Itinerari Ke Melbourne Australia – Trip Winter Cari Salji Dengan Family

By Aiman San

Updated On:

Follow Us

Bagaikan menjadi acara tahunan, tahun ini kami decide untuk travel ke Melbourne, Australia. Rasanya sepakat keputusan dibuat among my family dalam beberapa hari sahaja. ‘Ok next trip pergi Aussie’.

Sebelum ni pergi pergi Istanbul-Cappadocia di Tukri, kemudian ke Seoul, Korea dan tahun lepas ke Bogor-Jakarta di Indonesia. Jadi tahun 2025, kita cari negara sejuk sikit tapi kos tidak terlalu tinggi, maka keluarlah idea ke Melbourne.

Trip kali ini aku bawa semua family dengan jumlah 13 orang iaitu 8 dewasa dan 5 kanak-kanak. Ini merupakan kali kedua aku sampai ke bumi Kangaroo. Kali pertama adalah pada tahun 2019 iaitu di Perth, juga bersama family.

BACA JUGA : Itinerari Ke Perth Australia – Kali Pertama Jumpa Kangaroo

Percutian ke Melbourne Australia kali ini berlangsung dari 15 hingga 20 Ogos 2025 iaitu untuk 6 hari 5 malam. Tapi flight dan terbang dari 14 Ogos lagi. Jadi sampai di sana adalah pada hari berikutnya.

Selain daripada tujuan bercuti, trip kali ini bertujuan untuk snow hunting. Ayah aku nak sangat bawa cucu-cucu dia main salji. Kali pertama di Korea dulu, tak sempat. Kali ini di Melbourne, kita cuba sekali lagi untuk pergi ke ski resort iaitu di Mt Baw Baw.

Untuk yang nak pergi ke Melbourne dan mahukan trip santai secara DIY, meh sini aku kongsikan itinerari penuh beserta kos keseluruhan termasuk tiket flight, penginapan dan segala perbelanjaan berkaitan.

Dokumen Wajib Perlu Disediakan Untuk Masuk Australia

Sebelum kita tengok itinerari, perkara paling penting adalah untuk tahu persediaan yang perlu dibuat sebelum nak masuk Australia. Ianya sedikit berbeza dengan negara-negara lain, ada dokumen penting lain perlu anda siapkan.

Ada perlu sediakan 2 dokumen wajib iaitu pertama anda wajib ada posport yang masih hidup. Yang kedua adalah visa atau ETA (subclass 601) yang bertujuan melancong. Biasa dengar K-ETA untuk Korea kan? Ianya perkara yang sama, tapi nak dapatkan untuk ETA Australia sedikit rumit berbanding ETA Korea.

BACA JUGA : Tips Dan Cara Mohon ETA Australia Sehingga Berjaya

ETA 601 ini wajib mohon bagi setiap orang yang nak masuk Australia. Bukan 1 keluarga, 1 ETA. Umur 60 wajib ada ETA, umur 18 tahun wajib ada ETA dan umur baby 5 bulan pun wajib ada ETA. Jadi nak masuk Australia, kena sediakan pasport dan visa ETA. Itu sahaja.

Sekadar perkongsian, aku sebagai self-employed berjaya mohon dengan sekali percubaan sahaja. Keluarga yang lain, aku mohon ada 2 kali dan ada 3 kali paling banyak. Kemudian semua lulus dengan jayanya. Mak aku pencen, mohon terus lulus, tanpa perlu dokumen tambahan.

Musim, Suhu, Cuaca & Tukaran Mata Wang

Masa Malaysia dan Asia tengah musim panas ni, kami pergi ke negara sejuk. Australia mula winter atau musim sejuk dari Jun hingga Ogos. Suhu sekitar 5-18°C sahaja. Cuaca sehari hujan dan selebihnya just nice.

Masa trip ni, tukaran mata wang AUD dan MYR adalah sekitar 1AUD = RM2.75. Jadi nak senang kira dalam perkongsian dibawah, aku genapkan jadi RM2.8 je lah.

Kos Perbelanjaan

Berikut merupakan perkongsian secara keseluruhan kos perbelanjaan. Harga mungkin ada dikira kesemuanya atau untuk seorang. Bergantung. Dalam family ni, yang dewasa je lah terlibat iaitu 8 orang. Tapi kos overall untuk setiap orang ada pada akhir bajet ni.

