Sekarang kalau nak travel ke luar negara, tidak boleh tidak kena sediakan beberapa aplikasi wajib bagi memudahkan urusan disana terutamanya ketika anda pergi ke Hong Kong. Download free je semua apps ni.
Dari segi pemerhatian aku sendiri, Hong Kong ni bukanlah menjadi antara destinasi pilihan utama rakyat Malaysia. Masa disana pun, tak ramai aku jumpa orang Melayu berbanding aku pergi trip ke Jepun.
BACA JUGA : Travel Itinerari Ke Hong Kong-Macau Untuk 4 Hari 3 Malam
Disebabkan itulah, kalau berlaku apa-apa masalah agak sukar untuk minta tolong kecuali kepada local people yang rata-ratanya berbangsa Cina dan hanya bertutur dalam bahasa Kantonis.
Jadi untuk persediaan untuk anda bergerak solo, tanpa berharap sepenuhnya kepada orang tempatan, download siap-siap aplikasi wajib sebelum tiba di Hong Kong. Semua pun dah ada smartphone kan.
Dengan adanya aplikasi-aplikasi wajib ini, akan memudahkan urusan anda untuk mencari arah ke tourist spot, buat bayaran tanpa tunai, beli tiket train atau ingin mencari makanan halal berhampiran.
5 Aplikasi Wajib Anda Download Ketika Travel Ke Hong Kong
Hong Kong terkenal dengan rangkaian internet yang laju. Hampir semua urusan terutamanya di bandar kini boleh dilakukan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Ada aplikasi-aplikasi ini, setiap urusan menjadi mudah.
Berikut merupakan 5 aplikasi wajib yang patut anda download jika ada merancang untuk travel ke Hong Kong. Sebaiknya download siap-siap di Malaysia. Nanti sampai airport boleh terus guna.
1) MTR Mobile
Sistem pengangkutan di Hong Kong ni dah cukup pesat terutamanya train atau dipanggil Mass Transit Railway (MTR). Kesemuanya berada bawah tanah. Jadi anda takkan nampak ianya bergerak di atas jalan.
Kalau berkaitan dengan train, anda kena download MTR Mobile, aplikasi rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Hong Kong. Untuk iOS dan Android disediakan secara percuma.

Dalam aplikasi ini, anda boleh tahu jadual lengkap perjalanan, laluan tren dari stesen ke stesen beserta kadar tambang terkini. Dalam apps ini juga tersedia fungsi point-to-point search dimana anda boleh merancang laluan paling cepat dari satu-satu stesen.
Selepas dah dapat laluan, akan dipaparkan berapa lama tempoh sampai ke destinasi. Berapa harga yang anda perlu bayar. Info ketibaan train secara langsung. Jika ada delay atau gangguan, turut akan diapaparkan terus daripada apps ini.
MTR Mobile menjadi antara aplikasi wajib yang anda perlu download jika travel ke Hong Kong bagi menjadikan perjalanan anda lebih lancar, mudah, eficien dan pastinya menjimatkan masa.
2) Google Maps
Kalau MTR Mobile guna untuk train sahaja, jadi bagaimana pula dengan bas, teksi, tram atau pejalan kaki? Jadi aplikasi wajib yang terbaik anda boleh dapatkan semestinya dengan menggunakan Google Maps. Ya, Hong Kong bukan China. Jadi Google masih berfungsi disini.
Dengan Google Maps juga turut dipaparkan untuk laluan MTR, tetapi tidaklah terperinci seperti di MTR Mobile. Antaranya tiada dipaparkan harga tambang yang perlu dibayar. Tapi ianya masih sangat berguna.
Boleh gunakan point-to-point search dan pilih route yang paling cepat. Dengan Google Maps juga, boleh tahu informasi setiap destinasi atau mungkin ada kedai, masjid atau restoren yang anda ingin datang. Boleh tengok ianya buka atau tutup.

