Pergi Mt Fuji (Kawaguchiko) Naik Shinkansen Dari Osaka

By Aiman San

Published On:

Follow Us
pergi mt fuji naik shinkansen

Trip pertama kali ke Jepun sebelum ini, salah satu destinasi adalah aku pergi Mt Fuji iaitu sekitar kawasan Kawaguchiko. Sebelum bergerak ke Tokyo dari Osaka, kita singgah sekejab disini nak tengok Fujisan.

BACA JUGA : Itinerari 9 Hari Ke Osaka-Mt Fuji-Tokyo Dengan Kos Tidak Lebih RM5,000

Road map ini mungkin biasa bagi mana-mana pelancong ke Jepun untuk cover dua destinasi utama; Tokyo dan Osaka. Jadi dalam perjalanan untuk destinasi ini, boleh singgah semalaman di Kawaguchiko untuk nikmati keindahan Gunung Fuji.

mt fuji

Untuk trip aku sebelum ini, turun di Osaka dan ingin ke Tokyo. Jadi dalam perjalanan, aku singgah dulu dan pergi Mt Fuji untuk bermalam. Sebab nak rasa duduk disana lebih lama, aku ambil pengangkutan awam paling laju iaitu Shinkansen.

Anda kena tahu, jarak antara Osaka ke Mt Fuji adalah sekitar 430km. Kalau naik bas, ianya mengambil masa lebih dari 5 jam perjalanan tanpa henti. Belum lagi termasuk dengan kesesakan di lebuhraya.

Aku buat keputusan untuk sampai di Kawaguchiko lebih awal, supaya dapat lebih masa berada di kawasan Mt Fuji. Disebabkan itulah, aku buat keputusan untuk naik Shinkansen atau Bullet Train atau Kereta Api Laju dari Osaka ke Mt Fuji.

Jadi aku nak kongsikan pengalaman sepanjang perjalanan pergi Mt Fuji menaiki Shinkansen. Cara beli tiket, cara nak naik train dan sebagainya.

Cara Beli Tiket Shinkansen

tiket shinkansen

Jika anda berada di Osaka, train station yang mempunyai akses Shinkansen adalah di Shin-Osaka Station. Jika di Kyoto, anda boleh naik dari Kyoto Station. Trip aku sebelum ini, aku naik dari Shin-Osaka Station.

Disebabkan aku pergi pada sekitar bulan Oktober yang mana bukan peak season seperti pada musim autum atau spring, aku decide untuk beli tiket Shinkansen secara walk-in sahaja iaitu di mesin. Anda boleh juga beli online di https://smart-ex.jp/.

Aku plan nak naik pada awal pagi, sekitar pukul 7.30 pagi. Jadi lepas check-out hotel, terus pergi ke Shin-Osaka Station. Sampai sahaja disini, anda perlu cari gate untuk naik bullet train ni. Memang ada signboard ‘Shinkansen Track’.

gate shinkansen
mesin tiket shinkansen

Di gate inilah, biasanya akan ada mesin beli tiket layar diri. Sebenarnya untuk pergi Mt Fuji, anda perlu berhenti di Mishima Station iaitu stesyen paling hampir untuk ke Kawaguchiko. Tiada direct train ke sana tau.

Jadi perjalanan ini, aku beli tiket dari Shin-Osaka Station ke Mishima Station. Tiket sehala adalah 12,500 Yen (~RM345) dengan tempoh perjalanan diambil hanya sekitar 2 jam 10 minit sahaja. Naik pukul 7.30 pagi, boleh sampai dalam pukul 9.30 pagi.

Sebab orang tak ramai naik di Shin-Osaka Station ni, jadi aku beli tiket Non-Reserved Seat sahaja. Jadi boleh duduk dimana-mana seat yang kosong nanti bila sudah berada di dalam train.

  1. Pergi ke mesin beli tiket
  2. Pilih ‘Non Reserved Seat’
  3. Pilih station berlepas (from Shin-Osaka Station)
  4. Kemudian cari destinasi yang anda ingin pergi (Mishim)
  5. Pilih tarikh
  6. Pilih jumlah tiket
  7. Akhir sekali akan dipaparkan jumlah bayaran tiket
  8. Bayar menggunakan cash (sahaja)
  9. Nanti anda akan dapat tiket
  10. Selesai
cara beli tiket shinkansen

Dah dapat tiket, terus pergi ke platform yang telah ditetapkan. Masuk gate seperti biasa menggunakan tiket yang telah anda dapat tadi.

Perjalanan Dalam Shinkansen Dari Osaka Pergi Mt Fuji

Shinkansen ada 3 jenis iaitu Nozomi, Hikari, and Kodama. Nozomi adalah yang paling laju dan pastinya paling kurang berhenti. Manakala Kodama adalah Shinkansen paling kurang laju dan banyak berhenti. Kelajuan sekitar 280 km/h.

kelajuan shinkansen

Jadi untuk perjalanan dari Shin-Osaka ke Mishima ini, ianya adalah jenis Kodama. Sepanjang perjalanan, train akan stop sehingga 10 station antara Kyoto, Nagoya, Shizuoka dan sehinggalah di Mishima Station.

Bergerak Dari Mishima Station Ke Kawaguchiko (Mt Fuji) Naik Bas

Seperti yang diberitahu, tiada train direct ke Kawaguchiko dari Osaka. Jadi selepas sampai di Mishim Station iaitu station paling hampir, kena pula naik highway bus untuk ke Kawaguchiko.

Kali ini kena beli tiket online dan lebih awal. Seat bas pastinya limited dan juga mahukan waktu yang sesuai untuk sampai ke Kawaguchiko sebelum gelap. Barulah boleh bergambar dengan Mt Fuji.

Tiket online, anda boleh beli di https://sekitori.jp/ iaitu perjalanan dari Mishima Station ke Kawaguchiko Station. Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam 20 minit dengan harga 2,500 Yen (RM69) sehala.

Bus station memang betul-betul berada di Mishima Station. Jadi tak perlu pergi ke mana-mana untuk naik bas ni. Dah naik, kemudian seat back lah, sehingga tiba di destinasi yang ditetapkan.

mishima station bus

Sepanjang perjalanan anda boleh saksikan keindahan Gunung Fuji dari dalam bas. Jika cuaca baik, memang boleh nampak dengan jelas. Jika ikut road map, bas ini akan bergerak dari sebelah kanan Mt Fuji. Jadi kalau nak beli seat bas, duduk beli kiri.

view gunung fuji

Bas ini nanti akan berhenti di Kawaguchiko Station. Jadi dari sini, anda boleh naik omni bus untuk pusing-pusing Lake Kawaguchiko. Atau boleh naik train pergi ke kawasan Honcho Street dan sebagainya.

BACA JUGA : Itinerari Di Mt Fuji Untuk 3 Hari 2 Malam

Disinilah juga anda boleh mula bergambar berlatarbelakangkan Mt Fuji. Tak jauh dari sini, ada Lawson iaitu salah satu spot utama untuk bergambar. Jadi kena pandai cari masa dan ruang la, sebab ramai tourits disini.

pergi mt fuji

Pertama Kali Menaiki Shinkansen Di Jepun

Ini merupakan pengalaman pertama kali aku naik bullet train atau Shinkansen di Jepun. Meskipun ada pilihan lain, tetapi aku ambil keputusan untuk cuba naik keretapi laju sekali seumur hidup.

Lagi pula kalau nak pergi Mt Fuji dari Osaka, sebenarnya pilihan yang tepat kalau nak sampai awal sememangnya kena naik Shinkansen. Kalau nak overnight bus, meskipun murah, tapi lambat. Flight pun takda.

Pilihan yang sangat berbaloi. Jadi jika anda bercadang untuk pergi Mt Fuji dari Osaka, anda mungkin boleh consider untuk naik Shinkansen dan kemudian naik bas untuk terus sampai ke Kawaguchiko.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment