Itinerari Ke Sabah (Kota Kinabalu-Kundasang) Untuk 4 Hari 3 Malam

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
itinerari ke sabah

Pastinya menjadi destinasi percutian yang diimpikan oleh orang ramai. Jadi disini saya nak kongsikan pengalaman menerusi itinerari ke Sabah selama 3 hari 2 malam dengan menjelajah ke Kota Kinabalu-Kundasang.

Sabah pastinya menjadi impian ramai untuk datang bercuti termasuk saya. Tapi paling istimewa, sebenarnya Sabah menjadi negeri terakhir yang saya jejaki di Malaysia. Orang cakap, dah boleh betul-betul bergelar anak Malaysia la kan. Semua negeri saya dah sampai.

BACA JUGA : Perlis Menjadi Negeri Terakhir Aku Jejak Di Semenanjung

Sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi saya buat keputusan untuk datang ke sini secara solo dan hanya ditemani rakan ketika tiba di Kota Kinabalu dan sepanjang percutian.

Disini saya kongsikan pengalaman ringkas bersama itinerari ke Sabah iaitu di Kota Kinabalu dan Kundasang selamat 3 hari 2 malam. Perancangan telah dibuat awal, tetapi ianya terjadi pada bulan Oktober 2023. Harap ianya juga membantu bagi anda yang ingin datang ke Sabah.

Persediaan Awal Sebelum Ke Sabah

Disebabkan ia hanya percutian dalam negeri. Jadi tak banyak perkara yang anda perlu lakukan sebelum terbang ke Sabah. Jika dibandingkan apabila anda ke luar negara. Urusan visa, eta, pasport, cuaca dan sebagainya.

Tapi anda perlu tahu, anda tak boleh stay di Sabah lebih daripada 90 hari. Kalau nak menetap juga, kena mohon pasport biru. Tapi kalau nak bercuti pun, paling lama seminggu dua sahaja kan. Jadi tak perlu risau apa-apa.

Nak datang Sabah pun tak perlu pasport, cukup hanya bawa MyKad sahaja. Tapi disebabkan nak kumpul cop atau stamp imigresen, saya bawa juga pasport dan boleh dapat cop tersebut. Hanya sekadar untuk kepuasan diri sahaja. Now dah boleh terbang ke Sabah

Jumlah Kos Perbelanjaan

Kalau nak pergi mana-mana destinasi untuk bercuti, selain itinerari, kos perbelanjaan juga penting, melainkan anda memang cop duit. Jadi antara perkara utama sebelum terbang, saya tentukan kos pengangkutan, penginapan, makan, aktiviti dan kalau ada nak shopping.

a. Kos Pengangkutan

Untuk pengangkutan ke Sabah dan selama berada di Sabah hanya menggunakan 2 jenis sahaja iaitu Kapal Terbang dan kereta. Untuk kos kapal terbang, saya terbang bersama Air Asia, lebih murah kan. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah sahaja. Saya ada harga RM300 return tanpa luggage.

Biasanya kalau di Sabah, memang akan sewa kereta. Tapi sebab disana, ada kawan yang akan bersama untuk trip kudasang, jadi tak perlu sewa kereta. Bagi full tank petrol sudah memadai. RM60 juga rasanya untuk kereta Ativa. Jadi jimat tak perlu sewa kereta. Sebenarnya anggaran sehari sewa RM100. Boleh sahaja hubungi mana-mana khidmat sewa kereta atau download apps Trevo sahaja.

b. Kos Penginapan

Sepanjang berada di Sabah, saya bermalam di 2 tempat iaitu di Kota Kinabalu dan Kudasang. Hari pertama di Kundasang, saya pilih Amazon Grace Lodge dengan harga RM110 semalaman. Lokasi strategik berada berhampiran dengan pekan Kudasang dan dapat view Gunung Kinabalu. Tempah di Agoda.

