Aku cuba cari tips ke Hong Kong dan Macau sebelum berlepas sebelum ni, tapi tak banyak sangat perkongsian dari orang Malaysia sendiri. Paling banyak daripada Filipino, kemudian Indonesian dan mat salleh la.
Daripada tu, aku dapat la kutip sikit-sikit tips tersebut untuk digunakan di Hong Kong serta Macau. Tujuan utama sebab nak buat itinerari. Jadi kalau banyak tips, banyak perkongsian, jadi lebih mudah la. Lagi-lagi kalau bahasa Melayu sendiri kan.
BACA JUGA : Itinerari Ke Hong Kong-Macau Untuk 4 Hari
Jadi lepas aku dah baca dan merasai pengalaman sendiri sebelum ini, aku nak la juga kongsi sikit-sikit tips Ke Hong Kong-Macau yang aku dapat dan aku guna sendiri selama berada di sana. Pada yang akan travel ke sana nanti, mungkin ini membantu.
10 Tips Ke Hong Kong-Macau Yang Anda Perlu Tahu
Tips ni mungkin valid untuk waktu semasa atau mungkin valid untuk satu-satu tempoh sahaja. Jadi buat la juga pembacaan lain supaya up-to-date.
1) Rakyat Malaysia Tak Perlu Visa Untuk Ke Hong Kong Dan Macau. Hanya Paspot
Among most powerfull Passport all around the world which is Malaysian Passport. Disebabkan itulah, nak masuk Hong Kong atau Macau sekali pun tak perlu visa. Dokumen wajib semata-mata hanya paspot sahaja. Arrival form pun tiada. Bawa ‘buku merah’ dah boleh masuk Hong Kong dan Macau. Imigresen pun takda tanya apa-apapun.
2) Urusan Imigresen Sangat Mudah. Tiada Stamp Cop Pada Paspot
Perkara ni mungkin kecil bagi orang lain tapi tidak aku. Renew paspot untuk 5 tahun dengan berpuluh-puluh helaian yang mana tujuan untuk kumpul stamp cop setiap negara. Sudahnya di Hong Kong takda pun stamp cop tu. Yang ada hanya sekeping kertas kecil je. Kalau stiker macam di Jepun, tahan juga. Ni tak boleh lekat pun. Sedih. Sudahnya aku stepler sendiri. Puas hati.
3) Penggunaan Octopus Card Yang Meluas
Setiap negara yang penggunaan pengangkutan awam yang meluas seperti train, mesti akan ada kad khas. Jadi di Hong Kong, mereka menggunakan Octopus Card. Anda boleh guna naik MTR, Bas, Tram dan Feri.
Tetapi pengguaannya tidak terhad disitu, dengan ‘Kad Sotong’ ini juga, anda boleh beli barang di 7eleven, bayar makan di restoren, bayar parking, shopping di supermarket, kedai bakeri, kedai aiskrim dan banyak lagi. Nak topup pergi je 7e, banyak cawangan dia.
Untuk tourist, anda boleh beli Octopus Card ini di airport dengan harga HKD150 yang mana HKD50 tersebut boleh refund jika anda pulangkan kad tersebut. Tapi lebih mudah, anda beli siap-siap di Klook SINI dan tebus sahaja di airport nanti.
4) Boleh Dapatkan Octopus Card Secara Percuma Di Apple Wallet
Untuk pengguna iPhone, sebenarnya anda tak perlukan kad fizikal, sebab di Apple Wallet anda juga telah disediakan Octopus Card secara digital. Jadi anda tak perlu beli pun. Untuk menggunakannya, anda terlebih dahulu perlu download aplikasi Octopus for Tourist di App Store.
Kemudian anda beli dengan harga HKD150 dan HKD50 boleh refund jika tak habis nanti. Lepas dah beli di apps tersebut, anda boleh sambungkan ke Apple Wallet. Jadi setiap kali ingin scan untuk naik train atau buat pembayaran, scan sahaja seperti biasa menggunakan Apple Pay. Untuk urusan topup, semua boleh dilakukan di Octopus Apps tersebut. Tak perlu lagi kad fizikal. Semua digital.
5) Pengeluaran Cash Di Mesin ATM Tanpa Caj
Untuk trip kali ini, aku memang tak bawah cash Hong Kong Dollar sebab money changer tempat aku takda yang jual. Sudahnya aku withdraw sahaja di atm di Hong Kong. Aku siap-siap beli HKD dan masuk dalam Wise untuk certain amount.
Sampai di airport, aku cash out $400 di mesin atm Bank Of China. ATM ni tak kenakan caj untuk kad VISA (Wise). Aku buat pengeluaran sebanyak 2 kali. Untuk Wise pula, mereka ada berikan pengeluaran percuma untuk 2 kali transaksi. Jadi selama disana, aku tak kenakan sebarang caj ketika buat pengeluaran di mesin atm.
