Pengalaman Menonton Filem Di Pawagam Jepun – Layan Demon Slayer Infinity Castle Tanpa Subtitle

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
Pengalaman Menonton Filem Di Pawagam Jepun

Kalau sebelum ini, aku pernah tonton filem di pawagam Brunei. Kali ini aku berpeluang sekali lagi untuk menonton filem di luar negara iaitu di pawagam Jepun. Merasai pengalaman sekali seumur hidup.

Pada bulan Julai yang lepas, aku berkesempatan untuk datang ke Jepun sekali lagi dan kali ini fokus hanya di Tokyo sahaja. Kalau dulu pernah travel ke Tokyo-Osaka-Mt Fuji dan kemudian ke Osaka-Kyoto. Kali ini fokus di Tokyo sahaja pula.

BACA JUGA :

Merasai Pengalaman Menonton Filem Di Pawagam Jepun

Trip kali ini aku pergi masa musim panas (summer), jadi aku buat keputusan untuk perbanyakkan aktiviti indoor, sebab cuaca panas. Jadi sepanjang trip 5 hari ini, kebanyakkan aku selalunya berada dalam bangunan.

Selain daripada di pawagam Jepun ini, aku pergi tengok badminton untuk kejohanan Tokyo Open 2025. Kemudian banyak aktiviti shopping di UENO. Tengok bola Ajinomoto Stadium dan beberapa aktiviti lain.

Kebetulan pada 18 Julai 2025, tayangan perdana animasi Demon Slayer di pertontonkan di seluruh Jepun. Jadi aku ambil keputusan untuk masukkan aktiviti menonton wayang di pawagam Jepun ketika berada di Tokyo.

Pada awalnya aku bercadang untuk menonton pada pagi hari. Jadi aku pergi di Toho Cinemas cawangan UENO yang paling hampir dengan hotel. Tapi sayangnya semua waktu tayangan pada hari tersebut (jumaat), sold out.

BACA JUGA : Review MyCube By MyStays Asakusa – Hostel Solo Travel Terbaik

Toho Cinemas Pawagam Jepun

Kemudian aku cuba pergi ke cawangan Toho Cinemas yang lebih besar iaitu di Hibiya. Kebanyakkan waktu tayangan dah sold. Kalau ada pun, hanya bahagian depan. Jadi pada awalnya aku decide nak tengok filem Superman sahaja. Tapi aku cuba lagi satu cawangan.

Kali ini aku pergi ke Toho Cinemas Nihonbashi yang aku rasa jauh sikti dari pusat tumpuan. Tetapi firasat aku meleset juga. Banyak waktu dah sold out dan memang rezeki aku ada 1 sahaja seat yang lokasinya berada di tengah. Tanpa fikir panjang, aku terus beli di kiosk.

Cara Beli Tiket Wayang Di Pawagam Jepun

Bagi anda yang mungkin bercadang selepas ini untuk menonton filem di pawagam Jepun. Anda boleh beli tiket wayang terus di kiosk yang disediakan. Tiada jualan tiket di kaunter. Di Kiosk juga disediakan bahasa Inggeris. Jadi tak susah untuk berurusan.

Tiket Pawagam Jepun

Caranya, anda pergi ke bahagian kiosk jualan tiket. Kemudian pilih cerita yang ingin anda tonton. Pilih seat yang available. Pilih jumlah tiket yang anda ingin beli. Akhir sekali buat pembayaran seperti biasa. Guna cash atau boleh guna kad debit dan kad kredit. Anda akan diberi resit pembelian bersama kod QR untuk anda gunakan masa nak masuk pawagam nanti.

Cara Beli Tiket Pawagam Jepun

Untuk pengalaman menonton Demon Slayer: Infinity Castle The Return Of Akaza, aku beli dengan harga 2,000Yen atau sekitar RM58. Tiket agak mahal. Mungkin juga kerana tayangan hari pertama dan filem terkenal di Jepun.

Proses Ketika Menonton Filem Di Pawagam Jepun

Sama sahaja seperti di Malaysia. Selepas pembelian tiket dan waktu tayangan sudah hampir, anda boleh terus masuk ke panggung wayang yang telah ditetapkan. Sebelum itu juga, anda boleh beli pop-corn yang disediakan di bahagian luar. Tapi di Jepun best sikit, sebab dia siap ada tray.