Boleh tengok segala gambar review yang dikongsikan oleh pengguna lain terutamanya seperti hotel, airbnb, restoren, tourist spot dan pelbagai lagi. Orang kata memang all-in one la GMaps ni.
3) Octopus For Tourist
Seterusnya aplikasi wajib yang anda perlu download ketika berada di Hong Kong adalah Octopus For Tourist. Tapi malangnya, ianya hanya untuk pengguna iPhone sahaja. Tiada pada mana-mana telefon Android yang menggunakan Play Store.
Jika di Malaysia ada Touch n’ Go. Jika di Jepun, ada suica card. Jika di Melbourne, ada MyKi. Jika di Seoul, Korea, ada Tmoney. Jadi jika di Hong Kong, mereka menggunakan Octopus Card iaitu bagi bayaran tambang pengangkutan awam.
Anda perlu dapatkan kad Octopus sekiranya anda ingin naik MTR atau bas di Hong Kong. Selain itu, banyak juga kedai-kedai yang menerima pembayaran dari kad ini. Pembayaran tanpa tunai.
Kad Octopus anda boleh beli di 7eleven atau di airport dengan harga HKD39 (~RM22). Tapi sekiranya anda pengguna iPhone, anda boleh dapatkan kad Octopus secara percuma sahaja iaitu menerusi Octopus For Tourist.
BACA JUGA : Cara Menggunakan Kad Octopus Secara Digital Di iPhone

Daripada aplikasi ini, ianya akan disambungkan kepada Apple Wallet. Jadi kepada iFag, anda tak perlu beli kad fizikal, hanya menggunakan kad digital yang ada dalam iPhone anda sahaja. Bukan itu sahaja, nak cek baki dan nak topup pun boleh menggunakan aplikasi ini.
4) Trip.com
Secara umum, aplikasi Trip.com ini bukanlah khusus untuk Hong Kong sahaja, tetapi boleh digunakan dimana-mana negara anda pergi. Tapi jika berada di disini, aplikasi ini juga sangat berguna dan boleh menjimatkan perbelanjaan anda.
Biasa dengar, orang guna Trip.com nak beli tiket flight atau tempah hotel kan. Tapi jika di Hong Kong, anda boleh guna lebih daripada itu. Sebagai contoh, anda boleh beli tiket speed boat atau ferry ke Macau dan beli tiket tram ke Victoria Peak.
Anda tak perlu beratur di kaunter untuk beli tiket walk-in dan pastinya harga lebih murah jika beli secara online di Trip.com. Sebagai contoh jika anda beli tiket Victoria Peak di Trip, harga ditawarkan adalah RM72 berbanding tiket walk in berharga RM91.

5) MyObrsevatory Apps
Hong Kong sangat terdedah dengan perubahan cuaca yang tak menentu terutamanya ketika pertukaran musim. Taufan tu macam perkara biasa kena hadap setiap tahun. Dalam perkongsian pengalaman aku di sana pun, aku ada tulis pernah lalui Taufa level 3.
Perkara tersebut tak boleh elak, tapi kita boleh bersedia dan berjaga-jaga. Caranya adalah melalui aplikasi MyObersvatory yang mana akan kemaskini secara langsung berkaitan keadaan cuaca di Hong Kong.

Dalam aplikasi ini, ada memaparkan bacaan suhu semasa dan jangkaan dalam tempoh 10 hari. Laporan cuaca seperti hujan, tiupan angin, taufan, panas dan sebagainya akan dipaparkan disini beserta pengumuman menerusi notifikasi.
Kalau ada taufan terutamanya, anda akan dapat alert daripada aplikasi ini. Ini antara aplikasi wajib berkaitan cuaca yang korang kena download bila travel ke Hong Kong.
Bonus
Sebagai tambahan, ianya bukan la aplikasi, tapi page Facebook iaitu Halal Hong Kong yang memaparkan status halal bagi semua makanan di Hong Kong. Kemaskini dibuat dari semasa ke semasa. Banyak info bermanfaat daripada page ini.

Kebanyakkan info yang dikongsikan adalah berkaitan makanan dan restoren yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh badan berautoriti Hong Kong. Sekali gus status halal tersebut tidaklah diragui.
Disini lah anda akan tahu sebenarnya ada cawangan KFC yang mempunyai sijil halal yang sah di Hong Kong. Bukan semua yang halal tau. Anda boleh semak disini. Mungkin ada yang nak cuba local food, ada disenaraikan juga disini.
Aplikasi Wajib Yang Memudahkan Urusan Ketika Travel Ke Hong Kong
Aplikasi-aplikasi wajib sangat memudahkan urusan terutamanya ketika berada di luar negara seperti Hong Kong. Dengan adanya aplikasi ini, anda boleh bergerak dengan mudah, boleh kira kos perjalanan, tahu keadaan cuaca dan boleh cari makanan halal.
Jadi jika anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan ke Hong Kong, jangan lupa untuk download aplikasi wajib ini di telefon pintar anda. Nanti dah balik Malaysia, boleh la delete semula kan.
