amazing grace lodge

Manakala untuk di Kota Kinabalu, sebab kawan dah tak join dan jadi solo travel. Saya pilih hotel lokasi berdekatan dengan pusat pelancongan iaitu area Todak Waterfront iaitu di Qlio Hotel. Lagi pula, sebab solo sahaja kali ini di KK, pilih bilik single sahaja. Dapat harga RM104 untuk semalam. Tempah di Agoda

qlio hotel

c. Perbelanjaan Makan

Untuk makan ni sebenarnya tak berkira sangat, cumanya memang dah tetapkan awal untuk makan RM100 untuk 3 hari; termasuk breakfast, lunch dan dinner. Jadi sepanjang di Kota Kinabalu dan Kundasang, makan RM300 la lebih kurang. Tapi memang tak perlu habis pun sehari tu. Makanan di Sabah tidaklah terlalu mahal pun. Biasa sahaja.

d. Kos Lain-Lain

Biasanya kalau saya pergi luar negara, kos lain-lain ini termasuk travel insurance dan simkad. Sebab masih dalam Malaysia, jadi tak beli takaful dan tak beli simkad tambahan. Untuk info, U Mobile berfungsi dengan baik sepanjang percuti meskipun berada di Kundasang dan Polumpong sekali pun.

Tapi ada satu 2 destinasi yang perlu dibayar untuk tiket masuk iaitu di Desa Dairy Farm berharga RM5 dan Polumpung Melangkap Camp Site berharga RM12.

Jadi jumlah keseluruhan untuk trip ke Kota Kinbalu-Kundasang di Sabah adalah RM1,124

Itinerari Ke Sabah Di Kota Kinabalu-Kundasang

Dah selesai untuk kos dan perbelanjaan, now saya nak share pula itinerari ke Sabah untuk destinasi di Kota Kinabalu dan Kundasang. Plan awal, saya terus shoot ke Kundasang daripada Kota Kinabalu International Airport (BKI) dan kemudian barulah balik semula ke Kota Kinabalu.

Tips penting bagi yang ingin terus ke Kudasang, adalah dinasihatkan bergerak daripada airport paling lewas pukul 1.00 tengah hari. Perjalanan akan mengambil masa hampir 3 jam dan tidak termasuk jammed lagi. Sebab kalau sampai malam, biasanya jalan ke Kundasang tu akan berkabus.

Jadi kalau tak biasa, takut terganggu nanti. Kalau rasa dah lewat, bermalam sahaja terlebih dahulu di Kota Kinabalu dan esoknya baru bergerak ke Kundasang. Jalan berbukit, tapi ada tengok naik Axia 4 orang, lepas je ke sana.

Hari 1 (Khamis)

[BKI > Kundasang > Amazon Grace Lodge > Bandar Ranau]

Tiket flight pada hari Khamis sampai ke BKI lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Jadi semantara tunggu kawan sampai dan pick me up, lunch dulu kfc kat sini. Jadi nanti dalam perjalanan, tak perlu berhenti dan terus ke Kundasang.

Bergerak dari airport lebih kurang pukul 2-3 petang. Tambah dengan jammed lagi, jalan rosak, memang naik Kundasang dah gelap. Nasib baik member dah biasa jalan ni. Jadi biar je la dia drive. Suprisingly, jalan di KK teruk, tapi jalan Kundasang ni cantik dan tidak berlubang. Cumanya satu lane je la.

Sampai di Kundasang hampir pukul 8 malam dan terus check in di Amazon Grace Lodge. Kudasang memang gelap, tak nampak pun Akinabalu. Lepas check-in, pusing-pusing pekan Kundasang dan ke bandar Ranau. Bandar kecil sahaja, macam Maran.

Selain view, kat Kundasang ni cuaca sejuk weh. Nyaman gila. Boleh la bawa sweater. Malam lebih sejuk berbanding waktu siang. Standard Cameron Highland tapi rasanya sini lebih sejuk, sebab masih terjaga mungkin.