Tonton Filem Di Pawagam Jepun

Masa nak masuk panggung wayang, anda perlu scan atau imbas kod QR yang anda peroleh di pintu utama. Kemudian cari hall yang telah ditetapkan. Masuk dan cari seat anda. Duduk dan mula menonton seperti biasa.

Overall pawagam Jepun dan pawagam Malaysia ni sama sahaja. Mungkin ada sedikit kelainan la. Harga tiket wayang lebih mahal. Kerusi sedikit pendek di bahagian bontot. Jadi peha anda akan tergantung. Jadi sedikit lenguh kalau duduk lama-lama. Akhir sekali, anda masuk ikut depan, keluar pun ikut depan. Yang lain semua sama.

Filem Jepun Tiada Subtitle

Sebelum anda buat keputusan untuk menonton filem di pawagam Jepun, anda kena tahu satu perkara. Semua filem tiada disediakan subtitle sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Jika ada subtitle, hanya bahasa Jepun sahaja.

Jika anda menonton filem antarabangsa, akan disediakan 2 jenis tayangan iaitu filem asal dengan bahasa inggeris atau filem dub bahasa Jepun. Jika filem Jepun, akan ada 1 jenis sahaja iaitu filem original dan tanpa apa-apa subtitle.

Jadi untuk filem Demon Slayer Infitity Castle ini, cakap bahasa Jepun dan tiada apa-apa subtitle. Aku tengok filem ini memang tak faham sepatah pun dan hanya fokus untuk aksi lawan sahaja. Tanjiro cakap apa pun aku tak faham.

Tapi ok la. Beli tiket wayang dapat free gift.

Filem Demon Slayer Di Jepun

Review Filem Demon Slayer Infinity Castle

Demon Slayer Infinity Castle ini aku dah tunggu lama sejak tahun 2024 lagi bila sirinya tamat dengan cliffhanger yang sangat baik. Bagaimana kesemua Slayer termasuk Hashira jatuh ke dalam Infinity Castle.

Jadi permulaan filem pun dan sambung daripada siri. Jadi tak perlu flashback yang meleret-leret. Dari mula dan disajikan dengan babak aksi lawan daripada setiap Hashira dan para Slayer yang sudah termasuk dalam Castle buatan Muzan ini.

Demon Slayer

Aku tak boleh review jalan cerita. Sebab aku tak faham apa pun. Filem ini berdurasi 2 jam 30 minit, jadi secara keseluruhan, 1 jam awal disajikan dengan aksi para Hashira berlawann. Kemudian 1 jam 30 minit barulah dipaparkan aksi Giyu+Tanjiro melawan Akaza.

Masih disajikan dengan flashback, tetapi kesemuanya jalan cerita yang baru. Aksi lawan sangat memuaskan. Banyak fighting scene dalam filem kali ini. Selain lawan Akaza, pada aku yang best lagi bila Zenitsu Locke-In lawan Kaigaku.

Sarat dengan aksi lawan. Music Score yang sangat goosebump. Setiap fighting scene ada muzik yang tersendiri. Cinematography dengan kualiti video yang sangat cantik. Lagi-lagi masa aksi Giyu lawan Akaza. Anda takkan merasa semua kualiti ini di skrin kecil. Memang kena tengok di panggung wayang. Lagi-lagi di IMAX kalau ada berkesempatan.

Overall, sangat berbaloi walaupun aku tak faham sangat jalan cerita. Tapi segala aksi yang disajikan sangat puas hati. Jadi aku sangat menunggu untuk tayangan di Malaysia bermula 14 Ogos nanti. Rasa macam nak tengok di IMAX la.

Demon Slayer Infinity Castle

Kesimpulan

Mungkin menonton di pawagam Jepun ini menjadi wish list sekali seumur hidup la. Kalau nak menonton lagi, mungkin kena cari filem yang lebih menarik. Baru berbaloi bayar mahal, menonton cerita yang tak faham kan.

Selepas ini kita cari wish list yang lain pula untuk dilakukan ketika berada di Jepun. Tengok bola sudah, tengok badminton sudah, tengok wayang di pawagam Jepun pun sudah. Mungkin lepas ni kita memandu pula di Jepun. Nantikan…

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment