Menjadi satu-satunya penginapan kami yang tak perlu naik tangga atau naik lif pun sepanjang di Jepun. Ini kerana Airbnb yang kami pilih ni terletak di tingkat bawah. Persembahan Airbnb Go Animo Hanare sesuai untuk 3 orang.
Kalau di Osaka, kami pilih guesthouse. Kemudian di Gunung Fuji bermalam di hostel dan untuk trip di Tokyo pula, kami pilih bilik persendirian iaitu menerusi Airbnb. Jadi ada 3 jenis penginapan yang kami sempat cuba selama trip di Jepun.
BACA JUGA :
Review Airbnb Go Animo Hanare Di Tokyo Untuk 4 Hari 3 Malam
Airbnb biasanya takda nama spesifik seperti hotel, hostel, guesthouse dan lain-lain. Jadi untuk review ini, aku gunakan Airbnb Go Animo Hanare. Kalau search google pun, boleh jumpa Airbnb ni
1) Sebab Pilih Airbnb
Jika ikut aturan, tempat penginapan di Tokyo ni, memang aku cari paling akhir selepas penginapan di Osaka dan kemudian di Mt. Fuji. Jadi selepas dah confirm penginapan-penginapan tersebut, barulah aku mula cari di Tokyo.
Jadi aku decide untuk cari penginapan yang jenis tak perlu check-in pula iaitu menggunakan Airbnb. Tapi kriteria kali ini fokus untuk bilangan 3 pax dan 3 katil dan kemudian baru tengok harga. Tujuan utama untuk keselesaan semua orang. Sebenarnya susah juga nak cari 3 katil ni. Itulah terjumpa Go Animo Hanare ni akhir.
Lokasi tak jauh dengan subway station, tapi sedikit jauh daripada pusat bandar Tokyo seperti Akihabara, UENO, Shibuya dan lain-lain. Tapi sebab dekat dengan train station juga, tiada masalah pun dan bukan masalah besar pun.
2) Lokasi Penginapan
Kalau anda lihat google maps, lokasi Airbnb Go Animo Hanare ini terletak sedikit ke utara Tokyo iaitu di Arakawa City iaitu di kawasan penduduk orang ramai. Boleh tengok exact location DISINI. Tuan rumah iaitu Kasumi adalah pemilik Airbnb ini. Jumpa dia pun hari last masa nak balik je.
Kalau tak silap, bangunan 3 tingkat ini kesemuanya dia buat Airbnb. Tapi aku dapat tingkat bawah yang memuatkan 3 orang sahaja. Sebelah airbnb kami ni juga, dia ada buka kedai crystal art rasanya. Boleh la singgah kalau menginap disini nanti.
3) Kemudahan Disediakan
Kalau nak buat perbandingan penginapan di Osaka dan Gunung Fuji, di Tokyo la paling lengkap sekali kemudahan yang disediakan. Lengkap seperti sebuah rumah. Jadi apa kemudahan yang disediakan jika menginap disini?
BACA JUGA : Itinerari Lengkap 9 Hari Ke Osaka-Tokyo-Mount Fuji Dengan Kos Tidak Kurang RM5000 Seorang
Paling utama pastinya katil 3 biji yang lengkap dengan bantal besar dan 1 bantal kecil beserta selimut tebal. Ada aircond. Juga disediakan satu meja makan untuk 3 orang yang juga diletakkan sebuah tv 20 inci dengan siaran tv Jepun bersama Netflix. Wifi juga disediakan secara percuma.
Untuk alatan elektrik lain, ada cerek elektrik untuk masak air, ada microwave, ada mesin kopi dan kopi, ada dapur kecil, ada peti ais dan kesemua keperluan makanan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu dan chopstik. Benda rare juga disediakan iaitu seterika.
Untuk keperluan mandian, ada disediakan tisu, berus gigi, sabun, shampoo, hair dryer, cermin besar, tuala kering beserta tempat jemuran. Mesin basuh baju je tiada dalam rumah ni. Ada 1 bilik mandi untuk shower dan 1 tandas. Untuk info, singki dapur dan tandas kongsi dengan tuan rumah.
Ruang rumah besar dan ada ruang untuk berjalan dan ruang solat juga. Memang lepas balik penat berjalan seharian, best la nak berehat. Lepas tu buka tv dengar sembang orang Jepun. Memang rasa kat Jepun betul la duk Airbnb ni. Tapi design moden lah.
Kalau di Gunung Fuji, kami dapat hadiah daripada tuan rumah, di Tokyo untuk Airbnb ni, kami dapat welcoming notes beserta snack Jepun. Memang rasa dihargai betul. Rumah dah la cantik, tuan rumah pun senang hati. Patutlah dapat title Guest Favourite 4.89 di Airbnb. Bersih dan sama macam dalam gambar.
4) Harga
Tu la orang cakap, tak kisah bayar mahal pun, tapi kualiti tiptop. Mungkin itulah yang ada pada Airbnb Go Animo Hanare ini. Tempahan untuk 4 hari 3 malam disini berharga RM1807. Sebab kami bertiga, jadi jatuh RM603 seorang.
Dah jimat banyak di Osaka dan Gunung Fuji, jadi kami labur lebih sikit untuk keselesaan di Tokyo. Sebab sini paling paling lama.
Dengan harga yang ditawarkan, masing-masing tiada masalah pun. Yang penting puas hati. Tidur selesa, mandi, makan selesa. Kemudahan lengkap. Jika berminat, boleh tempah di Airbnb DISINI.
5) Rating
Selepas Hana Hostel Fujisan, Airbnb di Tokyo ini jatuh no. 2 paling best tempat penginapan kami selama berada di Jepun. Kalau duduk sini dalam tempoh yang lama pun, rasanya tiada masalah. Tapi masalah kos penginapan je la hehe
Aku jarang duduk hotel kalau travel ke luar negara secara DIY ni. Kebiasaanya memang hostel atau Airbnb sahaja. Sebab mudah, kalau nak masak atau mungkin nak tinggal ramai bawah satu bumbung kan. Hotel biasanya 2 orang je la kan.
Rating 9/10 untuk Airbnb Go Animo Hanare
2 thoughts on “Airbnb Serba Lengkap (Go Animo Hanare)! Ini Review Penginapan 4 Hari 3 Malam Di Tokyo”