Kalau anda biasa travel ke luar negara, pasti ada yang menyediakan arrival form kan? Tapi di Jepun mereka menggunakan sistem online iaitu Visit Japan Web sebagai ganti kepada arrival form bagi proses imigresen.
Ini bermakna, setiap kali anda ingin bercuti, masuk untuk bekerja, jalan-jalan ke negara Jepun, anda perlu isi maklumat anda dalam sistem Visit Japan. Sistem ini diperkenalkan selepas Covid. Sebelum itu, mereka hanya menggunakan arrival form sahaja.
Akan tetapi arrival form masih disediakan di airport Jepun, tetapi sudah pastinya proses melalui pintu imigresen anda akan jadi lambat berbanding mereka yang menggunakan Visit Japan yang hanya perlu menunjukkan kod QR sahaja.

Jadi untuk anda yang pertama kali ingin ke Jepun, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah cara untuk isi Visit Japan Web yang mana anda boleh lakukan secara online menerusi laman web yang disediakan.
Bila Perlu isi Visit Japan Ini
Anda boleh daftar dan mula isi Visi Japan Web ini seawal flight dan penginapan anda ditempah, walaupun beberapa bulan sebelum perjalanan anda, tetapi anda disyorkan untuk melakukannya kira-kira dua minggu sebelum berlepas.
Erti kata lain, bila-bila pun boleh. Sehari sebelum berlepas pun boleh. Tiada tempoh yang ditetapkan oleh pihak Imigresen Jepun.
Cara Isi Visit Japan Web Secara Online
Secara amnya, dalam proses pendaftaran ini ada 2 perkara yang anda perlu buat iaitu isi maklumat untuk Immigration dan juga Custom Declaration. Untuk Immigration itu wajib untuk semua, tetapi kalau tiada apa-apa untuk declare, tak perlu isi pun tak pa.
Sistem Visit Japan Web tiada disediakan di aplikasi. Hanya menerusi laman web sahaja iaitu di https://www.vjw.digital.go.jp/. Anda boleh guna laptop atau telefon sahaja. Tutorial dibawah semua guna telefon sahaja.
Jadi sebelum anda isi borang tersebut, terlebih dahulu anda perlu daftar akaun Visit Japan ini. Ikuti langkah-langkah seperti dibawah :
- Pergi ke laman web www.vjw.digital.go.jp/ dan klik Sign Up For A New Account
- Tandakan ‘I Agree..’ dan klik Next
- Masukkan emel dan password dan klik Create Account
- Masukkan Code yang dihantar ke emel anda dan tekan Check
Akaun Visit Japan Web anda kini sudah berjaya didaftarkan. Jadi anda boleh teruskan untuk lengkapkan maklumat diri dan isi maklumat perjalanan sehingga berjaya dapatkan kod QR.
1) Isi Maklumat Diri (Your Details)
Pergi smula ke laman web Visi Japan dan login, anda akan dibawa ke bahagian halaman utama. Klik pada Your Details. Tandakan ‘No’ untuk semua pilihan dan klik Next.

Kemudian anda perlu imbas atau scan pasport anda. Jika berjaya, segala maklumat secara automatik akan tersedia kecuali beberapa maklumat lain. Masukkan segala butiran perbadi yang masih kosong. Jika sudah, klik Next

Semula dan jika sudah lengkap semuanya, klik Register.
Selain itu, untuk info rakyat Malaysia TAK PERLU VISA untuk masuk Jepun bagi tempoh 90 hari. Lebih tu, kena mohon visa la.
2) Travel Plan (Wajib)
1. Pergi pada halaman utama, klik Register New Planned/Return dan kemudian pilih Proceed to registration without copying details. Klik Next

2. Disini anda perlu masukkan nama trip anda, bila anda bercadang untuk tiba di Jepun. Kemudian masukkan nama (AK, MH, D7 etc) dan nombor flight anda beserta dari mana anda datang (Point of Embarkation). Klik Next
3. Seterusnya masukkan alamat hotel anda di Jepun. Cari je mana-mana hotel kalau belum dapatkan lagi. Masukkan poskod terlebih dahulu dan secara automatik maklumat lain akan termasuk dengan sendiri. Dah lengkap, klik Confirm Entered Details

