Nak bercuti luar negara, tapi tak tahu macam mana nak declare makanan. Mungkin juga risau akan dirampas di aiport atau mungkin juga akan didenda sekiranya membawa makanan terlarang disana.
Kita kalau travel ke oversea, kalau boleh nak juga bawa makanan-makanan dari Malaysia. Mungkin ada makanan negara tersebut yang tidak kena tekak dengan kita. Atau mungkin juga dapat menjimatkan perbelanjaan.
Makanan seperti di negara jiran Thailand atau Indonesia tidaklah terlalu berbeza dengan kita. Tapi macam jika pergi ke Jepun, Korea, Australia, China atau terbang ke Eropah yang mana pastinya ada jurang perbezaan jenis makanan kan.
Jadi bagi mengelakkan kelaparan ketika berada di tempat asing, cara terbaik bawa makanan sendiri dari Malaysia. Mungkin ada bawa makanan dalam tin, pek Ready-to-eat, pes makanan untuk masak, megi dan sebagainya.
Tapi ada satu masalah dimana ada negara yang telah menyenaraikan makanan yang dilarang untuk dibawa atau ada juga negara yang perlu anda isytiharkan atau ‘declare makanan’ tersebut untuk dibawa masuk ke negara mereka.
Kebanyakkan negara tidak membenarkan membawa makanan berasaskan daging atau ayam. Jadi jika nak bawa juga, anda perlu declare makanan tersebut dan sekiranya pegawai kastam dibahagian imigresen airport negara tersebut benarkan, baru anda boleh bawa.

Kebiasaanya sebelum tiba di airport, anda akan diberikan declaration form sama ada dari dalam flight lagi atau boleh buat di aiport. Tapi seperti contoh Jepun, anda boleh declare makanan secara online melalui Visit Japan. Lebih mudah.
BACA JUGA : Cara Isi Visit Japan Secara Online
Jadi nanti masa melalui pihak kastam, hanya perlu melalui jalan ‘declaration’ dan pihak kastam dan keselamatan akan buat semakan kepada makanan-makanan anda. Jika memuaskan, anda dibenarkan untuk bawa. Tapi jika tidak, ianya akan dirampas.
Untuk memudahkan lagi urusan, anda juga boleh senaraikan lebih awal setiap makanan yang dibawa dalam bentuk jadual. Anda tulis makanan apa yang dibawa, apa bahan-bahan yang terkandung, ada daging atau tidak, berapa kuantiti dan sebagainya.
Dengan cara ini, ianya akan lebih memudahkan urusan pihak pegawai kastam untuk buat semakan dan mungkin dengan asbab ini, anda boleh bawa semua makanan tersebut. Tetapi ianya tidaklah WAJIB, tetapi hanya PILIHAN sahaja.
Cara Declare Makanan Travel Dalam Bentuk Jadual
Untuk makluman, antara negara yang begitu strict atau tegas tentang makanan yang dilarang ini ialah Australia dan New Zealand. Sebelum ini juga, Khairul Aming juga ada kongsikan pengalaman beliau declare makanan dalam bentuk jadual sebelum ke New Zealand.
Jadi ambil inspirasi tersebut, aku buat juga untuk trip ke Melbourne, Australia. Aku siapkan lebih awal senarai makanan yang dibawa dalam bentuk jadual. Jadi di Melbourne Airport, aku just bagi senarai jadual itu sahaja.
BACA JUGA : Itinerari Ke Melbourne Australia Untuk 6 Hari 5 Malam
Aku hasilkan 5 kolum dengan butiran seperti berikut :
- Nombor
- Gambar
- Nama produk & jenama
- Bahan-bahan
- Kuantiti

Dengan butiran ini, aku senaraikan semua makanan dibawa. Tak kisahlah ada daging ke ayam ke ikan ke megi dan sebagainya.

Biasanya segala butiran ini ada pada bungkusan makanan tersebut. Jika anda ada bawa makanan bungkus semula (repack), sebaiknya cari bahan-bahan asas yang digunakan. Pastikan juga semua butiran itu mencukupi.
Pengalaman Declare Makanan Di Australia
Masa trip aku ke Melbourne sebelum ini, aku ada bawa 16 jenis makanan termasuklah pes, sambal, megi, roti, kicap, sardin, kari daging dalam tin dan sebagainya.
Sebelum berangkat ke Australia, aku dah siapkan senarai jadual kesemua makanan-makanan ini. Kemudian print out dan bawa bersama sehingga tiba di Melbourne.
Selain daripada senarai jadual tersebut, aku juga perlu declare dalam ‘Arrival Form’ tentang makanan larangan apa yang dibawa. Jadi dalam senarai semua tersebut, ada beras dan daging kari dalam tin sahaja makanan yang perlu declare.
Jadi selepas selesai proses imigresen dengan melalui Smartgate, anda akan melalui proses declaration makanan dengan pegawai kastam. Jadi untuk memudahkan urusan, aku bagi sahaja kertas senarai jadual ‘declaration makanan’ yang telah disediakan tersebut.
Disebabakan senarai jadual ini ada ‘tick’ daging dan beras, mereka hanya ingin tengok makanan-makanan ini sahaja. Jadi tak perlu bawa keluar semua makanan yang dibawa. Proses lebih mudah.
Makanan daging kari dalam tin selamat, tetapi beras telah dirampas. Jadi makanan berasaskan daging atau ayam ada kemungkinan akan dibenarkan mengikut budi bicara. Tapi beras sepertinya memang tak lepas. Nasib baik bawa yang kecil je.
Declare makanan ini perlu. Sekiranya mereka dapat mengesan makanan terlarang, tetapi tidak buat pengisytiharan, anda akan didenda. Tetapi jika declare, hanya makanan sahaja dirampas dan tidak dikenakan denda.
BACA JUGA : Ini Senarai Makanan Yang Perlu ‘Declare’ Atau Tidak Ketika Travel Ke Australia
Declare makanan adalah sebaiknya dibuat dimana-mana negara sekali pun. Ini bagi mengelakkan kita didenda. Terlebih dahulu, kena tahu negara tersebut ada makanan apa yang dilaran dibawa. Boleh semak di website imigresen. Kemudian baru sediakan jadual seperti diatas.
1 thought on “Cara Declare Makanan Travel (Buat Jadual) Elak Dirampas Imigresen Di Luar Negara”