleh guna untuk Apple Pay.

BACA JUGA : Cara Guna Suica Card Di iPhone Ketika Travel Ke Jepun

Sama juga seperti di Jepun, Octopus Card hanya boleh digunakan di iPhone sahaja. Tak boleh untuk Android sama ada di Google Pay atau Samsung Pay. Jadi kalau tiada iPhone, kena beli kad fizikal.

Cara Link Dan Guna Octopus Card Di iPhone Secara Tourist

1) Download aplikasi Octopus Card for Tourist. Kemudian Sign in with Apple > pilih alamat emel anda dan klik Continue

2) Pilih kad Adult dan klik Next

p/s: Anda boleh pindah kad fizikal anda yang sudah anda beli dengan pilih pada Transfer Octopus Card. Tapi lepas dah transfer, kad fizikal tidak lagi berfungsi)

3) Topup minima HKD100, kemudian pilih Payment Method (Visa/Mastercard) dan Payment Currency (MYR). Pastikan anda sudah sambungkan kad debit/kredit pada Apple Wallet anda. Dah siap, klik Pay with Apple Pay dan buat pembayaran seperti biasa.

4) Kemudian pilih sama ada nak masukkan Octopus Card di iPhone atau Apple Watch. Hanya satu sahaja, tak boleh pilih dua-dua. Jika sudah pilih, secara automatik, Octopus Card anda akan dimasukkan ke dalama Apple Wallet.

Jadi nanti nak guna, scan je iPhone anda pada terminal warna oren yang tertulis ‘Octopus Card’ seperti biasa. Boleh guna di train MRT, Bas atau nak bayar di 7eleven atau mana-mana restoren yang menerima jenis bayaran ‘kad sotong’ ni.

Cara Topup Octopus Card Di iPhone

Nak tengok balance kena buka aplikasi Octopus Card for Tourist. Nak topup pun tak boleh direct daripada Apple Wallet, kena melalui aplikasi tersebut. Selain itu, nilai minima adalah HKD100 sehingga HKD 3,000. Tiada caj tambahan bagi setiap transaksi

  1. Buka aplikasi Octopus Card for Tourist dan klik butang Top Up
  2. Masukkan nilai topup yang anda inginkan
  3. Buat pembayaran seperti biasa menggunakan Apple Pay

Cara Refund Baki Octopus Card Dan Dapatkan Deposit Kembali

Pada awalnya, paling minima anda akan ada HKD100 + HKD50 sebagai deposit. Sekiranya masih ada balance dalam akaun Octopus Card, anda boleh refund baki tersebut dan masuk semula ke dalam akaun bank. Caranya adalah seperti berikut :

1) Buka aplikasi Octopus Card for Tourist dan pilih Setting

2) Disini akan terpapar maklumat Octopus Card anda. Pilih Refund Card

3) Akan terpapar jumlah baki yang ada bersama jumlah deposit (HKD50). Kemudian akan ada caj dan dipaparkan jumlah Refund yang anda akan peroleh. Dia akan siap-siap autoconvert dari HKD ke MYR. Jika sudah, klik Next

Baki (HKD52.9) + Deposit (HKD50) – Caj (HKD11) = HKD 91.9 (~RM51.33)

4) Masukkan emel dan klik Refund Card. Akhir sekali klik Done

Berapa Lama Proses Refund

Seperti yang dimaklumkan, proses refund akan mengambil masa 6 hingga 8 minggu dan duit tersebut akan masuk ke dalam kad debit atau kredit yang anda gunakan untuk topup Octopus Card sebelum-sebelum ini.

Ikut pengalaman, proses refund hanya mengambil masa 3-4 hari sahaja. Tak sampai seminggu pun dan terus masuk ke dalam akaun Wise aku semula yang mana aku guna untuk topup sebelum ini.

Pengalaman Menggunakan Octopus Card Di iPhone

Dapat guna Octopus Card secara digital ni memang mudah, lagi-lagi ada dalam iPhone sendiri. Jadi kad tersebut takkan tercicir, sebab fon memang sentiasa ada pada kita berbanding kad fizikal. Tambahan pula ianya percuma. Nak tengok baki pun mudah

Berbeza sikit pengalaman menggunakan Suica di Jepun kerana Octopus Card ni ada had minima untuk topup iaitu HKD100. Kalau Suica 1Yen pun boleh kalau nak topup. Jadi kita terkira-kira setiap kali nak buat bayaran masa nak train. Tapi ok la, sebab dia boleh refund, Suica tak boleh refund.

Overall masih memuaskan dan memudahkan berbanding guna kad fizikal. Jadi untuk anda yang bercadang ke Hong Kong nanti, boleh juga guna Octopus Card di iPhone je. Lebih memudahkan urusan.

Join Telegram

Join Now

3 thoughts on “Cara Guna Octopus Card Di iPhone Bila Travel Ke Hong Kong + Panduan Refund Baki”

Leave a Comment