Cash aku hanya guna untuk beli souvenir di Ladie’s Market dan restoren Wai Kee Halal untuk menu Roasted Duck. Selebihnya semua aku guna Wise, TnG eWallet(Alipay) atau Octopus Card sahaja. Jika berminat untuk daftar Wise secara percuma, boleh daftar DISINI.
6) Google Maps Sangat Membantu
Hong Kong sama seperti Macau yang mana produk Google masih berfungsi seperti biasa. Tidak seperti di China. Jadi segala perjalanan navigasi bergerak dari satu tempat ke satu tempat, aku memang menggunakan sepenuhnya Google Maps sahaja. Tapi untuk tahu harga untuk train MTR boleh rujuk sini.
Jadi disarankan untuk marking siap-siap setiap lokasi yang anda nak pergi di Malaysia lagi. Letak lokasi restoren, masjid dan tempat-tempat menarik. Nanti anda hanya perlu klik mark tersebut bila sampai di Hong Kong dan Macau.
7) TikTok Tidak Berfungsi Di Hong Kong
Sepanjang di Hong Kong dan Macau, aku menggunakan eSim yang dibeli di Shopee (Beli Sini). Berfungsi sangat baik sepanjang disana. Meskipun Google berfungsi, tetapi TikTok tak boleh buka di Hong Kong. TT diband yang disana. Jadi sepanjang trip tu, tak boleh la buka TikTok kecuali jika anda roaming menggunakan simkad Malaysia.
8) Senang Cari Makanan Halal
Dah rasa macam negara Muslim Friendly pula meskipun tidak diumumkan secara rasmi seperti di Taiwan. Ada 2 sebab; yang pertama Masjid besar dan banyak. Yang kedua sebab kedai makanan halal banyak sangat. Banyak pilihan. Fast food KFC dan Popeyes pun certified halal tau. Antara kedai halal yang aku cuba di Hong Kong :
- KFC (Jordan Road)
- Popeyes Louisiana Kitchen
- Restoren Wai Kee Halal (Roasted Duck)
- Bismillah Kebab House
- Islam Food Since 1950
- Capital Cafe (Wan Chai)
Kedai-kedai lain banyak lagi sepergi Wu Zji Jian Beef Noodles, My Kitchen, Marouf & Puff Bake, Ali Baba Biryani, Istanbul Turkish Kebabs, Islamic Centre Canteen dan banyak lagi. Anda search je ‘halal’ di Google Maps ketika berada di Hong Kong, nanti akan keluar semua kedai makan.
Dalam Chungking Mansion tu pun banyak je kedai halal. Tapi untuk Macau, aku tak jumpa kedai makanan halal berdekatan. Jadi disarankan jika ke Macau, bawalah makanan dari Hong Kong siap-siap untuk lunch. Dinner boleh makan masa balik ke HK nanti.
9) Tiket Feri Percuma Ke Macau
Untuk waktu terhad, jika anda touch down di Hong Kong dan berhajat untuk ke Macau dalam tempoh 7 hari tersebut, anda boleh dapatkan tiket feri secara percuma untuk 1-hala. Boleh booking online di Trip.com DISINI untuk 1 tiket.
Promosi ni sah sehingga 31 Disember 2024. Untuk info lanjut Fly You To Macau, boleh rujuk disini. Nanti balik boleh naik bas pula.
10) Macau Terima Duit Hong Kong Dollar
Sebabkan day-trip macam tak sempat nak tukar duit HKD ke MOP (currency Macau). Tapi nasib baik di Macau mereka terima Hong Kong Dollar. Akan tetapi di Hong Kong, mereka tak terima duit Macau tau. Jadi habiskan teruskan MOP di Macau.
11) Harga Bas Di Macau Adalah Sama, 6 MOP
Di Macau, banyak naik bas, jadi anda boleh menggunakan coin HKD disana, tak perlu tukar duit Macanese pataca. Untuk harga pula, iaitu 6 MOP setiap kali naik tak kira destinasi jauh atau dekat. Untuk online, mereka menggunakan MPay, di Malaysia tiada. Jadi memang boleh guna coins sahaja.
12) Menginap Di Area Tsim Sha Tsui
Kalau tanya di Hong Kong, bagus nak bermalam atau menginap di kawasan mana? Aku sebelum ini memang cari kawasan tumpuan dan aku jumpa di Tsim Sha Tsui. Lokasi Airbnb aku betul-betul depan Masjid Kowloon. Bersebelahan dengan Chungking Mansion yang banyak kedai makanan halal. Uniqlo dekat, KFC pun dekat.
Bukan itu sahaja, entrance untuk MTR TST juga jalan 2 minit dah sampai. Avenue of Stars pun jalan 10 minit juga dah sampai. Senang cerita, memang walkable area la untuk kawasan Tsim Sha Tsui ni. Sebelum ini, aku duduk di Airbnb Airy Stay.
1 thought on “10 Tips Ke Hong Kong-Macau Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Negara Tersebut”