1) Tiket Flight

Tiket flight macam biasa, kita cari yang paling murah dan berbaloi. Jadi pilih Air Asia. Secara overall daripada 13 pax, aku dapat harga RM1,500 seorang termasuk beberapa kg untuk luggage. Budak-budak ramai, jadi tak perlu luggage. Kongsi-kongsi sahaja. Cukup untuk semua.

Tempahan dibuat secara online menggunakan aplikasi Air Asia Move dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penerbangan. Disebabkan dapat harga inilah, trip ke Melbourne kali ini terjadi. Tiket murah juga lah.

2) Penginapan

Bila dah datang ramai dengan family dan ditambah dengan kanak-kanak ni, jenis penginapan terbaik adalah rumah atau apartment. Sebab utama adalah senang untuk masak dan ada ruang lebihan. Disamping itu juga, lokasi mesti dalam CBD atau berdekatan dengan tram.

Agak mencabar sebenarnya nak cari harga yang affordable untuk 13 pax termasuk kanak-kanak dan lokasinya di CBD. Tapi alhamdulillah jumpa satu sahaja pilihan iaitu Arrow On Swanston. Lokasi terletak dalam CBD, berhadapan dengan tram station dan 5 minit jalan kaki dari Victoria Market.

Harga keseluruhan untuk 13 pax bagi penginapan 6 hari 5 malam adalah RM5,030 atau RM623 seorang. Tempahan dibuat 2 bulan lebih awal dengan menggunakan Agoda. Dia macam Airbnb la, tapi kami gelar homestay la senang. Booking untuk 2 yang memuatkan 6 orang dan 7 orang.

Arrow On Swanston ni menyediakan 2 jenis penginapan iaitu hotel dan ‘family stay’. Jadi kalau nak ada dapur, ada bilik tidur, ruang tamu seperti sebuah apartment, boleh pilih jenis family stay.

3) Pengangkutan & Kereta Sewa

Untuk pengangkutan hanya menggunakan 3 jenis kenderaan sahaja iaitu Airport bus, Tram dan sewa kereta. Tram hanya digunakan dalam kawasan bandar Melbourne. Manakala kereta dibawa sehingga ke Mt Baw Baw dan Philip Island.

Untuk tram, beli MyKi berharga AUD6 dan topup AUD10 (tapi guna AUD5 sahaja). Selebihnya naik tram percuma sekitar CBD. Kemudian sewa kereta daripada syarikat AVIS Australia. Tapi tempahan dibuat menggunakan Klook.

Aku sewa 2 kereta iaitu untuk 5 pax (Mitsubishi Outlander) dan 8 pax (Kia Karnival) dan termasuk full coverage insurance dan snow insurance beserta 4 car seat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Harga RM1078 + RM1958. = total RM3036 (RM380/pax)

Paling jimat nak bergerak dari Melbourne Airport ke CBD adalah dengan menaiki SkyBus. Dapat harga promosi AUD20 seorang untuk sehala atau sekitar RM56. Selain itu, book juga Airport Transfer masa nak balik dengan harga AUD210 (RM588) / RM73.5 seorang

4) Makan

Segala makanan yang dibawa dari Malaysia, sebaiknya elakkan yang ada daging atau ayam. Tak kisahlah dah masa atau belum. Ikan boleh. Kalau declare sekali pun, mungkin tak lepas dan akan dirampas. Cuba bawa RTE nasi berdaging, dirampas. Jadi bawa pes ke sardin ke megi semua tu boleh.

BACA JUGA : Cara Declare Makanan Bagi Memudahkan Urusan Ke Australia

Dan sepanjang di Melbourne, kami memang tak makan luar. Sepenuhnya masak sendiri di homestay. Jadi beli beras, beli telur, beli sayur, minyak dan sebagainya. Boleh cari di pasar raya Woolworth, Coles, Aldi dan sebagainya.

Anggaran lebih kurang RM2,600 secara keseluruhan. Jadi RM200 seorang.

5) Aktiviti & Tiket Masuk

Tiket masuk hanya melibatkan ski restort Mt Baw Baw dan Maru Koala & Animal Park yang mana masing-masing berharga AUD67 (~RM187.6) – (RM47 seorang) untuk satu kereta dan AUD33 untuk seorang (~RM92.4). Selebihnya semua free entrance sahaja.