Hari 2 (Jumaat)

[Desa Dairy Farm > Mount Kinabalu Gold Club > Polumpung Melangkap View Camp Site]

Tarikan utama di Kundasang adalah Gunung Kinabalu. Di sinilah anda akan nikmati keindahan dan kehebatan kuasa Allah. Anda boleh lihat sebuah gunung yang besar depan mata. Serius, pertama kali tengok Akinabalu depa mata, speechless. Cantik, indah dan menggerunkan.

Biasanya Gunung Kinabalu ini hanya akan muncul pada awal pagi, bermula waktu subuh dan akan hilang pada pukul 10.00 pagi. Lepas tu, akan dikeremuni oleh awan sahaja. Jadi nak tengok gunung ni, memang kena bangun awal.

Alhamdulillah di hotel kami, memang boleh nampak gunung dengan jelas. Memang waktu pagi tu, lepak sambil tengok view sahaja semata. Kemudian baru bergerak Desa Dairy Farm yang mana lokasinya lebih dekat di Gunung Kinabalu. Beli tiket terlebih dahulu secara online di https://farmbooking.desaplus.com/

Kat sini orang cakap memang macam New Zealand la. Ada lembu tenusu. Kemudian anda boleh lihat proses perah susu lembu dan akhirnya nikmati segala program tenusu yang dijual disini. Wajib cuba Gelato iaitu aiskri Desa. Fresh guna susu lembu kat sini. Ada juga jual air susu dan sebagainya. Memang ramai orang kat sini.

Sambil minum, nikmati keindahan pemandangan. Tapi nasib malang, sebab pukul 9.00 pagi Gunung Kinabalu dan tak kelihatan. Kemudian bergerak ke Mount Kinabalu Golf Club nak tengok lagi dekat, pun gunung dah tiada. Memang habis ditutupi awan. Erti kata lain, memang seluruh Kundasang pagi tu, dah jumpa Akinabalu dah.

Jadi disebabkan itu, kawan bawa ke area seberang gunung iaitu di Polumpung. Perjalanan lebih kurang 2 jam juga dari Kundasang. Sebelum bergerak, jangan lupa pekana sayap ayam madu kudasang. Makan sepanjang perjalan ke sana.

Disini terdapat satu camp site iaitu Polumpung Melangkap Camp Site. Kat sini orang datang untuk nikmati pemendangan dan nak tengok Gunung Kinabalu sambil main air sungai jernih. Antara punca utama air sungai ialah disini. Air bersih, jernih dan sejuk. Masuk untuk lepak sahaja, RM12 sekepala.

Sekali lagi, rupanya kat sini pun tak nampak Gunung Kinabalu dari sampai hingga ke nak pulang. Jadi main la air kejab, ambil gambar. Disebabkan hujan, kena bergerak lebih awal. Untuk info, kat sini ada camp site, ada juga bilik sewa, kedai makan, tandas dan sebagainya. Memang lengkap la. Rasa kalau datang sekali lagi, memang nak menginap disini.

itinerari ke Sabah dari Kundasang ke Kota Kinabalu pula. Selesai disini, terus turun semula ke Kota Kinabalu dan bermalam disini. Jadi sampai terus check-in di Qlio Hotel dan member pun pulang. Kini saya teruskan percutian di Sabah di Kota Kinabalu pula untuk solo travel untuk satu malam sahaja.

Malam tu lepak area Todak Waterfront je. Kat sini memang ada satu kawasan untuk makan seafood. Banyak pilihan, tapi tak makan sini lah. Ada yang kata mahal, ada yang kata murah. Jadi saya seafood di kedai biasa sahaja. Tak lebih RM20 untuk set seorang. Ok la

Hari 3 (Sabtu)

[Tanjung Aru > Pasar Filipina > Pasar Besar > Todak Waterfront > Suria Sabah Mall > Masjid Bandaraya Kota Kinabalu > BKI]

Hari terakhir sebelum flight pulang, nikmati segalanya ada di Kota Kinabalu pula. Bangun pagi terus ke Tanjung Aru, port sunset paling best di Malaysia sebenarnya. Tapi sempat datang pagi je. Pantai yang indah dan luas. Tambah pula memang banyak kapal terbang kat sini. Bergambar cantik gila. Tapi datang sunset, beribu kali cantik.