4. Akhir sekali anda perlu semak semula segala maklumat yang telah diisi. Sekiranya lengkap, klik Register Plan

3) Immigration Clearence (Wajib)
1. Langkah seterusnya, dalam travel plan yang sama, pilih Immigration Clearance and Customs Declaration (Not Registered). Kemudian klik Next

2. Bahagian 1 dan 2 merupakan maklumat peribadi yang telah diisi sebelum ini. Jika ada perubahan boleh edit, jika tiada boleh teruskan dengan klik pada Next
3. Pilih Tourism untuk Pupose of visit sekiranya anda datang untuk travel. Masukkan tempoh berapa lama anda berada di Jepun. Kemudian klik Next

4. Bahagian 4 – 12 anda boleh tandakan ‘No’ sahaja sekiranya anda tak bawa jongkong emas, pistol, hadiah berat, pedang, daging, buah, rokok dan benda-benda bahaya lain. Jika anda bawa makanan berasaskan daging, boleh tanda ‘Yes’ pada bahagian 2. (bahagian seterusnya ada proses declaration)

5. Akhir sekali, semak segala maklumat yang telah diisi, sekiranya lengkap, boleh klik Register
Selesai!
4) Custom Declaration (Pilihan)
Boleh bawa ke tak makanan ada daging atau ayam ni sebenarnya? Kalau tanya aku, adalah lebih baik anda declare sahaja yang anda bawa walaupun daging tu sikit ada dalam nasi. Nanti dieorang tanya, anda explain sahaja. Bagi tahu anda bawa Halal Food. Di New Chitose hari tu dieorang faham.
1. Kalau anda tandakan ‘Yes’ pada bahagian 2, anda perlu declare makanan tersebut. Klik Next dan akan dibawa ke bahagian halaman Declaration
2. Pada Article Name, pilih Meat, Meat Preparation. Masukkan kuantiti yang anda bawa. Harga dalam MYR. Jika ada barang lain, boleh Add Other Article Name. Sekiranya sudah lengkap, klik Next
3. Akhir sekali, anda perlu tekan butang Update sekiranya anda ada buat pertukaran.

Proses Imigresen Di Airport Jepun Menggunakan Kod QR
Selesai semua proses. Anda kini boleh dapatkan Kod QR dengan klik pada Display QR Code. Kod inilah akan digunakan di imigresen Jepun nanti. Jadi anda boleh screenshot terus dan simpan dalam telefon anda.

Secara ringkas, bila tiba di mana-mana airport di Jepun sama ada Haneda, Narita, KIX, New Chitose dan sebagainya, anda perlu sediakan pasport dan kod QR Visit Japan Web ini sejurus selepas keluar dari kapal terbang.
BACA JUGA :
- Itinerari Ke Osaka-Tokyo Dengan Bajet Bawah RM5000
- Itinerari Lengkap Ke Sapporo, Hokkaido Secara DIY
Anda perlu beratur untuk tunggu giliran di Immigration Gate. Dah sampai, anda bagi pasport dan scan terus kod QR tersebut. Disini pasport anda akan ditampal dengan stamp”Temporary Visitor”.
Kemudian anda ambil bagasi anda dan perlu scan sekali lagi kod QR yang sama di mesin bahagian keselamatan yang disediakan sebelum keluar. Jika anda buat declaration, bagasi anda akan disemak terlebih dahulu. Jika mereka puas hati, barulah dilepaskan.
Terus sampai ke Arrival Hall. Daripada pengalaman sendiri, atleast ambil masa 1 jam untuk semua proses ini. Kebiasaanya memang ramai orang waktu nak melalui airport imigresen dimana-mana airport pun.
Semoga bermanfaat perkongsian ini untuk anda yang tak lama lagi nak pergi Jepun dan dah mula untuk isi Visit Japan ini nanti.
Hi, boleh guide how to key in online Japan travel form guna 1 registered account untuk family members. Lead saja ada account, famili members tak ada, nak masukkan famili members.
Thanks