6) Lain-Lain

Berikut adalah kos-kos sampingan yang compulsory sepanjang berada di Melbourne Australia :

  • Parking hotel = AUD100 (RM280) untuk 2 hari untuk 2 kereta = RM35 seorang
  • Tol Highway = AUD37 (RM103.6) untuk satu kereta = RM34 seorang
  • Minya petrol = RM272 untuk satu kereta = RM91 seorang
  • Snow chain = AUD60 (RM168) untuk 2 kereta = RM21 seorang
  • eSim = RM40 bagi 3Gb/day untuk 5 hari (Beli Shopee)
  • Etiqa Takaful = RM37 seorang

Jadi secara keseluruhan, anggara kos perbelanjaan di Melbourne adalah RM3,348 seorang. Ini tidak termasuk duit shopping, beli jajan, beli kopi dan perbelanjaan persendirian.

Itinerari Ke Melbourne Australia Untuk 6H5M

Kos perbelanjaan dah tahu. Jadi seterusnya aku share pula itinerari penuh untuk 6 hari 5 malam di Melbourne Australia dan sekitar Victoria iaitu termasuk ke Mt Baw Baw dan Philip Island.

Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur adalah pada 14 Ogos iaitu sehari sebelum tiba di Melbourne. Flight pukul 8 malam dan tiba di Australia pada hari berikutnya iaitu pada jam 5.30 pagi. Kemudian barulah hari pertama (Day 1) bermula.

Day 1 (Jumaat)

WaktuAktiviti
5.30 amTiba di Tullamarine Melbourne Airport
10.00 amEarly check-in di Arrow On Swanston
2.00 pmShopping groceries di Aldi
7.00 pmFlinders Street Railway Station
8.00 pmHosier Ln

Touch down je di Tullamarine Melbourne Airport, masing-masing dah cuak sebab nak lalu imigresen dan keselamatan. Pastikan ada pasport, visa dan arrival form untuk food declaration. Mula-mula scan muka, kemudian lalu smart gate, ambil luggage dan declare makan. Imigresen semua ok, tapi makanan daging ada kena rampas.

Dah keluar semua, terus solat subuh di surau yang disediakan di airport. Dah setel, terus naik SkyBus dan gerak ke tempat penginapan di CBD.

Perjalanan dalam 30 minit, kemudian naik tram dan sampai ke Arrow On Swanston. Check-in macam biasa dan terus masuk homestay. Rehat sebentar sehingga 2.00 pm.

Dah tengah hari, barulah cari makan dan paling dekat dengan penginapan kami adalah Aldi. Kat sinilah beli beras, beli telur, air minum, sayur, coklat dan macam-macam lagi. Kemudian masak di homestay dan makan ramai-ramai. Dalam masa yang sama kat luar hujan sepanjang hari sampai petang.

Dalam 7.00 malam baru sempat untuk explore CBD Melbourne. Destinasi pertama adalah di Flinders Street Railway Station.

Dari tempat penginapan, jalan sikit untuk masuk free tram zone dan naik ke Flinders Station. Sini cantik waktu malam. Dengan bangunan ikonik beserta lampu malam. Ada pula tram lalu lalang depan station ni. Sesuai nak ambil gambar.

Kemudian tak jauh dari situ, pergi ke Hosier Lane. Dia macam lorong belakang kedai yang diwarnai dengan seni graffiti. Mungkin pada awalnya tempat ni jadi vandalisma, tapi sudahnya jadi tourist spot. Sesuai juga untuk bergambar.

Dah setel sini, barulah bergerak pulang sambil singgah di Asian Market, 7 eleven dan bergambar dengan tram pada waktu malam.

Day 2 (Sabtu)

WaktuAktiviti
9.00 amQueen Victoria Market
12.00 amLunch
2.00 pmState Library Victoria
4.00 pmRoyal Exhibition Building
8.00 pmShopping di K Mart
9.00 pmShopping di Big W dan Woolworth

Aktiviti pagi bermula di pasar iaitu di Queen Victoria Market. Pada awalnya rancang untuk cuci mata je dulu, another day baru shopping.

Tapi tak berjaya. Macam-macam juga beli. Beli buah-buahan, makanan halal pun ada. Kebab dan sebagainya. Ikan fresh pun ada jual kat sini. Jenis pembayaran lebih kepada cash. Boleh bayar guna kad, tapi mungkin ada caj tambahan.

Dah selesai, balik semula ke homestay untuk solat dan lunch. Keluar semula untuk ke State Library Victoria. Pun tak jauh, jadi boleh jalan kaki je.

Tapi tak bernasib baik lagi, otw nak pergi hujan. Sudahnya lepak dalam library ni lama la sikit. Tapi serius cantik terutamanya bahagian dome di tengah. Juga antara bangunan ikonik di Melbourne. Masuk percuma sahaja.

Australia ni, kalau lepas hujan, cantik betul suasana dia. Cuaca best dan view cantik, memang ngam nak bergambar waktu ni. Hujan dah reda, teruskan ke next destination iaitu Royal Exhibition Building. Orang cakap tak sah datang Melbourne kalau tidak ke sini. Kami sampai sebelum malam.

Lagi bagunan ikonik. Cantik untuk bergambar. Kami tak masuk dalam pun, just duduk di taman bahagian luar. Waktu senja dengan lampu diaktifkan, menjadikan bangunan ini jadi lebih cantik. Dah bergambar, terus pulang ke homestay.

Malam tu keluar semula ke CBD dan sempat singgah di K Mart, Big W dan Woolworth. K Mart ni tempat shopping, macam Parkson.

Nak cari pakaian, luggage, alatan dapur, barangan rumah, mainan dan sebagainya ada disini. Manakala untuk Woolworth dan Coles ni macam Giant. Jual makanan dan minuman.

Day 3 (Ahad)

WaktuAktiviti
8.00 amPick up kereta sewa di AVIS
9.30 amMula bergerak ke Mt Baw Baw
2.00 pmTiba di Ski Resort di Mt Baw Baw
5.00 pmPulang ke Melbourne

Nasib baiklah pickup point AVIS ni tak jauh dari tempat penginapan. Urusan ambil masa dalam 30 minit juga lah. Lesen memandu fizikal jangan lupa bawa.

Kalau rasa nak gerak awal, datang awal. Timing period boleh adjust jangan risau. Dapat kereta 9.30 pagi terus shoot keluar dari CBD. Memang kejar masa untuk ke Mt Baw Baw yang mengambil masa perjalanan 2 jam 50 minit. Pukul 5 petang dah gelap, jadi kena sampai awal.

Sebelum sampai di Ski Resort, kami singgah di kedai Baw Baw Snow Chain untuk sewa snow chain. Ianya wajib tau. Selain itu, kedai ni juga ada buat sewa snow boot, tobbogan, full baju dan seluar snow. Murah je. Boleh datang sini. Owner Christine yang peramah.

Kali ini memang berdoa lah supaya dapat jumpa salji, sebab dah jalan jauh, dah sewa peralatan semua dan memang berhajat nak bagi budak-budak main salji sejak 2022 lagi. Nak masuk ski resort kena bayar USD67 dan pembayaran hanya menggunakan kad kredit atau debit sahaja.

Alhamdulillah Allah makbulkan bila sampai je di parking lot, terus salji turun. Kami disambut dengan snow fall untuk 20 minit juga lah. Sebelum salji stop, sempat bergambar dulu. Best feeling ever la waktu tu.

Kemudian barulah masuk dan jadi port untuk Toboggan. Datang sini memang nak rasa salji, main salji dan paling-paling pun main Toboggan sahaja. Kat sini ada disediakan tempat, tapi kena bayar AUD20. Tapi sebab ada kawasan bukit kecil dan rasanya sudah memadai, main la kat situ sepanjang hari. Toboggan dah siap-siap sewa kat bawah tadi.

Kat sini semua fasiliti cukup. Kalau nak main ski ada, tempat sewa boot, perlatan dan sebagainya. Ada tandas, ada kafe nak lepak atau rasa sejuk kat luar. Cuma tempat solat je tiada. Jadi kami semua solat atas salji sajalah. Memang pengalaman best lah.

Dalam waktu-waktu tu juga ada snow fall turun sikit-sikit. Budak-budak lah paling happy first time jumpa salji. Ini pengalaman kali kedua aku jumpa salji. Kali pertama dulu di Sapporo. Tapi masa tu solo je. Kali ini beramai dengan keluarga. Lebih fun.

BACA JUGA : Pengalaman Pertama Kali Jumpa Salji Di Sapporo, Hokkaido

Dah puas semua, kami cuba untuk turun dari Mt Baw Baw sebelum gelap. Pukul 5 petang dah gelap kan. Sebab jalan sini sunyi, tiada lampu jalan dan jalan agak kecil. Kena berhati-hati. Bawa slow je lah. Dah pulang semua perlatan yang disewa, terus balik ke CBD dan berehat di bilik.

Memang day trip dari pagi ke malam hanya di Mt Baw Baw sahaja dan kesimpulannya sangat berbaloi. Tujuan utama ke Melbourne sudah lengkap iaitu nak main salji. Tapi masih lagi berbaki 3 hari kan. Teruskan lagi trip ni.

Day 4 (Isnin)

WaktuAktiviti
9.00 amBergerak ke Philip Island
11.00 amTiba di Maru Koala & Animal Park
2.00 pmChurchill Island
4.00 pmThe Nobbies View Point

Selesai road trip hari pertama ke Mt Baw Baw, diteruskan lagi untuk hari kedua dan kali ini bergerak ke Selatan Melbourne iaitu Philip Island. Awal pagi kereta dan lori lebih banyak terutamanya di highway. Yang penting follow speed trap, mengelakkan dari di saman.

Sebelum sampai ke pulau ini, kita singgah dulu port wajib kalau datang Australia iaitu nak cari Kangaroo dan Koala. Kami pilih Maru Koala & Animal Park. Sebab dia memang satu jalan nak ke Philip Island.

Sini bukan zoo lah, dia macam tempat haiwan pemuliharaan. Tapi dia buat la untuk orang ramai datang. Kat sinilah boleh jumpa Kangaroo jinak dan Koala. Tiket masuk AUD33 untuk dewasa dan AUD18 untuk budak-budak. Dapat entrance ticket dan mini golf. Ok lah berbaloi juga.

Kat sini nanti anda akan diberikan setiap seorang makanan kangaroo. Haiwan ni dibiarkan melata tau, jadi korang boleh bergambar dekat dan sentuh.

Jumlahnya mungkin tak banyak, tapi sudah memadai lah. Masa kami sampai pun, orang takda lagi. Memang dapatlah bergambar semua dengan aman. Ada seekor jenis sado dan besar. Tapi semua behave terutamanya masa bagi makan.

Tarikan utama kat sini sebenarnya adalah Koala. Berbanding di Carvasham di Perth sebelum ini, Koala dia ada 1 je. Tapi di Maru ni sangat banyak. Macam-macam ragam boleh tengok. Nasib baik dieorang tak tidur. Ada yang bergayut, merangkak, makan dan ada juga yang tidur.

Selain itu, sebenarnya ada juga haiwan lain seperti ular, buaya, kambing biri-biri, Dingo, Quokka, Lizard dan macam-macam lagi. Macam mini zoo, tapi lebih tertumpu kepada Koala dan Kangaroo.

Sebelum balik, boleh la main mini golf sekajab. Sebab tiket dan included kan. Selain itu, kat sini juga ada ruang solat.

Dah setel sini, teruskan perjalanan ke Philip Island. Dah seberang jambatan, singgah pula di Churchill Island. Kira macam pulau dalam pulau lah. Kat sini ada 2 tujuan iaitu makan tengah hari dan tengok lembu (Highland Cow).

Lembut ni tepi jalan je. Stop by dan macam biasa ambil gambar je lah. First time jumpa lembu berbulu lebat. Baca info, memang lembu jenis ni duduk tempat sejuk, jadi bulu tebal. Tak pastilah ini lembu wagyu ke tidak.

Makan sudah, lembut sudah, jadi teruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Philip Island ini iaitu The Nobbies View Point. Juga menjadi tourist spot penting bila berada di Melbourne. Kat sini boleh nikmati view seakan-akan hujung dunia. Cantik gila untuk bergambar. Kalau bernasib baik kat sini juga penguin akan naik dan masuk ke rumah. Bergambar sehingga waktu maghrib.

Melbourne ada 2 pilihan sama ada ke Philip Island atau ke Great Ocean Road (GOR). Kedua-dua kawasan ni jauh. Kena pilih salah satu untuk day-trip. Lagi pun GOR ni lebih jauh, jadi pilih yang lebih mesra family la iaitu ke Philip Island.

Day 5 (Selasa)

WaktuAktiviti
7.00 amShopping di Queen Victoria Market (R2)
9.30 amReturn kereta di AVIS
12.00 pmShrine of Remembrance
2.30 pmRoyal Botanical Gardens
5.00 pmFed Square
5.30 pmYarra River
8.00 pmBourke Street Mall

Hari terakhir penuh di Melbourne, kami decide untuk berjalan dalam bandar sahaja. Kali ini guna MyKi untuk gerak lebih jauh dan keluar dari Free Tram Zone.

Tapi sebelum tu, pada pagi, keluar awal untuk shopping round 2 di Queen Victoria Market. Waktu ni la cari souvenir untuk bawa balik.

Pagi tu juga, return kereta ke AVIS semula seperti biasa. Dah siap breakfast semua, kita start explore CBD.

Nak beli MyKi boleh beli di tram station. Ada mesin disediakan. Kalau Android user, boleh dapatkan secara percuma di Google Wallet. Harga kad AUD6. Kos perjalan adalah AUD5.5 untuk tempoh 2 jam. Lebih daripada itu, akan dicaj sebagai Full Fare Daily iaitu AUD11.

Destinasi pertama adalah singgah di Shire Of Remembrance. Tugu peringatan bagi memperingati askar-askar Victoria yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama (WWI).

Kat sini juga ada terpahat nama MALAYA yang merujuk kepada Malaysia Emergency (1948-196). Duduk luar je la, tak masuk. Kat sini juga ada taman-taman dan kami solat kat sini sahaja.

Sebelah dari kawasan ini, pergi pula ke Royal Botanical Garden. Pergi Australia, cari garden la. Lepak dan santai atas rumput sambil nikmati cuaca sejuk.

Alhamdulillah, pada hari tu cuaca sangat best, tak perlu pakai winter coat pun. Lepas tu dapat baring atas taman lagi. Kemudian lunch sekejab dan nikmati pemandangan pokok-pokok dan tasik yang ada.

Dah petang, gerak balik, tapi singgah dulu di Fed Squre dan Yarra River. Nikmati keadaan sekeliling dengan gelagat manusia je. Aktiviti yang dijalakan dan sebagainya. Singgah sekali lagi di Findlers Station. Tengok waktu siang pula.

Naik tram semula dan gerak ke Bourke Street Mall. Tempat atau syurga membeli belah. Kat sini adalah macam-macam kedai jenama besar. Boleh jumpa Myer, David Jones, GPO, H&M, Zara, Uniqlo, Mecca Flagship Store dan macam-macam lagi. Tapi kita window shopping je lah.

Akhir sekali pulang ke hotel sambil nikmati view bandar Melbourne dengan menaiki tram sekali lagi. Mula berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur pada awal paginya.

Day 6 (Rabu)

WaktuAktiviti
2.00 amCheck-out dari Arrow On Swanston
3.00 amGerak ke Melbourne Airport
8.00 amPulang ke Kuala Lumpur

Arrow On Swanston ni ada kaunter 24-jam. Jadi kami check-out pukul 2.00 pagi dan bergerak ke Melbourne Airport menggunakan Airport Transfer macam van besar. Jadi tak perlu tarik bag besar-besar. Semua sudah diangkut terus ke airport.

Semua urusan berjalan dengan lancar dari check-in di kaunter sehingga boarding. Solat subuh atas flight dan rehat. Sampai jumpa lagi Melbourne.

Best Travel Dengan Family

Secara peribadi, trip ke Melbourne ni bagi aku lebih tenang dan santai. Perbandingan dibuat lepas aku beberapa kali ke Jepun sebelum ini. Kalau di Jepun, setiap masa kita tengok orang jalan laju, mengejar masa. Kadang kita tengok rasa nak penat.

Berbeza di Australia ni. Orang tak terlalu padat dan dieorang pun la jalan laju-laju je. Even tengok masa orang balik kerja, semua jenis chill dan santai sahaja. Aku lepak tepi jalan pun, sedap je tengok. Tenang je. Taklah ada rasa penat.

Selain itu, personally aku rasa bandar yang pernah aku pergi dan tengok sendiri paling cantik adalah di Melbourne. Lagi-lagi waktu senja. Bangunan ikonik bersama tram yang lalu lalang. Orang tak padat. Cantik gila!

Trip kali ini sekali lagi parents aku berpuas hati. Sebab tak rushing, tidak terlalu banyak berjalan. Jadi badan tak letih sangat. Waktu makan, kita makan. Waktu solat, kita solat. Tidak terkejar-kejar. Lagi pula, dapat jumpa salji semua.

Sebenarnya travel by group terutamanya dengan family ni lagi best berbanding solo. Lagi pula ianya diuruskan sendiri. Kita tetapkan bila nak gerak semua. Di Melbourne, senang je kalau nak DIY. Boleh buat sendiri semuanya.

Perth sudah, Melbourne sudah. Mungkin lepas ni kita cuba Sydney atau Gold Coast pula. Akhirnya boleh lajak terus ke New Zealand. Insya Allah one day.

Join Telegram

Join Now