Kemudian pulang semula ke bandar dan singgah di Pasar Filipina. Sekadar cuci mata sahaja. Tengok barangan kraf tangan dijual disini. Nak cari makanan Sabah, boleh datang kat sini. Kemudian ke Pasar Besar yang berada di bersebalahan sahaja. Macam pasar pagi biasa sahaja. Ramai yang menjual. Paling layan orang turun naik dari pulang ke kawasan pasar ni. Ada yang datang bawa ikan dan sebagainya.

Kemudian di Todak Waterfront pun cantik. Tapi dia bukan pantai la. Singgah untuk ambil gambar sahaja. Check-out dari hotel dan terus ke Suria Sabah Mall. Semua kawasan ni dekat-dekat sahaja. Tak perlu ambil grab pun. Lepak mall, makan dan sejukkan badan sahaja. Sempat cari airpods kat sini.

Dah nak hampir petang, terus ambil grab dan berhenti di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sekejab. Iaitu masjid terapung. Cantik dan besar masjidnya. Kat sinilah boleh nampak ramai Korean yang datang dengan lengkap bertudung dan pakaian menutup aurat. Orang Korea memang suka datang sini.

Lepas dah solat semua, ambil grab sekali lagi dan terus bergerak ke Kota Kinabalu International Airport untuk flight pulang pada belah malam. Lengkap sudah itinerari ke Sabah iaitu untuk Kota Kinabalu-Kundasang.

Kesimpulan

Alhamdulillah akhirnya berjaya kepulauan Borneo iaitu Sarawak, Labuan dan akhir sekali di Sabah. Percutian singkat sahaja. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang tak sempat untuk singgah sama ada di Kota Kinabalu dan Kundasang.

Untuk cadangan, antara tempat menarik di Kundasang yang korang boleh pergi seperti Sosodikon Hill, Kampung Mesilau, Rumah Terbalik Tamparuli, Hounon Ridge Farmstay & Camping, Humble Hobbit Home, Taman Kinabalu, Kundasang War Memorial, Arnab Village, Jambatan Tamparuli dan banyak lagi.

Manakala untuk tempat menarik di Kota Kinabalu sebenarnya adalah island hopping. Kawasan sini, banyak pulau-pulau yang cantik. Disarankan anda ambil masa sehari untuk ke pulau-pulau dan dapatkan pakej di Klook dan lebih jimat.

Jadi kalau ada peluang lagi, memang akan datang lagi ke sini dan pergi lagi di tempat-tempat yang tidak sempat singgah ini. Atau kalau datang ke Sabah, mungkin boleh pergi ke Semporna pula untuk percuti di atas air pula nanti.

Sepanjang percuti ini, bahagian paling best sebenarnya bila buat pertama kali dapat tengok Gunung Kinabalu gah di depan mata. Ternyata tengok dalam gambar dan tengok sendiri, sangat lain perasaanya. Anda kena alami sendiri. Hebat ciptaan Allah!

Diharapkan perkongsian itinerari ke Sabah untuk destinasi Kota Kinabalu-Kundasang ini bermanfaat untuk anda yang ingin datang ke sini. Tempat menarik di Kundasang dan tempat menarik di Sabah ini, boleh anda jadikan rujukan juga.

Apa-apapun, percutian lokal pun macam antarabangsa juga tau.

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Itinerari Ke Sabah (Kota Kinabalu-Kundasang) Untuk 4 Hari 3 Malam”

Leave a Comment